Thursday 21 October 2021

CPTPP yang menggantikan TPPA membahayakan ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan meratifikasinya

 Acara : Sidang media oleh GABUNG menolak ratifikasi CPTPP

Lokasi : Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Tarikh : 21/10/2021


Untuk Siaran Segera
Kenyataan Media Bersama - Tolak CPTPP

1. CPTPP dulu digelar “TPPA”. Sejak Amerika Syarikat keluar dari TPPA ia di beri penjenamaan semula sebagai “CPTPP”. CPTPP adalah akronim untuk “Comprehensive Progressive TransPacific Partnership” 2. CPTPP kononnya sebuah perjanjian perdagangan bebas – disebaliknya ia sebenarnya sebuah perjanjian yang berat sebelah, tidak adil dan penuh dengan perangkap; dan akan jadi bencana besar bagi negara Malaysia, masyarakat Bumiputera dan keseluruhan ekonomi Malaysia. 3. 11 Negara yang menyertai CPTPP adalah: Malaysia, Japan, Australia, New Zealand, Singapura, Brunei, Vietnam, Chile, Canada, Mexico dan Peru. 4. Malaysia telah menandatangani perjanjian CPTPP pada Mac 2018 tapi belum meratifikasikannya. Ratifikasi bermakna kita perlu selaraskan semua undang-undang negara, negeri, dan kerajaan tempatan untuk menuruti sepenuhnya (comply) semua peraturan perjanjian CPTPP. 5. Sepatutnya sebuah perjanjian yang kerajaan meterai - tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan, undang-undang dan peraturan sesebuah negara; tapi CPTPP memeerlukan sebaliknya. Sekaligus ruang dasar (policy space) dan ruang menggubal undang-undang baru akan terbatas. 6. CPTPP juga dipropagandakan sebagai sebuah perjanjian yang akan membuka pasaran untuk pengekspot produk Malaysia kepada 10 negara lain bawah CPTPP. Hakikatnya, kita telahpun memeterai perjanjian perdagangan secara langsung atau melalui ASEAN dengan kesemua negara CPTPP - kecuali Canada, Mexico, Peru. Bermakna terma perdagangan (tahap tarif, dll) dengan 7 negara CPTPP - adalah sudah amat bagus; dan tidak memerlukan perjanjian CPTPP ini untuk meneruskan aktiviti pengekspotan barangan Malaysia seperti biasa 7. Tiada tempoh akhir (deadline) untuk kita ratifikasi CPTPP; tiada juga keperluan undang-undang untuk kita ratifikasi. 8. Pakar ekonomi terulung seperti Joseph Stiglitz (pemenang Nobel Prize), Prof Jomo – semua telah menyatakan bahawa CPTPP akan merugikan Malaysia. Laporan menggunakan ‘economic modelling’ oleh pakar ekonomi R. Banga dari UNCTAD telah menyatakan Malaysia akan kerugian dari segi perdangangan sebanyak RM16 bilion setahun.
9. Apa implikasi kita ratifikasi perjanjian CPTPP? Perjanjian ini memaksa kita:

A. Membuka pasaran perolehan kerajaan,
B. Memgekang aktiviti GLC-GLC, dan membuka pasaran perolehan GLC-GLC
C. Melarang secara tidak langsung untuk kita perbaiki undang-undang buruh, undang-undang alam sekitar yang mejejaskan pelabur asing
D. Melarang kita melancarkan dasar dan peraturan demi kepentingan Bumiputera,
E. Membuka ruang Kerajaan Malaysia disaman berbillion dollar oleh pelabur asing dimahkamah tribunal swasta (Investor-State Dispute Settlement atau ISDS).
10. Perolehan kerajaan adalah sebuah alat untuk meningkat penglibatan Bumiputera dalam ekonomi; serta mempromosi syarikat tempatan dan barangan tempatan. Dasar sediada akan perlu dipinda secara mendadak kerana pengliberalisasian perolehan kerajaan adalah antara syarat CPTPP.

11. Dasar sediada yang selama ini menyalurkan lebih dari 60% kontrak kerajaan (bekalan dan binaan) kepada Bumiputera akan dihadkan ketahap 30% sahaja pada jangka panjang. Kontrak besar yang bernilai lebih dari nilai ambang tertentu akan dibuka pada pembekal dan kontraktor asing (70%) dan Bumiputera (30%). Peraturan nilai ambang hanya bertahan selama 7 tahun untuk pembekalan barangan, 9 tahun untuk perkhidmatan dan 20 tahun untuk binaan. Apabila tempoh peraturan nilai ambang berakhir, hanya kontrak bernilai RM780,00 (untuk barangan dan perkhidmatan), RM84 juta untuk kontrak binaan dibenarkan untuk dihadkan bagi syarikat tempatan.
12. Fungsi dan operasi GLC-GLC akan dihadkan. Jika tidak dikecualikan GLC-GLC tidak boleh bantu oleh kerajaan dari segi pinjaman, jaminan dan ekuiti. GLC-GLC juga dilarang untuk memberi keutamaan (preferences) kepada syarikat tempatan dan Bumiputera dalam perolehan mereka - sekaligus membatalkan peranan sosio-ekonominya.

13. Perolehan GLC bernilai dalam lingkungan RM350 billion. CPTPP akan menghadkan pemberian kontrak dari perolehan tersebut kepada tahap 40% sahaja – yang perlu diagihkan antara Bumiputera, syaikat SME dan syarikat yang berlokasi di Sabah dan Sarawak. Kategori syarikat SME pula tidak dinyatakan syarat pegangan ekuiti tempatan atau tidak. 14. Petronas menyalurkan sebanyak 70% di Malaysia kepada syarikat Bumiputera. Namun CPTPP sebaliknya akan hanya membenarkan 40% dari jumlah perolehannya diberi keutamaan kepada pembekal dan kontraktor tempatan. Selainnya akan dibuka untuk pembidaan daripada syarikat2 asing. 15. Pengurangan peluang dari perolehan kerajaan dan GLC akan mengakibatkan keadaan persaingan sengit antara syarikat2 tempatan.
... keseluruhan laporan mengandungi 24 perkara termasuk 1 appendiks


___________________________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5
6
7
8


No comments:

Post a Comment