Malaysia, India jalin kerjasama pendidikan pelaburan wang digital
INSTITUSI pengajian pelaburan digital, Akademi Bigboys dari Malaysia dan Umaga Technologies dari India menjalin kerjasama pendidikan digital dalam meningkatkan pendapatan digital rakyat.
Ia dijalinkan menerusi persefahaman bersama (MoU) diadakan secara langsung antara Rizwan Ramalan mewakili Akademi Bigboys dan Prashat Kr Shukla wakil Umaga Technologies di Facebook Academy BigBoys.
Rizwan berkata, antara kerjasama dibuat adalah membabitkan pendidikan robotik untuk pelaburan wang digital.
“Falsafah kami adalah mendidik melalui contoh dan di sini kami menjalin kerjasama antarabangsa.
“Hari ini kami bercerita mengenai akses kepada banyak laluan, bayaran, tempahan, belian barang keperluan, pemerolehan pendapatan dan lain-lain.
“Juga kami membincangkan mengenai penggunaan robotik dalam bidang perladangan, mesin pengajaran, pemanduan auto, guaman, arkitek dan pentadbiran,” katanya.
Rizwan menjelaskan Akademi Bigboys menjalinkan kerjasama dengan India kerana kebanyakan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat-syarikat gergasi adalah dari India.
“Microsoft, Google, Twitter, Mastercard, Micron, DBS dan lain-lain CEO semua semua dari India, sumber kepakaran IT.
“Umaga International akan berkongsi khidmat pendidikan dan modul Robotik, AI, loT dan kemahiran pendapatan.
“Sementara itu, Akademi BigBoys pula menyediakan pendidikan Pemikiran Tepat dan Kemahiran Pendapatan Tinggi 10 untuk mereka yang mahu menjadi jutawan,” katanya.