Sunday 30 December 2012

Mazlan Aliman penyebab PAS kehilangan ahli

Venue : D'Saji Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Event : Sidang media selepas demonstrasi ANAK dihadapan Wisma Felda

Date : 29/12/2012


Nampak gayanya kegiatan Mazlan Aliman bersama ANAK membawa padah kepada PAS dengan kehilangan ahli dalam Felda Kemahang 3. Ikuti penjelasan oleh bekas ahli PAS yang sudah berang dengan 'penipuan' yang dilakukan oleh Mazlan Aliman bersama kumpulan peguam yang dilantik beliau dalam kes saman peneroka Felda Kemahang 3 keatas Felda. 



Saturday 29 December 2012

Cubaan Zahid Hamidi nak jadi HERO kepada Najib?

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Rafizi Ramli on Deepak / LTAT urusniaga

Date : 29/12/2012 @ 11.00 am




  



DAKWAAN DEEPAK ADA ASAS, WANG RAKYAT DISALAHGUNA UNTUK MENUTUP MULUT DEEPAK

Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti. Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat. Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT. Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:
1.      Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);
2.      Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;
3.      Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;
4.      Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5.      Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6.       Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.

KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 DISEMBER 2012 

Mazlan Aliman songlap duit peneroka Kemahang 3?

Venue : Wisma Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Event : Demonstrasi dan penyerahan memo kepada pengurusan FELDA oleh ANAK

Date : 28/12/2012 @ 2.30 pm


Ringkasan:-

1. Mazlan Aliman mengadakan demonstrasi melalui ANAK untuk menyampaikan memo mendesak Isa Samad letak jawatan. Ada tiga lagi tuntutan tambahan. 
2. Kehadiran penyokong ANAK tidak melebihi 1,000 orang menurut pegawai Polis yang memantau walaupun diwar-warkan 10,000 atau lebih akan turun.
3. Penyokong ANAK dan pembela FELDA yang dikepalai oleh Anuar Abdul Manaf, Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia dipisahkan hampir 80 meter antara satu sama lain.
4. Petugas media tidak dibenarkan bergerak diantara kedua dua pihak yang bertentangan. Mereka kena pilih pihak mana yang mereka perlu buat liputan. Tidak boleh buat liputan kedua dua nya sekali.
5. ANAK diwakili oleh Salehudin Ayob, Naib Presiden PAS dan Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat dan Mazlan Aliman ketika menyampaikan memorandum kepada wakil pengurusan FELDA.
6. Mazlan Aliman enggan menerima memorandum dari wakil peneroka Kemahang 3 yang mendakwa beliau songlap sebahagian hasil dari hasil duit saman sebanyak RM11 juta yang mereka menang dari FELDA. 
7. Sebanyak 10 bas penuh dengan peneroka dari Kemahang 3 turut serta dalam himpunan warga FELDA di hadapan Wisma FELDA.
8. Kami difahamkan hampir kesemua peneroka Kemahang 3 yang terlibat dalam menyaman FELDA telah kembali ke pangkal jalan dan sudah pun berdamai dengan FELDA. Mereka kesal dengan tindakan mereka setelah melalui 'penipuan' oleh Mazlan Aliman dan para peguam beliau. 


PERLU TONTON ringkasan video keseluruhan 'event' yang berlaku dari perspektif pembela FELDA.





 1/31
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Friday 28 December 2012

Himpunan Raksasa Pemandu Teksi

Venue : Auditorium Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya , Selangor

Event : Himpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat

Date : 27/12/2012 

Satu bantahan aman dan penyebaran maklumat dan risalah telah dilakukan oleh sekumpulan pemandu teksi yang pro-kerajaan di jalan utama berhadapan Dewan Sivik. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan kecuali kesesakan lalu lintas. 

Majlis malam ini dilaporkan ditaja oleh EXCO Selangor, Ronnie Liew, samada secara peribadi ataupun melalui dana negeri tidak pula diperincikan.

Antara penceramah yang mengambil bahagian ialah Ramasamy, Timbalan KM Pulau Pinang, Ronnie Liew, EXCO Selangor dan Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak selain daripada orang orang kuat persatuan pemandu teksi.

Dalam ucapan Anwar beliau menyentuh isu permit teksi dan  bukan tayar yang dipohon pemandu teksi, isu Syed Mokhtar yang diberi segala macam kontrak oleh kerajaan Najib, isu kekayaan Tun Mahathir dan keluarga. Beliau juga melantik semua pemandu teksi yang hadir sebagai ejen perubahan Pakatan Rakyat yang bertanggungjawab menyampai maklumat kepada penumpang penumpang mereka.


1/30
 2.
3.
4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Thursday 27 December 2012

Haji Hadi didesak tarik balik amanat dan pohon maaf

Venue : Pejabat UMNO Selangor, Shah Alam

Event : Sidang media Fathul Bari dan ilmuan muda

Date : 26/12/2012 @ 12.30 pm


Amanat Haji Hadi boleh dianggap sudah 'redundant' kerana PAS sendiri kini tidak mempraktikan apa yang terkandung dalam amanat tersebut. Contoh nya ialah kerjasama antara PAS dengan bukan Islam. Namun musibah yang timbul dari penterjemahan amanat tersebut oleh pengikut pengikut fanatik PAS telah menyebabkan perpecahan yang serius antara umat Melayu / Islam dalam negara ini. Jadi apakah berbaloi jika sekiranya Haji Hadi masih berdegil dan berkeras untuk mempertahankan amanat yang telah beliau buat pada tahun 1981 ketika berusia 35 tahun? Adakah 'cumulative' dosa dari penterjemahan amanat tersebut terpikul oleh Haji Hadi? Kepada Haji Hadi perhalusi lah seruan seruan dan desakan yang dibuat pelbagai pihak supaya beliau melakukan sesuatu untuk memperbetulkan keadaan... 



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.



Parasit penghalang Haji Hadi perbetulkan Amanat

Venue : Pejabat JATI, Jalan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media Dr Hasan Ali

Date : 26/12/2012 @ 2.00 pm



Sidang media mengenai pelbagai isu yang membelengu umat Islam masakini. Isu Amanat Haji Hadi menjadi topik panas. Dr Hasan yakin Haji Hadi mempunyai sifat mulia yang memungkinkan beliau memperbetulkan suasana huru hara dan perpecahan antara umat Islam yang ujud hasil dari penterjemahan Amanat yang dibuat beliau ketika berusia 35 tahun pada tahun 1981. Tetapi penghalang antara yang dapat beliau kenal pasti ialah para jemaah PARASIT yang semakin kuat cengkaman dan pengaruh mereka dalam pentadbiran atasan PAS.



1.
 2.
 3.
 4.
 5.


Thursday 20 December 2012

Nik Aziz didakwa beri rasuah untuk Nizar jadi MB

Venue : Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur

Event : Laporan Polis ke atas Menteri Besar Kelantan oleh Kalaivanar yang mewakili NGO Nambikei

Date : 19/12/2012 @ 12.00 pm


Kalaivanar memberi taklimat selepas membuat laporan Polis di IPD Dang Wangi.


1/3
 2.
 3.


Anwar sumber inspirasi pengundi India

Venue : Tapah, Perak

Event : Sambutan Deepavali anjuran PKR Tapah

Date : 16/12/2012


Lagu Warisan (BTN) menjadi sasaran terbaru Anwar...



Wednesday 19 December 2012

Apa saja atas pentas Anwar boleh lakukan

Venue : Tapah, Perak

Event : Sambutan Deepavali anjuran PKR Tapah
Date : 16/12/2012


Semulajadi bakat Anwar, selagi ianya diatas pentas...apa lagi yang belum kita lihat ?




Tetamu Deepavali teruja di hibur Anwar


Venue : Tapah, Perak

Event : Sambutan Deepavali anjuran PKR Tapah

Date : 16/12/2012


1/34
 2 - 5. Keadaan bawah khemah setengah jam sebelum ketibaan Anwar
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8. Gimik MGR
 9.
 10.


Kongres DAP - Guan Eng kawal pekong dari dibuka

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Saksikan petikan dakwaan mengenai politik wang semasa perbahasan, temubual selepas perbahasan, penggulungan oleh Guan Eng dan penafian oleh pembahas (ADUN Sekinchan) yang ditemubual selepas sesi penggulungan...nampak ketara teguran atau pelurusan telah dilakukan oleh Lim Guan Eng... mereka pun flip-flop juga dalam DAP...




Kongres DAP - Melayu DAP tuntut kerusi PKR

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Dulu sebelum adanya PKR, DAP meletakkan 13 calun Melayu untuk bertanding di Pulau Pinang. Bila PKR ditubuhkan kesemua kuota kerusi tersebut diserahkan kepada PKR. Sejak PRU 12 Melayu DAP langsung tidak mendapat peluang bertanding dalam sebarang pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum atas tiket DAP. Sekarang mereka ingin menuntut kembali kuota kerusi yang pernah mereka tandingi dahulu, untuk mendapat peluang merasa pegang kuasa dan kedudukan...




Kongres DAP - DAP bukan untuk politik Melayu

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Kesian mendengar penjelasan dari calun Melayu yang kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP ini. Beliau mengaku berpegang kepada Malaysian Malaysia tapi masih mengharapkan sokongan suku Melayu dalam DAP untuk menang undi. Kalau beginilah sikap lagi baik tinggalkan DAP dan masuk parti lain yang ramai Melayu boleh sokong cita cita anda. DAP tak akan buang masa dan sumber untuk menarik ahli Melayu. Cukup sekadar apa yang ada hanya untuk menjadi bahan bukti bahawa DAP itu terdiri dari pelbagai kaum... Itulah hakikat pahit yang perlu disedar oleh Melayu seperti Sdr Zulkifli..


Kongres DAP - Tengku Aziz khianati Melayu DAP

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Tunku Abdul Aziz dituduh sebagai pengkhianat kerana keluar dari DAP semasa memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kerja Pusat DAP. Disebabkan tindakan keluar DAP, calun Melayu dalam DAP dikatakan dipandang dengan penuh curiga oleh perwakilan.


Tuesday 18 December 2012

Kongres DAP - DAP tak cukup ahli Melayu yg setia

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Walaupun baru satu setengah tahun menjadi ahli DAP, Ariffin SM Nor telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat DAP meskipun kalah dalam proses pemilihan.. Ini mungkin menggambarkan ketandusan calun Melayu yang boleh 'dipakai' dalam DAP...



Kongres DAP - Melayu yakin Malaysian Malaysia ujud

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Walaupun kalah dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP, masih ada calun Melayu yang menaruh harapan tinggi dan yakin akan ujud nya Malaysian Malaysia dalam DAP..


Kongres DAP - DAP terlepas peluang tonjol Melayu

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Jeff Ooi ralat dengan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP yang tidak berjaya menonjolkan walau seorang pun wakil Melayu.




Kongres DAP - PAS bertaichi harapan Anwar pudar?

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Nampak gayanya peluang untuk Anwar menjadi Perdana Menteri secara automatik sekiranya PR mengambil alih Putrajaya pada PRU 13 akan datang semakin pudar. PAS sudah mula menunjukkan perubahan sikap, yang berkemungkinan besar atas desakan dalaman dari akar umbi. Lihat sajalah bagaima Mustafa Ali ber-taichi dengan kata-kata..



Monday 17 December 2012

Kongres DAP - PAS akui lemah dan menagih kerusi

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012

Setiausaha Agung PAS akui PAS hanya mampu menang satu kerusi saja di Pulau Pinang walaupun bertanding beberapa kerusi. Untuk PRU 13 PAS mengharap belas ikhsan dari rakan komponen.



Kongres DAP - The Star belajar putar dari Utusan ?

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Begitu lah lantang nya dakwaan Setiausaha Agung PAS mengenai kemampuan The Star memutar cerita setelah diberi latihan oleh Utusan Malaysia... syabas Utusan kerana diberi pengiktirafan oleh SUA PAS, Mustafa Ali.


Kongres DAP - 'Ubah Roket Style'

Venue : Penang International Sport Arena (PISA)

Event : Kongres DAP ke 16 (Hari pengundian)

Date : 15/12/2012


Seperti yang pernah saya katakan kepada kawan kawan bloggers yang lain semasa di PRK Sibu dahulu, lagu tema akan memainkan peranan penting dalam kempen pilihanraya DAP dan pakatan pembangkang. Mesej amat senang disampaikan secara berulang kali dan santai. Semasa hari terakhir kempen PRK di Sibu lagu 'BERUBAH' ciptaan Anthony Loke dipercayai telah menjadi faktor utama menghayun saki baki undi atas pagar kepada DAP. Hadirin dengan jelas tersentuh dengan lagu tersebut sehingga menitisklan air mata secara terang terangan. Begitu lah effektif nya lagu tersebut. Namun para bloggers penyokong BN memandang enteng faktor tersebut dan sentiasa menekankan faktor pembangunan yang dibawa kerajaan sebagai faktor penentu semasa di Sibu. Kita tunggu dan lihat pula bagaimana effektif nya strategi DAP kali ini.

Adakah UMNO / BN akan memainkan lagu 'Warisan' (BTN) sebagai penaik semangat penyokong Melayu atas pagar?. Apa pun saya yakin kita akan menyaksikan kepentingan peranan lagu dalam
kempen kempen pilihanraya umum akan datang.