Tuesday 29 June 2021

Laporan Polis keatas Ganesparan Nadaraja kerana kenyataan biadap terhadap Raja-raja Melayu

Acara : Laporan Polis keatas Ganesparan Nadaraja kerana bertindak biadap terhadap Raja-raja Melayu

Lokasi : IPD Gombak, Selangor

Tarikh : 27/6/2021


Apa lah yang boleh kita lakukan sekiranya rakyat Malaysia sendiri memilih untuk menjadi biadap dan kurang ajar kepada Raja-raja Melayu setelah berada diluar negara..? Apa opsyen yang ada untuk pihak berkuasa bertindak ?🤔🙄

#kipidap

#dongibab

#pdrn

Video kurang ajar : https://youtu.be/IOp7A_bGPUg


UPDATED @ 29/6/2021, 1236 PM

https://malaysiagazette.com/2021/06/28/interpol-tolak-permohonan-notis-merah-terhadap-ganesparan-abdul-jalil/







Sunday 20 June 2021

Sewaktu Darurat YDPA bukan saja boleh panggil Parlimen bersidang, malah boleh pecat PM dan Speaker sekalipun





SEWAKTU DARURAT, AGONG BUKAN SAJA BOLEH PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG, MALAH BOLEH JUGA PECAT PM - ZAID IBRAHIM 


Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan, walaupun tidak menentu hala tuju. Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya.


Dalam masa darurat (dan di mana Parlimen tidak bersidang) Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).


Baginda boleh panggil Parlimen bersidang esok atau lusa. Baginda boleh pecat Perdana Menteri dan baginda boleh pecat Speaker dan sebagainya. Itulah luasnya kuasa YDPA semasa darurat.


Prinsip Raja Berperlembagaan di mana YDPA mesti mengikut nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan itu tidak boleh digunapakai semasa darurat kerana Seksyen 14 Ordinan Darurat memberi kuasa penuh kepada YDPA, dalam segala hal demi menyelesaikan masalah negara.


Ordinan Darurat memberi kuasa kepada YDPA untuk melakukan apa saja walaupun bercanggah dengan prinsip dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan selagi Parlimen tidak bersidang untuk mengubah ordinan tersebut.


Perdana Menteri (dan penasihat beliau) mungkin merasakan, jika mereka memberi kuasa penuh kepada YDPA melalui Ordinan Darurat, mereka boleh mengambil kesempatan berselindung di belakang kuasa YDPA. Mereka akan berkata, “YDPA mesti ikut nasihat kami”, kerana itulah lazimnya prinsip Raja Berperlembagaan.


Mereka tidak menyangka prinsip biasa tidak laku dalam masa darurat. YDPA dan Raja-Raja Melayu juga ada pendirian sendiri dan tidak mahu jadi pak turut.


Mereka salah perkiraan mengenai undang-undang darurat yang mereka sendiri gubal. Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada YDPA.


Jadi, isu baginda perlu mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan itu tidak timbul. Kecuali Parlimen bersidang dan mengubah Perkara 14 Ordinan Darurat sekarang.


PM kita “wants the cake and eat it”, kata orang Inggeris. Beliau mahu darurat yang memberi kuasa mutlak kepada YDPA dengan harapan nasihat beliau sentiasa diikuti oleh baginda.


Itulah sebab orang tua-tua bercerita, “pandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah”.


Krisis yang ada sekatan boleh diselesai dengan mudah. YDPA boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021. YDPA juga boleh namakan penggantinya dengan serta merta.


YDPA juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik.


Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan YDPA adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis mesyuarat dan ianya tidak boleh dicabar.


DATUK ZAID IBRAHIM

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Friday 18 June 2021

Majlis Pemulihan Negara diperlukan untuk menurunkan suhu politik sehingga keadaan kesihatan, politik, ekonomi dan sosial pulih



MAJLIS PEMULIHAN NEGARA (MPN) YANG DICADANGKAN OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD JALAN PENYELESAIAN YANG BERKESAN DAN TERBAIK BUAT MASA INI


Pembukaan semula persidangan Parlimen bukan solusi yang berkesan buat masa ini untuk selesaikan segala permasalahan kesihatan, politik, ekonomi dan sosial yang sedang melanda negara kita.


Ini adalah kerana akan terdapat kalangan orang-orang politik yang kurang cerdik akan tetap bermain politik.


Kalangan ini hanya akan meletakkan agenda kepentingan peribadi di atas kepentingan untuk selamatkan negara.


Masing-masing tidak ikhlas kerana mereka mempunyai agenda politik ataupun untuk kepentingan parti sendiri.


Sebab itulah KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu harus mempertimbangkan secara serius cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengujudkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) secara tidak berpartisan bagi menyelesaikan segala kemelut yang sedang dihadapi pada hari ini.


Lihat saja sikap seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga mengenai Hal Ehwal Undang-Undang semalam telah ‘memperlekehkan’ titah  KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu.


Dato Seri Takiyuddin Hassan boleh ‘mempersendakan’ serta ‘memperlekehkan’ KDYMM Yang di-Pertuan Agong apabila beliau mempertikaikan bahawa bagaimana hendak panggil sidang Parlimen secara kadar segera di mana KDYMM Yang di-Pertuan Agong tidak menetapkan satu tarikh yang ‘definite’ bagi tujuan tersebut.


Sikap ‘kurang ajar’ orang-orang politik seperti ini akan membuatkan solusi balik ke Parlimen tidak akan berjaya.


Kalangan menteri-menteri yang ‘otak udang’ dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang mempunyai agenda peribadi akan tetap berusaha bagi menggagalkan hasrat pembukaan semula persidangan parlimen.


Begitu juga dengan sikap salah seorang dari pemimpin pembangkang yang ‘sewel’ bercita-cita rakus hendak jadi Perdana Menteri sudah mula melobi untuk mendapatkan ‘kenyataan sumpah berkanun’ dari ahli-ahli Parlimen kearah menyokongnya menjawat jawatan Perdana Menteri bila persidangan Parlimen bermula.


Golongan seperti ini tidak akan bersikap rasional bagi menyelesaikan segala polemik kemelut negara secara terbaik mungkin melalui Dewan Rakyat.


Agenda kepentingan peribadi serta parti masing-masing akan diletakkan di atas kepentingan negara dan bangsa.


Pada hemat peribadi saya; kaedah solusi yang terbaik adalah menrealisasikan cadangan bagi mengujudkan Majlis Pemulihan Negara secara tidak berpartisan untuk menyekat orang-orang politik ‘otak udang’ dari terus bermain politik yang tidak munafaat sama sekali.


Hakikatnya juga, kita sudah kesuntukan masa kerana hari demi hari akan meranapkan keseluruhan institusi negara yang bakal memudaratkan kita semua.


Insya-Allah kami akan teruskan kempen cadangan pengujudan Majlis Pemulihan Negara untuk dicadangkan secara lebih komprehensif kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu  bagi memohon perkenan KDYMM Tuanku-Tuanku sekalian.


Majlis Pemulihan Negara bermirip MAGERAN diperlukan untuk mengujudkan ‘cooling off period’ kearah menurunkan ‘suhu politik’ negara buat seketika sehingga keadaan politik, ekonomi, sosial mahupun pandemik Covid-19 beransur pulih barulah akan dicadangkan pembubaran Majlis ini.


Sesungguhnya juga, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempunyai pengalaman luas mengurus pelbagai bentuk krisis dunia tidak mempunyai sebarang bentuk agenda peribadi kecuali untuk membangunkan semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia.


Secara jujur dan ikhlas, patek-patek sekalian akan terus merayu kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-Raja Melayu bagi memperkenankan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara kerana ini adalah kaedah solusi terbaik untuk kepentingan negara serta bangsa.


Ikhlas dari;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

 17 Jun 2021

YDPA & PM8 langgar sumpah jawatan jika "AS SOON AS POSSIBLE" disalah tafsir

KOMEN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG

“As soon as possible”

Banyak pihak memberi pelbagai tafsiran kepada ungkapan ini. Ada yang berkata dalam Bahasa Inggeris, it means “it is like yesterday” atau “semalam”. 

Tengku Razaleigh menambah:

Perdana Menteri tidak boleh menasihat Yang di-Pertuan Agong melanggar Perkara 55 Perlembagaan sebab Yang di-Pertuan Agong, di bawah Perkara 55 itu,  bertanggungjawab  memanggil Parlimen dalam masa 6 bulan daripada tarikh akhir persidangan Parlimen yang lepas. Jika tidak, Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri telah melanggar Perlembagaan dan sumpah jawatan.

17 June 2021

6 Zulqaedah 1442

Wednesday 16 June 2021

Buka semula Parlimen - YDPA dan Raja-Raja Melayu menterjemah isi hati rakyat jelata



KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

16hb Jun 2021, Khamis


YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU MENTERJEMAH ISI HATI RAKYAT JELATA


1. DYMM YDPA melalui siaran media pihak istana olih Dato Pengelola Bijaya Di Raja telah menitahkan supaya PARLIMEN bersidang SEGERA bagi membolihkan Ahli Ahli Parlimen membahas dan membincangkan isu isu berkaitan menangani Covid19, program veksinasi, perbelanjaan wang negara dan pemulihan ekonomi yang semakin tenat. Sebelum ini DYMM YDPA telah pun memberi ampun perkenan agar Parlimen bolih bersidang tapi tidak di hirau olih kerajaan masa kini yang tidak pasti dengan keabsahan nya kerana sokongan majoriti nya menjadi tanda tanya. Tidak ada pilihan lagi bagi kerajaan yang bergayut di dahan rapuh untuk tidak memanggil Sidang Dewan Rakyat secepat mungkin. 


2. Parti PUTRA menjunjung kasih dengan lafaz 'Daulat Tuanku' kerana gesaan Parti PUTRA agar DYMM YDPA menitahkan agar Parlimen Bersidang Segera, jika MAGERAN tidak bolih di wujudkan serta memansuhkan Kabinet yang terlalu besar jumlah nya dan jelas tidak berkesan dan membazirkan wang rakyat. Olih kerana MAGERAN bukan menjadi pilihan, namun Parlimen mesti bersidang segera menjadi pilihan utama, sudah pasti mengembirakan rakyat kerana fungsi Dewan Rakyat bukan sahaja membahas dasar-dasar dan undang-undang tapi yang lebih penting peranan SEMAK DAN IMBANG  kerana wang beratus billion di belanjakan mesti di audit olih Dewan Rakyat serta projek-projek direct nego yang di lulus dalam masa darurat dan lain-lain perkara yang mesti berteraskan ketelusan dan integriti.


3. DYMM YDPA dan Raja Raja Raja Melayu dalam Perjumpaan petang 16hb Jun 2021 telah menzahirkan DAULAT RAJA PAYONG NEGARA dan menentukan DEMOKRASI BERPARLIMEN SERTA RAJA BERPERLEMBAGAAN DI JUNJUNG TANPA TOLAK ANSUR. SEMBAH DAULAT TUANKU DARI WARGA PARTI PUTRA.


4. DYMM YDPA juga menitahkan agar program vaksinasi di perhebatkan sebagai jalan keluar kepada ancaman Covid 19. Hasrat Sasaran 80% matlamat imuniti kelompok (herd immunity) hendaklah di capai secepat mungkin, adalah titah DYMM YDPA. Ini menunjukan bahawa program vaksinasi sekarang amat perlahan dan macam-macam isu berkaitan timbul. Terlalu banyak kritikan, kecaman, berbagai persoalan yg di timbul termasuk pembelian vaksin, sistem my sejahtera sehingga ada tuduhan berlaku ada pihak kuat komisyen yang begitu banyak melalui kroni dan sebagai nya. Amat wajar Menteri yang bertangungjawab ini di ganti dan di wujudkan TASK FORCE dengan melantik anggota-anggota berintegriti dan bukan di kalangan orang politik supaya dapat fokus kepada pencapaian matalamat vaksinasi 80% secepat mungkin. Yang berlagak padai dan menyelam sambil minum air patutlah di rehatkan dari tugas ini.


5. Putra berharap Ahli Ahli Parlimen kali ini bila bersidang, mempamerkan kualiti perbahasan, berfakta, berani dan tegas sebagai suara yang mewakili rakyat dengan gaji yang lumayan. Bercakap dan berbahas sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dan bukan sentimen Parti semata mata.


Sama sama tunggu dan lihat


DYMM YDPA dan Raja-Raja Melayu pasti akan mengikuti peranan Ahli Ahli Parlimen dan keberkesanan Kerajaan yang mendapat kuasa darurat.


Rakyat Memerhati dan Allah swt lagi Maha Mengetahui


Salam Perjuangan Rakyat 


Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

16hb Jun 2021

9.30mlm.

Kegelisahan dan kekecewaan rakyat memerlukan camputangan YDPA dan Majlis Raja -Raja Melayu




KENYATAAN AKHBAR 

Y.B.M TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

AHLI PARLIMEN GUA MUSANG


KEADAAN NEGARA DI MASA KINI


1. Rakyat Malaysia terutamanya mereka yang miskin kini berada dalam keadaan terdesak dan kecewa. Mereka ketakutan terhadap perkara yang tidak dapat dikenalpasti dan curiga mengenai keadaan keselamatan diri. Mereka amat tertekan oleh kegelisahan mengenai masa depan.


2. Yang dianggap musuh tidak kelihatan dan ini menimbulkan kebimbangan. Ia mampu bertindak lebih bijak dan ini seolah-olah perjuangan melawan kuasa ghaib. Keadaan biasa tidak lagi wujud. Apa yang dapat diharap pada masa depan bergantung kepada sama ada kepimpinan negara dapat membawa perubahan.


3. Kepimpinan negara masa kini amat penting kesannya terhadap cara hidup rakyat. Sesungguhnya kita berada di dalam keadaan serba salah. Persoalan yang timbul adalah apakah negara ini dapat meneruskan kedudukannya sepertimana keadaan terdahulu. Kepimpinan seperti yang terdapat di masa lampau kini tidak relevan lagi. Di samping itu ia tidak dapat menangani berbagai masalah berkaitan dengan ekonomi yang dihadapi serentak termasuklah masalah pengangguran tinggi, kehilangan pendapatan dan kewangan semakin kurang untuk membiayai, sebagai contoh, makanan dan kesihatan.


4. Keadaan sebegini tidak pernah berlaku di masa-masa lampau. Pada masa dahulu keadaannya tidak serumit kini dan orang ramai lebih optimis. Kini mereka tidak lagi begitu.


5. Perlembagaan dan institusi-institusi negara tidak terbentuk untuk meghadapi keadaan yang sedang melanda kita. Sama ada institusi-institusi kenegaraan kita dapat menangani keadaan ini adalah suatu keraguan oleh kerana mutu kepimpinan pada masa kini menjadi tanda tanya.


6. Terdapat tiga kekurangan Dewan Rakyat, yang ditauliahkan oleh perlembagaan sebagai penentu muktamad untuk memilih Perdana Menteri daripada kalangan Wakil Rakyat, iaitu:

a) Ia tidak berfungsi secara menyeluruh oleh kerana sebahagian daripada Wakil Rakyat mempunyai kepentingan kewangan (sama ada secara terbuka atau pun secara senyap) dan hilang kelayakan mengikut Akta Majlis Parlimen (Kestimewaan dan Kuasa) 1952.

b) Dewan Rakyat kini dalam keadaan tergantung dan tiada pihak mempunyai majoriti untuk membuat keputusan.

c) Juga terdapat ahli-ahli yang tidak menepati peruntukan perlembagaan berkaitan dengan pemilihan mereka dan ini merupakan penipuan terhadap perlembagaan. Tidak terdapat peruntukan di dalam pelembagaan atau mana-mana undang-undang untuk menyelesaikan masalah ini. 


7. Kini perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat mengenai keadaan semasa semakin tebal, walau pun ia tidak disuarakan oleh mereka. Gelombang sepi ini mencerminkan kehilangan keyakinan oleh rakyat terhadap pemimpin mereka. Kita tidak harus membenarkan keadaan ini membiak.  


8. Maka itu, Raja-Raja Melayu bertanggungjawab untuk memainkan Peranan Keperlembagaan yang dianggap penting ketika negara berada dalam keadaan genting ini. Peranan ini timbul selaras dengan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di hadapan Raja-Raja Melayu yang memilih baginda mewakili Majlis Raja-Raja Melayu. Peranan ini wujud selaras dengan Sumpah Jawatan itu.


9. Tanggungjawab ini memerlukan pemilihan seorang pemimpin tanpa kepentingan peribadi, parti politik mahu pun pertimbangan peribadi. Pemimpin tersebut semestinya mempunyai kemampuan, keupayaan, visi dan pemahaman mendalam mengenai keadaan semasa demi memimpin kerajaan yang mampu membantu kita mengatasi keadaan teruk yang melanda rakyat sekarang. 


10. Sekarang ini kita menghadapi krisis bertubi-tubi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Sistem ekonomi kita merudum. Di samping itu, kita mengalami krisis berkaitan dengan keperluan asas seperti bekalan makanan, keadaann kesihatan dan isu keselamatan. Kita ada dua pilihan, sama ada hadapinya dan selesai kesemua masalah atau menempuhi kegagalan. Sedia maklum bahawa kepimpinan mempunyai hubung kait rapat dengan kemajuan negara dan kehidupan rakyat yang baik. Lipatan sejarah banyak merakam kegagalan kepimpinan. Kita tidak harus beri peluang kepada kegagalan.


15th June 2021

4th Zulqaedah, 1442

Plan Pemulihan Negara - tali hayat untuk kekalkan Darurat ?


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

16hb Jun 2021

PLAN PEMULIHAN NEGARA


1. PM telah mengumunkan 4 Fasa Strateji Plan Pemulihan Negara pada petang 15hb Jun 2021, sehari sebelum Perjumpaan Raja Raja Melayu pada 16hb Jun 2021. Apa strateji nya fikir-fikir sendirilah.


2  Plan ini juga bolih di ibaratkan Plan tali hayat PN untuk kekalkan DARURAT dan di jangka Parlimen akan bersidang pada September atau Oktober tapi dengan syarat-syarat tertentu. Darurat patut tamat pada 1 Ogos 2021. Kenapa pula Parlimen di jangka bersidang September atau Oktober? Patut nya awal September sudah bolih bersidang.

MALAH SEKARANG PUN PARLIMEN BOLIH BERSIDANG KERANA DYMM YDPA TELAH BERI PERKENAAN UTK PARLIMEN BERSIDANG 

Rakyat tidak bodoh untuk berfikir atas mainan licik politik yang mempersendakan Sistem Demokrasi Berparlimen. Kalau dahan sudah rapuh, buat macam mana pun, dahan tetap patah. Ikatlah dahan dengan tali ropia setakat yang bolih.


3. Mungkin benar ada yang mendakwa darurat kekal dan mahu di lanjutkan kerana mahu bergayut pada kuasa sebab hilang majoriti. Benjamin Netanyahu, Israel, hilang jawatan PM dengan satu undi sahaja. Bila kekal berkuasa di bawah Darurat, banyak keputusan bolih di buat tanpa semak dan imbang dan bolih nyahkan semua prosedure. Mudah lah lulus projek direct nego  dan macam-macam lagi. Ini dakwaan sesetengah pihak dan persepsi rakyat.


4. PUTRA tidak mahu memberi apa-apa reaksi atau ulasan terhadap apa-apa rancangan Plan Pemulihan yang di umumkan. PUTRA hanya mahu tunggu dan lihat keberkesanan nya. Budaya, belum apa-apa sudah puji melangit. Hasil nya belum ada. Atau mengecam secara tiba tiba, tanpa beri peluang kepada pihak yang bertanggungjawab.

Selalu nya yang di kata good policy tapi berakhir dengan kegagalan demi kegagalan. Sudah banyak bukti. Keupayaan perlaksanaan adalah terburuk di Malaysia

Tengok saja lah program imunisasi yang kelam kabut dan pencapaian nya setakat F kalau exam SPM. Belanja nya berpuluh juta.

"Bunyi guruh di langit tapi hujan tak turun".

"Ayam berkokok, hari tidak siang".


5. PUTRA tidak bercadang untuk bagi apa apa cadangan, kecuali mengesa Parlimen bersidang segera. Biar MP-MP buat cadangan, semak dan imbang. Kalau bagi cadangan pun, bukan di beri perhatian pun. WIRA PUTRA sebelum ini telah menyuarakan 10 cadangan pasca covid 19. Tinggal cadangan saja lah..


6. Semuga Perjumpaan Raja-Raja Melayu pada 16hb Jun menghasilkan kegembiraan untuk rakyat jelata. Keputusan yang akan dilihat RAJA BERDAULAT RAKYAT BERKAT.


PUTRA PERKASA NEGARA


Salam Perjuangan Rakyat


Dato Paduka Dr Ibrahin Ali 

Presiden Putra.

15hb Jun 2021

10mlm

Monday 14 June 2021

Hina Islam - Rider Food Panda sepatutnya lapor kepada Polis dan bukan mengamuk

Acara : Laporan Polis oleh Ayah Rani Kulup mewakili pelbagai NGO keatas tiga kejadian penghinaan keatas agama Islam termasuk dengan kes yang berkesudahan dengan amukan sekumpulan penghantar makanan Food Panda di Sungei Way

Lokasi : IPD Gombak 

Tarikh : 13/6/2021


Laporan Polis oleh Ayah Rani ini terfokus kepada kejadian amukan oleh sekumpulan penghantar makanan Food Panda yang tidak puas hati dengan kejadian dimana salah seorang pelanggan mereka di Sungei Way mengaku beliau anak Allah. (re : "Allah Ardilas Anak Allah Taala")

Di kesempatan yang sama Ayah Rani juga memasukkan laporan keatas kes penghinaan oleh pengendali Page Atheist Republic dan Love of LGBTQ Malaysia yang melibatkan isu Allah is Gay dan juga kes penghinaan keatas surah Al Fatihah oleh sekumpulan Cina yang menghuni sebuah rumah.

Mesej dari Ayah Rani 

1. kepada pihak bukan Islam - jangan usik agama Islam kalau mahu senang

2. kepada rider Food Panda - Jangan bertindak sendiri. Berfikir terlebih dahulu dan lakukan bantahan secara bijaksana. Lapurkan perbuatan menghina Islam kepada pihak Polis untuk diambil tindakan keatas pihak yang menghina supaya tidak pula menjadi pihak yang disiasat Polis.

3. mengundang Rider Food Panda untuk berkongsi pandangan dan nasihat dari Ayah Rani mengenai cara menangani masalah yang serupa pada masa hadapan khususnya dalam urusan dengan pihak Polis dan teknik dalam membuat aduan.

4. kepada pihak Polis - lakukan tindakan segera dan berkesan supaya isu tidak merebak sehingga menjadi di luar kawalan

5. kepada pihak kerajaan - lakukan lah program dan usaha yang lebih berkesan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum

P.S - beginilah antara simtom #kerajaangagal 

 

1
2
3
4

Friday 11 June 2021

PUTRA mohon perkenan YDPA untuk tamatkan Darurat memandangkan MAGERAN ditolak kerajaan dan pembangkang


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA

11hb Jun 2021


KEMELUT POLITIK, COVID 19, EKONOMI, PARLIMEN & DEMOKRASI


1. Rakyat dan PUTRA berdebar tapi istiqamah menunggu apa keputusan Majlis Raja Raja Melayu yang akan bersidang pada 16hb Jun 2021 bagi menyelesaikan kemelut politik negara dan ancaman berterusan covid 19 serta ekonomi yang makin merundum dan keluh resah rakyat yang hilang punca apa akan jadi kesudahan nya. Ianya amat kritikal dan genting.


2. Berbagai pandangan telah di lontar oleh berbagai pihak, pro dan kontra antara satu sama lain. KDYMM YDPA sedang bertemu dengan semua Pemimpin-pemimpin Utama Parti Politik yang mempunyai Wakil dalam Parlimen bermula 9hb Jun dan yang sudah mengadap DYMM YDPA telah memberi kenyataan-kenyataan pada media. Semua nya menjadi teka teki apa ramuan yg akan di putuskan olih DYMM YDPA dan Majlis Raja-Raja Melayu.


3. Tun Dr Mahathir mendedahkan secara terbuka bahawa beliau mencadangkan penubuhan MAGERAN saperti MAGERAN 13 MEI 1969 kepada DYMM YDPA. Tun M juga mendedahkan bahawa titah DYMM YDPA mengenai cadangan  MAGERAN boleh di laksanakan jika Kerajaan bersetuju.

Apakah di bawah Ordinan Darurat, DYMM YDPA mesti mendapat persetujuan kerajaan tidak lah dapat di pastikan. Apakah setakat ini sahaja kuasa DYMM YDPA? Maka lebih baiklah serah sahaja kepada Kerajaan secara total tanpa ada semak dan imbang apa sahaja yang mahu di laksanakan.Tidak perlu ada mesyuarat itu dan ini. Hebat kuasa seorang PM. Tidak perlu apa-apa semak dan imbang, baik Parlimen atau Majlis Raja-Raja Melayu yang menjadi payong rakyat dan negara.


4. Pihak Kerajaan melalui kenyataan Ketua Setia Usaha Sulit PM, membuat kenyataan secara terbuka bahawa tidak perlu di wujudkan MAGERAN. Cukup apa yang sedang di lakukan sekarang ini bagi menangani ancaman Covid 19 dan usaha memulihkan ekonomi dan kesengsaraan rakyat. Maknanya PM tidak mahu berkongsi kuasa secara mutlak. Parlimen tidak bersidang tapi Ahli-ahli Parlimen terima gaji. Rakyat kata Ahli Parlimen makan gaji buta. Hebat kuasa PM di bawah Darurat ala PN. Tapi keadaan tidak juga bertambah baik.


5. PH juga menolak cadangan tubuh MAGERAN. Kenyataan rasmi telah pun di keluarkan.


6. Pada awal nya PUTRA juga mencadangkan Darurat ala 13 Mei 1969 dengan menubuhkan MAGERAN untuk mentadbir negara buat seketika sehingga dapat menstabilkan semula politik negara dengan cara kembali semula ke 'drawing board' untuk mencari penyelesaian secara total kepada segala masaalah yang di hadapi rakyat dan negara. Banyak juga tokoh-tokoh masyarakat bersetuju dengan cadangan MAGERAN dan terakhir Tun M sendiri turut membuat cadangan yang sama.Tapi beza nya Tun M juga mencadangkan beliau sendiri setuju untuk mengetuai MAGERAN jika dapat ampun perkenan DYMM YDPA. PUTRA menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM YDPA dan berharap sesiapa yang di lantik mestilah tokoh berintegriti, berwibawa, berpengalaman dan di terima olih semua pihak jika MAGERAN jadi pilihan dan bolih dilaksanakan.


7. Oleh kerana MAGERAN bukan pilihan olih pihak Kerajaan(PN) dan Pembangkang(PH), maka apa PILIHAN yang ada? 

JIKA PRINSIP DEMOKRASI DI DAULATKAN DAN SETAKAT KUASA YANG ADA PADA DYMM YDPA SEBAGAI RAJA BERPERLEMBAGAAN, AMAT WAJAR DAN TERBAIK, SELEPAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU PADA 16HB JUN 2021, MAKA

PUTRA MENCADANGKAN Ampun Perkenaan DYMM YDPA agar DARURAT DI TAMATKAN SERTA MERTA DAN PARLIMEN BOLIH BERSIDANG SEGERA

Tidak ada pilihan lain.

Urusan Menangani Covid 19 bolih di urus melalui SOP yang lebih berkesan dengan menubuhkan JK OPERASI KHAS COVID 19 dan JK PEMULIHAN EKONOMI NEGARA yang di anggotai olih pakar-pakar yang berwibawa.

Nasib baik sejarah rakyat malaysia adalah rakyat yang tinggi nilai kesabaran nya. Janganlah kesabaran rakyat hilang perhitungan nya. Bermula hujan rintik-rintik berakhir dengan ribut dan taufan.


RAKYAT MALAYSIA BERNAUNG DI BAWAH PANJI-PANJI RAJA-RAJA MELAYU UNTUK KEDAIMAIAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA.


DAULAT TUANKU


PUTRA PERKASA NEGARA


Salam Rakyat Msia,


Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

11hb Jun 2021

Jumaat Jam 3ptg.


Tuesday 1 June 2021

Program vaksinasi huru hara dan SPRM diminta siasat applikasi pendaftaran vaksinasi bernilai RM70 juta





KENYATAAN MEDIA  PERGERAKAN WIRANITA PUTRA  MALAYSIA.

Oleh 

Ros Hanita Bt.Mohd  Basir.

Ketua Pergerakan Sayap Wiranita Putra Malaysia.

1hb.June 2021

MEMBERI TUMPUAN YANG SERIUS TERHADAP PUSAT  PENGURUSAN PEMBERIAN VAKSIN.


1.  Wiranita putra bersetuju dengan kenyataan Bekas menteri persekutuan Tan Sri Rafidah Aziz supaya rakyat tidak membanjiri  pusat pemberian vaksin (PPV)

 2.  Kerajaan seharus nya sedar dan mencari solusi bagaimana untuk mengatasi dan tidak menggalakan kesesakan ditempat-tempat  PPV  supaya dapat mengelakkan berlaku nya kluster pusat vaksinasi Covid19.

3. Wiranita juga bersetuju dengan kenyataan Rafidah mempersoalkan kenapa KPK Dr.Norhisham tidak menganggotai badan bertindak imunisasi Covid19 (CITF) dalam Perlancaran Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK)

4.  Kerajaan seharus nya tidak membuang masa atau wang ringgit untuk melakukan 'skala Mega' dan bersikap realistik untuk menangani perkara ini.

5. Kerajaan perlu memandang serius bahawa berjuta angka masih lagi menunggu. giliran. Tetapi berapa peratus kah Vaksin yang telah sampai ke Malaysia? Dan kadar pendaftaran untuk divaksin kan amat rendah.

6.  Wiranita Putra amat kecewa kerana sistem Pendaftaran yang diguna tidak menepati dan amat bercelaru.

7.  Lebih mengecewa kan kerana pendaftaran yang awal masih tidak dihubungi untuk mendapat kan tarikh untuk divaksin ditambah pula dengan PPV sesak dan kelam kabut. Dan lebih mengecewa kan lagi apabila orang-orang tua mengambil masa yang lama  beratur  untuk menunggu giliran masuk dewan untuk divaksin.

8. Apakah pihak yang dipertanggung jawap untuk pengurusan Vaksinasi ini otak dah tepu tidak boleh berfikir dan memcari jalan yg baik untuk dilaksana kan.

9. Persoalan nya kenapa kerajaan menghad kan PPV sehingga beribu manusia perlu hadir? Sepatut nya disetiap Parlimen telah ada Hospital dan Klinik Kerajaan dan juga ratusan klinik swasta boleh digunakan untuk PPV atau pun menggunakan Dewan yg besar yang terdapat disekitar Parlimen tersebut.

9. Kerajaan juga boleh melantik Kordinator dengan melibat kan wakil-wakil Parti  Politik tidak kira apa Parti dalam Parlimen tersebut untuk membantu urusan pendaftaran oleh wakil KKM. Kerajaan juga boleh mengarahkan kaki tangan Hospital dan Klinik Swasta untuk mengurus kan pemberian vaksinasi kepada 20  atau 25 orang secara serentak.

10. Wiranita Putra mencadang kan agar Pendaftaran dibuat Sistem seperti check in online untuk menaiki pesawat. Penumpang perlu Print bording pass hanya dirumah atau pejabat. Tapi hanya check in online dengan print pengesahan panggillan dan mengesan lokasi dan masa untuk mendapat detail info penerima.

11. Penerima perlu masuk kan IC dalam peranti dan mengambil nombor giliran dan menunggu nombor dipanggil yang tertera pada mini Digital Signboard.

12. Semua siatem ini boleh dibuat dengan harga yang murah. Ready Software sudah tersedia hanya masukkan data sahaja. Tidak memerlukan peruntukan angka yang besar berjumlah RM70 juta. Hanya perlu bijak  untuk mengurus supaya tiada kesesakan di PPV.

13. Wiranita Putra menggesa pihak SPRM untuk menyiasat perkara ini supaya rakyat tidak keliru dengan pengaliran wang yang besar melibatkan angka RM70 juta.


Terima kasih.

Majlis Raja-Raja perlu pantau secara terperinci kerajaan sewel tebuk atap sebelum nasi jadi bubur



RAYUAN KDYMM AGUNG DAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU UNTUK TAMATKAN PROKLAMASI DARURAT


Hanya kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu tempat terakhir keseluruhan rakyat Malaysia dapat sandarkan harapan terakhir ke arah selamatkan bangsa serta negara yang tercinta ini.


Kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang terdiri dari pemimpin-pemimpin dungu, rakus kuasa dan korup sedang merosakkan tanahair kita ke tahap yang paling teruk selepas era pentadbiran kerajaan kleptokrasi.


Selepas PRU14 negara yang ditadbir oleh kerajaan PH yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya meletakkan asas kepimpinan negara di landasan yang terbaik selama 22 bulan.


Namun, disebabkan oleh pengkhianatan sesama rakan dalam gerakan ‘Langkah Sheraton’ telah menyebabkan negara kini diurus tadbir oleh kalangan dungu, rakus kuasa serta korup sehingga keadaan masakini cukup mencemaskan keseluruhan rakyat Malaysia!!


Kini, KDYMM Yang di-Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja Melayu harus campur tangan demi masa kesejahteraan masa depan negara kita.


KDYMM Yang di-Pertuan Agung harus tamatkan proklamasi darurat secara kadar segara dan bukakan semula parlimen sebagai sebuah institusi untuk proses semak-imbang yang amat penting.


Percambahan pemikiran serta semak-imbang di dalam Dewan Rakyat berdasarkan amalan demokrasi harus dihidupkan segera.


Sesungguhnya, segala kerosakan negara dan apa yang sedang berlaku masakini adalah disebabkan parlimen ditutup!!


Pentadbiran negara tidak dijalankan secara telus. Kerajaan ‘tebuk atap’ PN sedang menyalahguna kuasa dalam segenap segi.


Sebab itulah Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat senantiasa bersabar selama beberapa bulan untuk mendapatkan tarikh perkenan mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agung bagi menyembahkan segala butiran penderitaan rakyat Tuanku di saat yang paling mencabar.


Tarikh perkenan dari KDYMM Yang di-Pertuan Agung amat penting kerana keseluruhan rakyat sedang menunggu dengan penuh kesabaran agar segala permasalahan masyarakat marhaen akan dapat dimaklumkan secara terperinci kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agung oleh wakil-wakil dari Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat.


Pihak istana harus sedar bahawasanya proklamasi darurat sudah gagal!! Malahan, gagal di tahap ‘gaban!!’


Kononnya, proklamasi darurat untuk membendung pandemik Covid19 kini terbukti gagal sama sekali!!


Keseluruhan rakyat Malaysia ingin melihat Majlis Raja-Raja Melayu  memainkan satu peranan proaktif untuk ‘Selamatkan Malaysia.’


Hanya kepada KDYMM Raja-Raja Melayu sajalah sandaran terakhir rakyat Malaysia buat masa ini.


KDYMM Raja-Raja Melayu harus memerhati pentadbiran ‘sewel’ kerajaan ‘tebuk atap’ PN secara terperinci sebelum ‘nasi jadi bubur.’


Institusi Di Raja harus memayungi keseluruhan rakyat secara adil dan saksama tanpa sebarang unsur ‘berat sebelah.’ Inilah yang rakyat Malaysia ingin lihat kini.


Sudah sampai masanya untuk KDYMM Raja-Raja Melayu memanggil sidang khas tergempar Majlis Raja-Raja Melayu kerana negara kita kini sedang berada dalam keadaan yang cukup parah!!


Rakyat Malaysia yang hina-dina ini masih yakin bahawa Majlis Raja-Raja Melayu masih mempunyai peranan yang boleh dimainkan kearah untuk ‘Selamatkan Malaysia’ sebelum segalanya ‘hancur jadi debu.’


RAJA ADIL RAJA DISEMBAH; RAJA ZALIM RAJA DISEMBAH’


‘RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA’ 


DAULAT TUANKU!!


Yang Ikhlas;

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

28 Mei 2021

Rakyat sangsi Menteri sanggup tak ambil gaji 3 bulan


 

Antara usaha Abah untuk mengembalikan keyakinan rakyat marhaen kepada imej #kerajaangagal👍👏👏


Bagaimanapun sejak diumumkan semalam pelbagai soalan ditimbulkan oleh ramai rakyat yang rata-rata sangsi dengan usaha menyelamatkan nyawa politik ini.


Kalau boleh mereka ingin tahu lebih lanjut :- 


1. berapa unjuran jumlah kutipan dari gaji 3 bulan dalam Akaun Amanah Bencana? 


2. adakah gaji selama tiga bulan akan dibayar terus ke dalam Akaun Amanah Bencana tersebut? Jika tidak wang gaji masih boleh dikeluarkan melalui ATM masing masing🤪


3. Adakah kerajaan akan menggantikan kehilangan gaji dengan penambahan Elaun Bencana khas untuk menampung bencana yang akan dilalui oleh anggota Menteri dan Timbalan masing masing selama 3 bulan? Sepanjang kerajaan PN memerintah rata rata para Menteri dikatakan telah makan gaji buta kerana tidak berfungsi dalam tempoh PKP.