Tuesday 31 August 2021

Ayah Rani repot lagi sempena #Merdeka64 - video mimpi yang mengelirukan - video penghinaan orang Islam solat - KKM tolong sahkan vaksin selamat atau tidak

 Acara  : 3 Laporan Polis oleh Ayah Rani mewakili MJMM dan gabungan NGO yang lain

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Tarikh : 31/8/2021


Bersempena #Merdeka64 Ayah Rani Kulup mewakili MJMM dan gabungan NGO yang lain telah membuat 3 laporan polis seperti berikut:

1. video viral bertajuk Perjalanan Mimpi Yang Terakhir yang boleh mengelirukan umat Islam mengenai perjumpaan dengan Nabi Muhammad SAW dan pengakhiran zaman.

2. video viral seseorang yang memaki hamun orang Islam bersolat dan hina Allah dan Rasulallah

3. apakah jaminan kerajaan untuk memastikan vaksinasi itu selamat untuk semua - Ayah Rani sendiri dijangkiti Covid selepas lengkap 2 dos.


1

2
3
4
5
6
7
8


Monday 30 August 2021

Ratusan pengguna menjadi mangsa pembelian peralatan elektronik melalui Instagram

Acara : Sidang media NGO Semboyan mengenai ratusan pengguna menjadi mangsa pembelian peralatan elektronik melalui Instagram

Lokasi : Restoran Mr Botak, Megan Avenue, Kuala Lumpur

Tarikh : 30/8/2021


__________________________________________________________________________________________________________

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT SIDANG MEDIA 

“RATUSAN PENGGUNA MENJADI MANGSA PEMBELIAN PERALATAN ELEKTRONIK MELALUI INSTAGRAM” 

 1.  Untuk makluman, Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) adalah sebuah organisasi yang dibina atas dasar ingin membantu menegakkan dan komited memperjuangkan hak-hak pengguna di Malaysia yang menghadapi pelbagai jenis permasalahan dan pihak kami di PPSM juga menawarkan bantuan khidmat rundingan dalam mencari penyelesaian terbaik diantara pihak-pihak terlibat. 

2.  Baru-baru ini PPSM menerima aduan daripada pengadu-pengadu yang mendakwa menjadi mangsa pembelian online barangan-barangan elektronik yang sebahagian besarnya adalah barangan elektronik keperluan rumah seperti televisyen, seterika, mesin basuh, microwave, cerek elektrik dan lain-lain lagi. Pembelian tersebut dibuat oleh mangsa apabila melihat penawaran di salah satu akaun Instagram yang mempunyai hampir 200ribu follower. 

3.  Modus operandi mereka adalah barangan tersebut dijual pada harga jauh lebih murah daripada harga yang ditawarkan di pasaran tempatan dan barangan-barangan elektrik tersebut adalah daripada jenama terkenal. Pengadupengadu telah diperdaya membuat pembayaran dan dijanjikan barangan akan dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan, tetapi mereka gagal dengan memberikan alasan yang tidak munasabah iaitu barangan diimport dari luar negara serta mempunyai masalah permit di kastam dan lain-lain lagi. Kami difahamkan seramai ratusan rakyat Malaysia telah membayar bayaran penuh bagi pembelian barang tersebut tetapi sehingga sekarang tidak menerima barang yang dipesan. 

4. Pihak kami di PPSM dimaklumkan oleh mangsa bahawa pemilik akaun Instagram tersebut mempunyai banyak rekod tangkapan polis berkaitan kes penipuan dan pelaku terdiri daripada ahli keluarga terdekat termasuklah ibu, anak,  suami  dan adik-beradik dan  terdapat  kes yang diselesaikan diluar mahkamah. Namun, ratusan lagi yang menjadi mangsa dan belum mendapatkan kembali hak mereka dan mereka ingin menuntut keadilan terhadap penganiayaan ini disamping mencegah pelaku tersebut meneruskan aktiviti tersebut terhadap orang lain kelak. 

5.  Justeru itu, pihak kami di PPSM menganggap kes ini adalah suatu kezaliman yang teruk kepada pengguna yang menggunakan wang hasil keringat mereka untuk membeli peralatan asas malangnya telah diambil kesempatan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dimasa pandemic ini.  

____________________________________________________________________________________________________________

 Musim PKP telah membuka peluang scammers untuk melakukan operasi menipu pembeli melalui iklan dalam Instagram.

Peluang menipu terbuka luas apabila kedai barangan elektrik tidak beroperasi sedangkan keperluan untuk barangan tersebut tidak pernah terputus.
Ada mangsa yang tidak menerima barangan yang dipesan atau menerima barangan yang lebih murah dari yang dipesan sedangkan bayaran sudah dibuat melalui atas talian.
Semboyan menasihati mangsa yang sudah membuat laporan Polis untuk tidak menarik balik laporan mereka apabila pihak scammer pula cuba menakutkan dengan tindakan undang-undang.
Semboyan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan jenayah dan bukan sivil keatas scammer untuk menghalang berulang nya operasi yang sama.
Rakaman sidang media ini perlu ditonton sepenuhnya untuk memahami dan seterusnya mengelak diri kita pula dari menjadi mangsa




1
2
3
4
5
6
7



Komuniti peniaga Acheh Zon Ampang anjur misi bantuan untuk mangsa banjir lumpur Yan, Kedah dengan kerjasama NGO Perintis Bersatu

 Acara : Pelepasan konvoi Acheh Peduli, Misi bantuan banjir lumpur Yan, Kedah

Lokasi : Kopi Warisan, Pandan Mewah, Ampang , Selangor

Tarikh : 30/8/2021

_______________________________________________________________________________________

Ruj. Kami : PROGSUMB/08/2021 

 Tarikh : 26hb OGOS 2021 

 KETUA UNIT BERITA Bahagian Penyiaran Berita  

 Tuan/Puan, 

 PER: JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PENYERAHAN MISI BANTUAN BANJIR KE YAN KEDAH PADA 30/8/2021 ANJURAN BERSAMA PENIAGA DAN MASYARAKAT ACHEH, PERINTIS BERSATU MALAYSIA DENGAN KERJASAMA BALAI POLIS PANDAN INDAH 

 Dengan segala hormatnya saya selaku Ketua Program merujuk surat ini berkenaan perkara di atas. 

 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak dari Peniaga dan Masyarakat Acheh anjuran bersama Perintis Bersatu Malaysia akan mengadakan satu Program Misi Penyerahan Bantuan Banjir ke Yan Kedah dengan kerjasama Balai Polis Pandan Indah yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:- 

    Tarikh  : 30hb Ogos 2021 (Isnin)    Masa   : 9.00 Pagi    

Tempat Pelepasan : Kopi Warisan Cafe Teuku Station ,Block A8 G1, Jalan Mewah 4,Taman Pandan Mewah, 68000 Ampang Selangor 

 Tempat Penyerahan Bantuan : Kem Kamc    Lot 2505, Kg Acheh, 06900 Yan, Kedah 

 3. Untuk makluman pihak Tuan/Puan, sumbangan tersebut merupakan sumbangan berupa makanan keperluan asas yang dianggarkan berjumlah RM30,000.00.   

 4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pihak media untuk hadir bersama bagi membuat liputan untuk program penyerahan sumbangan tersebut. Segala kerjasama baik pihak Tuan/Puan menghantar wakil wartawan hadir pada program penyerahan sumbangan ini amatlah kami harapkan dan hargai. 

 5. Dilampirkan Aturcara Majlis untuk perhatian pihak Tuan/Puan. 

 6.  Segala pertanyaan berhubung program sumbangan dan pengesahan kehadiran boleh menghubungi saya ditalian 016-5594498. 

 Sekian, terima kasih. 

 Yang benar, 

0812-12-MEL 

DATO DR. HJ. EKO INDRAJAYA  

 Ketua Program Merangkap Ketua Zon Ampang 

 ____________________________________________________________________________________________

Video 1 - Komuniti peniaga Acheh Zon Ampang telah mengumpul sumbangan berupa 5 tan barangan keperluan asas untuk dihantar ke Yan, Kedah bagi membantu mangsa banjir disana. Kerja penghantaran dan logistik mendapat kerjasama dari NGO Perintis Bersatu Malaysia yang mempunyai rangkaian jaringan diseluruh negara.


______________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22



Sunday 29 August 2021

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan MKT Zon 14 Ampang

 Acara : Program Sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Ahli Majlis Zon 14 Ampang yang disempurnakan oleh YB Rodziah Ismail, ADUN (Exco Pengerusi  Jawatankuasa Tetap Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan

Lokasi : Berhadapan Stesen Minyak PETRONAS, Taman Dagang, Ampang, Selangor

Tarikh : 29/8/2021


Nota : Jarang jarang saya membuat liputan program kerajaan negeri Selangor. Hari ini peluang membuat liputan saya tumpukan dengan tekun dan apa yang saya dapat katakan ialah "I am impressed" dengan kepelbagaian program yang kerajaan sediakan untuk kesejahteraan rakyat Selangor. Jika mereka kekalkan prestasi dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa, hayat politik mereka pasti akan berpanjangan, insyaallah



_____________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15