Wednesday 31 December 2014

MCA gembeling sumbangan koperat untuk mangsa banjir

Lokasi : Bilek mesyuarat tkt 6, Wisma MCA, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penerimaan sumbangan bagi mangsa banjir Pantai Timor

Tarikh : 29/12/2014


Selain dari memulakan Tabung Bencana Banjir Pantai Timor, MCA hari ini turut mengumumkan penubuhan Pusat Operasi Bantuan Bencana Banjir yang terletak di Wisma MCA. Pusat ini dikendalikan oleh Sayap Kebajikan MCA (CSRM) yang di kepalai oleh Datuk Lua Choon Hann. Hampir sejuta ringgit berjaya dikumpulkan dari para penyumbang pada majlis pagi ini.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8 Tan Sri Lim Kang Hoo, penerima surat penghargaan
 9  Datuk Subramani mewakili Berjaya Air
 10  Datuk Jamil Osman  mewakili Westar

100k Wanita UMNO / BN akan turun bantu cuci rumah mangsa banjir

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Tinjauan oleh Perdana Menteri ke pusat operasi #MISISAYANG Wanita UMNO / BN

Tarikh : 30/12/2014



Video 1 mengandungi :

1. pengumuman pelancaran Skuad Cuci Banjir Wanita UMNO / BN yang akan mengerakkan 100,000 ahli dari seleuruh Malaysia untuk membantu dalam kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir dan membantu mengasingkan peralatan yang masih boleh digunakan

2. pengumuman pembukaan Bilek Gerakan Bantuan Banjir oleh Ibupejabat UMNO yang beroperasi setiap hari dari 9 pagi - 12 malam dan akan dikendalikan oleh Wanita UMNO.

3. pengumuman bahawa kerajaan akan memberi bantuan kepada mangsa banjir yang rumah mereka musnah sepenuh nya.     



Video 2 mengandungi perincian mengenai fungsi dan operasi #MISISAYANG


 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday 30 December 2014

Hari pertama stor #MISISAYANG menggalakan

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Taklimat mengenai operasi stor #MISISAYANG Wanita UMNO/BN

Tarikh : 29/12/2014



Video 1

Shahrizat memberi penerangan mengenai operasi stor #MISISAYANG. Setiap sumbangan tak kira kecil besar akan dicatit dalam senarai penyumbang dan akan dipastikan penghantaran ke pusat pengumpulan di TUDM Subang oleh #MISISAYANG


Video 2

Rayuan Pengerusi #MISISAYANG, Kak Rosni untuk para penderma dari individu, GLC  dan ahli parti untuk terus memberi sumbangan berbentuk tunai, makanan dan pakaian kerana jumlah mangsa banjir yang besar dan jangka masa bencana yang berpanjangan. 



1  Untuk hari ini operasi bertumpu kepada pembungkusan 5,000 kotak buah kurma. Kurma dipilih kerana ianya makanan yang berkhasiat tunggi dan mudah dikendalikan. Lagi pun ianya makanan sunnah RasulAllah
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday 28 December 2014

Penggiat media sosial dinasihat melaporkan berita yang benar mengenai situasi banjir

Lokasi : Pusat Kawalan Bencana Negara, Markas SMART, Puchong, Selangor

Acara : Tinjauan TPM 

Tarikh 27/12/2014



Video ini mengandungi :

1. Pengakuan TSMY bahawa media sosial merupakan salah satu alat perhubungan yang
penting dan berguna dalam situasi dan keadaan terkini.

2. TSMY menasihatkan  penggiat media sosial supaya lebih bertanggungjawab untuk memaparkan
perkara dan fakta yang benar dengan turun kepadang untuk mendapatkan cerita dan gambaran
 yang sebenar

3. Beliau kecewa kerana ada laporan media sosial lebih berasaskan maklumat pihak ketiga
tanpa ada pengesahan... contoh yang diebut beliau ialah kes di Manek Urai

4. TSMY menasihatkan penggiat media sosial lebih bertumpu kepada usaha-usaha menyelamat
yang dilakukan oleh pelbagai agensi, dengan memberi gambaran yang boleh menaikan
 semangat kepada mereka yang bertugas dan harapan kepada mangsa.

5. Janganlah menambah beban kerisauan kepada mangsa banjir dan petugas yang cuba
menjalankan tugas menyelamat.



1
TSMY sempat mengadakan video conferencing dengan MB Perak dan juga  MB Terengganu. Situasi
dikedua-dua negeri terkawal sepenuhnya. Isu-isu yang dihadapi di Kelantan seperti, putusnya bekalan elektrik, bekalan disel, komunikasi dan air bersih tidak dihadapi oleh Perak dan Terengganu. Walau bagaimanapun TSMY akan tetap menjadualkan lawatan dan tinjauan ke kedua dua negeri tersebut minggu depan. 
2
Dengan adanya kemudahan tele-conferencing akan memudahkan TSMY memantau dan mendapat maklumat terus dari MB negeri-negeri yang terlibat banjir secara 'real-time'
 3
 4
5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday 26 December 2014

Wanita UMNO lancar #MISISAYANG untuk bantu mangsa bencana banjir

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Acara :

Tarikh : 25/12/2015


Ringkasan kenyataan media

1. Skuad Sayang PWUM / BN akan mewujudkan derma kilat berupa wang tunai dan mengumpulkan pakaian, selimut, tuala wanita, lampin bayi dan makanan ke pusat Sumbangan Barangan Bantuan Mangsa Banjir Skuad Sayang PWUM / BN mulai 25/12/2014 dari jam 9 pagi sehingga 6 petang di aras 4, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

2. Pengerusi bagi misi sayang ini adalah YB Datuk Rosni Sohar dan beliau boleh dihubungi di talian 013-2076747 atau pegawai beliau En Mohd Anuar Abdul Ghani (012-2211049) atau Puan Malissa Zulmani (019-4401646) atau talian diwaktu pejabat 03-40427730




1
 2
 3
 4
 6
 7
 8
9
 10