Sunday 31 October 2021

Kak Wan tunjuk bakat masak muruku

Acara : Jelajah Ceria Deepavali MP Pandan

Lokasi : Alim Curry House, Pandan Indah, Selangor

Tarikh : 31/10/2021




____________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9


Sambutan Hari Warga Emas Pangsapuri Hospital Ampang

Acara : Sambutan Hari Warga Emas Pangsapuri Hospital Ampang

Lokasi : Kuarters Hospital Ampang, Pandan Indah, Selangor

Tarikh : 31/10/2021


Video 1 - Kak Wan menyantuni warga emas dengan ucapan dan seterusnya menyampaikan 'buah tangan' kepada mereka. 



Video 2 - Kak Wan menjawab soalan berkaitan isu HAID



________________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Saturday 30 October 2021

Program Menyantuni Bekas Mangsa Covid-19

Acara : Program Menyantuni Bekas Mangsa Covid-19 anjuran Pertubuhan Kepedulian dan Keprihatinan Insan Malaysia

Lokasi : Kelab Golf  Tasik Puteri, Selangor

Tarikh : 30/10/2021


Video 1 - Puan Norain menceritakan pengalam beliau sekeluarga dijangkiti Covid-19 melalui rakan yang positif yang melawat mereka dirumah. Cucu beliau yang berusia kurang 6 bulan merupakan mangsa pertama dalam keluarga beliau.



Video 2 - Kak Wan walaupun tidak pernah mengalami penyakit Covid-19, pernah menjadi pesakit Batuk Kering (Tuberculosis) ketika mengandungkan Nurul Izzah.


___________________________________________________________________________________________________________

1

2
3
4
5
6
7
8
9
10

Friday 29 October 2021

Pakatan Harapan sudah bersetuju dan menetapkan kerusi yang akan dipertandingkan oleh komponen pada PRN Melaka dan PRU15

Acara : Sidang media pimpinan Pakatan Harapan berkaitan PRN Melaka

Lokasi : Ibu pejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Tarikh : 29/10/2021



_______________________________________________________________________________________________________
1
2
3
4
5


Wednesday 27 October 2021

Book launch - Kashmir Black Day - all about the brutalities and atrocities sanctioned by the Hindu Government of India in Kashmir and the region of Jammu

Acara : Book launch - KASHMIR BLACK DAY

Lokasi : Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, Selangor

Tarikh : 27/10/2021


Video 1 - Opening speech by Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid, President of MAPIM



Video 2 - Speech by IR Jamaludin Samsudin, CEO of AACIN



Video 3 - Keynote address by Mohamad bin Sabu, the former Minister of Defense of Malaysia 



Video 4 - Kashmir Black Day Declaration 


__________________________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tuesday 26 October 2021

WARISAN sudah hampir untuk melebar sayap ke Semenanjung dengan pembukaan pejabat di Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Parti Warisan berkaitan bahaya yang bakal menimpa jika CPTPP di ratifikasi oleh kerajaan.

Lokasi : Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/10/2021


Shafie Apdal menjawab :-
- perkembangan terkini mengenai persiapan WARISAN untuk melebar sayap ke Semenanjung
- pandangan beliau mengenai PRN Melaka
- kepimpinan masa depan terletak ditangan anak muda, Syed Saddiq menjadi contoh






DPMM dan parti Warisan menolak ratifikasi CPTPP kerana musibah yang bakal menimpa negara terutamanya orang Melayu / Bumiputera

Acara : Sidang media selepas mesyuarat antara Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Parti Warisan berkaitan bahaya yang bakal menimpa jika CPTPP di ratifikasi oleh kerajaan.

Lokasi : Anjung Melayu, Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/10/2021


KENYATAAN MEDIA 

 

DEWAN MELAYU TAWAR USAHASAMA DENGAN KOMUNITI DAGANG BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK     

 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DEWAN MELAYU) mengucapkan ribuan penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie bin Apdal yang telah sudi untuk bertemu bagi mendengar dan berkongsi pandangan beliau tentang situasi ekonomi Bumiputera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak; serta hubung-kaitnya dengan isu ratifikasi perjanjian CPTPP yang sedang berlangsung.  

1. KERJASAMA EKONOMI BUMIPUTERA SABAH & SARAWAK 

• Umum mengetahui bahawa kedudukan ekonomi golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak merupakan antara yang terendah di negara ini. Bahkan kerajaan melalui agenda perlaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) telah meletakkan komuniti Bumiputera Sabah dan Sarawak sebagai salah satu daripada 9 kumpulan sasaran bersama-sama dengan golongan isi rumah B40, miskin tegar dan rentan ekonomi; masyarakat dalam transisi ekonomi; Orang Asli; Orang Kurang Upaya; belia; wanita; kanak-kanak serta warga emas. 

• Dalam pada itu, penglibatan ekonomi Bumiputera dari segi perdagangan dan industri masih terlalu kecil sebagaimana yang digambarkan dalam dokumen WKB2030, dengan nilai aktiviti perdagangan dan perindustrian Bumiputera hanyalah RM81 bilion pada tahun 2014 berbanding RM354 billion oleh bukan Bumiputera. Pada masa yang sama, kebergantungan masyarakat Bumiputera pada pendapatan daripada gaji masih terlalu tinggi sehingga 80%; sekaligus meletakkan mereka sebagai pekerja dan pengguna, bukannya sebagai pengeluar ataupun majikan. 

• Pembentangan RMK-12 oleh YAB Perdana Menteri dengan 18% peruntukan pembangunan khusus untuk wilayah Sabah dan Sarawak perlu memfokuskan kepada peningkatan aktiviti ekonomi dan perniagaan Bumiputera sebagai sasaran utama disetiap peringkat perlaksanaannya; agar nisbah Jurang Antara Wilayah dapat dikurangkan daripada 2.6 kepada 1.5 untuk Sabah dan daripada 1.5 kepada 1.2 untuk Sarawak menjelang 2030.  

• Justeru demi mencapai hasrat dan cita-cita tersebut, DEWAN MELAYU sebagai pertubuhan mewakil perniagaan dan ikhtisas Melayu terbesar di Semenanjung bersedia untuk berkolaborasi dengan pertubuhan-pertubuhan perniagaan dan perdagangan Bumiputera di Sabah dan Sarawak bagi membentuk satu jalinan persefahaman yang lebih tuntas dan senada, khususnya dalam berkongsi kemahiran dan kapasiti ahli, serta memaksimakan ruang dan peluang untuk mempertingkatkan tahap daya saing serta kebolehpasaran usahawan merentas wilayah.  

 

2. DEWAN MELAYU TOLAK RATIFIKASI CPTPP 

 • Mengenai perjanjian CPTPP (dahulunya dikenali sebagai TPPA) yang telah dianggotai Malaysia dan sedang melalui proses ratifikasi, DEWAN MELAYU konsisten untuk menolaknya dan mendesak agar proses ratifikasi tersebut ditangguhkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dengan serta-merta. 

 • Nisbah ketidaksaksamaan antara kaum dan wilayah yang masih tinggi memerlukan pelan tindakan serta halatuju yang lebih terarah buat kaum Melayu di Semenanjung dan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini terpaksa dilakukan demi memastikan jurang tersebut dapat dirapatkan; dan mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan atau dinafikan peluang untuk meraih nikmat serta kelebihan sebagai warganegara Malaysia.  

 • Walaupun Malaysia bergantung kepada hasil perdagangan, kedaulatan negara dan hak warganegara mesti didahulukan. Sekiranya CPTPP berkuatkuasa, maka sebarang usaha untuk merapatkan jurang tersebut bukan sahaja akan terlarang dan menjadi lebih sukar, bahkan tindakan-tindakan sedemikian boleh pula dicabar di tribunal antarabangsa oleh syarikat asing yang mahukan peluang serta keistimewaan yang sama dengan syarikat tempatan.  

 Kesimpulannya, Sabah dan Sarawak telah menjadi sebahagian dari Keluarga Malaysia lebih enam dekad lamanya. Sudah sampai masanya sempadan politik dan wilayah yang telah membantutkan pembangunan ekonomi Bumiputera diruntuhkan agar citra negara Malaysia yang “Makmur, Inklusif dan Mampan” benar-benar dapat dizahirkan. 

 Sekian, terima kasih. 

Bagi pihak DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYSIA  

ABDUL HALIM BIN HUSIN merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu 26hb Oktober 2021 




KENYATAAN AKHBAR 
 
“MEMPERKASAKAN EKONOMI BUMIPUTERA DAN PENDIRIAN MENGENAI CPTPP” 
 
 
1. Hari ini saya telah dijemput oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam suatu mesyuarat untuk membincangkan isu-isu bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  
 
2. Di dalam mesyuarat itu juga, DPMM turut membuat suatu perbentangan mengenai isuisu berbangkit di dalam Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) terutamanya yang berkaitan dengan hak bumiputera. 
 
3. Saya berpendirian bahawa kekuatan ekonomi bagi kaum Bumiputera perlulah diperkukuhkan secara berterusan. Ini bagi memastikan jurang ekonomi antara kaum dan antara wilayah dapat dikurangkan dan akan membolehkan pembangunan negara dinikmati dengan lebih saksama.  
 
4. Oleh yang sedemikian, saya menyokong sepenuhnya cadangan jalinan kerjasama yang lebih erat antara peniaga Melayu Semenanjung dan peniaga Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ini boleh dilakukan apabila mereka sebulat suara bersatu dalam memperjuangkan isu yang menjejaskan kepentingan Bumiputera. Cadangan jalinan persefahaman persatuan perniagaan antara wilayah, turut saya sokong sepenuhnya. 
 
5. Walau bagaimanapun, saya masih berpendirian bahawa walaupun dasar afirmatif adalah perlu demi untuk menjaga kepentingan warga Bumiputera, ia seharusnya dilaksanakan secara saksama dan berdasarkan merit dan akauntabiliti. Lebih afdal sekiranya jalinan perniagaan dan ekonomi antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera juga diperkukuhkan.  
 
6. Berkenaan dengan CPTPP, saya berpandangan bahawa peruntukan-peruntukan perjanjian perdagangan mega ini perlulah diperhalusi dengan sebaik mungkin dengan menekankan keperluan untuk mendapatkan perjanjian perdagangan yang bukan saja bebas, tetapi perlulah adil. Rundingan yang ingin dimuktamadkan juga harus mengutamakan aspek perlindungan perusahaan kecil dan sederhana daripada ditindas berikutan kelambakan barangan asing di pasaran Malaysia. 
 
7. Kedaulatan negara juga perlu dijaga agar tiada peruntukan yang boleh menyebabkan negara disaman dengan sewenang-wenangnya oleh syarikat antarabangsa. Ini boleh terjadi kerana Kerajaan masih mempunyai polisi yang mengutamakan perusahan tempatan berbanding perusahaan asing.  
 
8. Tambah merisaukan kerana mengikut data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan ekuiti warga asing meningkat dari 37.2% pada tahun 2011 kepada 45.3% pada tahun 2015. Pegangan ekuiti bukan Bumiputera menurun dari 34.8% kepada 30.7% dalam tempoh yang sama. Manakala pemilikan ekuiti Bumiputera turut jatuh dari 23.4% kepada 16.2%.  
 
9. Seharusnya apa-apa polisi perdagangan yang ingin ditetapkan oleh Kerajaan perlulah mengambil kira keperluan untuk meningkatkan pemilikan ekuiti warga tempatan dan bukan hanya mengutamakan penambahan ekuiti perusahaan asing. Mana-mana perjanjian perdagangan antarbangsa yang dimasuki oleh negara perlulah menitik beratkan perkara tersebut. 
 
10. Oleh yang demikian, adalah disarankan agar Kerajaan menangguhkan pelaksanaan CPTPP ini sehingga semua pihak berkepentingan dirujuk dan bersetuju dengan pendekatan yang dicadangkan.  Satu kajian yang mendalam juga perlu dibuat untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan perjanjian CPTPP ini dalam konteks perdagangan dan pelaburan Malaysia terkini. 
 
--Tamat-- 
 
 
          DATO’ SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL           
PRESIDEN PARTI WARISAN & AHLI PARLIMEN SEMPORNA           
26 OKTOBER 2021, KUALA LUMPUR 
 _______________________________________________________________________________________________________________

1
2
3
4
5