Sunday 26 February 2017

PPBM sudah semakin rancak berprogram dalam penempatan Felda

Acara : Jelajah Semarak Kasih Felda

Lokasi : Felda Raja Alias 4, Jempol, Negeri Sembilan

Tarikh : 26/2/2017



Video 1 - Anthony Loke, MP Seremban (DAP) - Jawatan PM tetap untuk calon Melayu sekiranya Pakatan Harapan menang PRU14 akan datang



Video 2 - Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK. Gelombang perubahan sudah melanda penempatan Felda. BN bakal ditolak peneroka Felda pada PRU14 akan datang.



********************************************************************************

#suasana360





*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
Gimik pelancaran Pakatan Harapan Jempol
 8
Gimik pelancaran Pakatan Harapan Jempol
 9
Gimik pelancaran Semarak Kasih Felkda
 10



Saturday 25 February 2017

Kenduri rakyat bersempena pelancaran rasmi PPBM

Acara : Kenduri Rakyat 2017

Lokasi : Tapak Pasar Tani, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor

Tarikh : 25/2/2017



Ahli ahli PPBM menyumbang tenaga bergotong royong menyediakan makanan untuk kenduri rakyat bersempena dengan pelancaran rasmi PPBM pada 14/1/2017 yang lalu. Bahan masakan seperti lembu, kambing dan ayam disumbangkan oleh kepimpinan tertinggi parti. Jumlah kehadiran dianggarkan sekitar 4,000 orang..


Video 1 - Ucapan Mukhriz



Video 2 - Ucapan TSMY



Video 3 - Ucapan Dr Mahathir




********************************************************************************

#suasana360


********************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Dr Mahathir ambil inisiatif berdamai & buat kawan dengan reformis

Acara : Konvensyen Otai Reformis 2017

Lokasi : IDCC, Shah Alam

Tarikh : 25/2/2017




Video 1 - Ucapan oleh Dr Mahathir. Saya difahamkan bahawa kehadiran Dr Mahathir dan Azmin Ali hanya diberitahu kepada penganjur pada sebelah pagi sebelum Konvensyen bermula. Disebabkan kehadiran yang tidak dijangka ini susunatur perjalanan konvensyen sepanjang hari terpaksa diatur semula. Peluang untuk Dr Mahathir berdepan dan square-off dengan para reformis yang menyimpan pelbagai perasaan terhadap beliau telah dimenafaatkan sepenuhnya oleh kedua dua belah pihak. Para reformis berpeluang mendengar ucapan Dr Mahathir dan berselfie dengan beliau, satu suasana yang diluar jangkaan ramai... tahniah Dr Mahathir kerana telah berlapang dada dan membuktikan beliau berjiwa besar dalam menjernihkan keadaan yang telah keruh sekian lamanya.. Nampak gayanya beliau memegang betul kepada apa yan g selalu beliau sarankan... "Banyak buat kawan , jangan banyak buat musuh"



Video 2 - Ucapan oleh Aktivis BERSIH, Hishamuddin Rais yang hadir dengan tujuan untuk menghasut orang ramai supaya membenci dan menolak UMNO pada PRU14 akan datang...jelas tujuan hasutan beliau lebih menjurus kepada gerakan jalanan untuk 'reform' SPR sebelum menjatuhkan kerajaan melalui peti undi..




*********************************************************************************

#suasana360



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday 24 February 2017

Mampukah PPBM memenuhi syarat PAS untuk bekerjasama ?

Acara : Ceramah Perdana - Isu Semasa anjuran PAS Sengkang

Lokasi : Kg Sengkang, Johor

Tarikh : 24/2/2017



Video 1 - Kabinet Najib Razak telah meluluskan penubuhan Task Force untuk menyiasat kerugian FOREX yang berlaku lebih daripada 30 tahun yang lalu semata mata untuk mengalih perhatian ramai daripada isu skandal 1MDB dan skandal skandal yang berkaitan dengan nya.



Video 2 - Tuan Ibrahim mendakwa Malaysia dibawah pentadbiran Najib Razak sudah hilang daya saing dan kini setakok dengan kedudukan Papua New Guinea.. apa pula kata Hadi ?



Video 3 - Kenyataan Tuan Ibrahim ini boleh sedikit sebanyak mengurangkan rasa gerun keatas hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah syariah.



Video 4 - PAS bersedia menjalinkan kerjasama dengan PPBM dengan syarat PPBM tidak menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PAN yang di lihat sebagai musuh yang akan menikam PAS dari belakang. Mampukah PPBM memenuhi syarat tersebut ?



********************************************************************************

#suasana360




*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday 21 February 2017

Inisiatif program yang boleh memupuk perpaduan dalam masyarakat

Acara : Majlis Penutup Robotic LEGO Space Challenge

Lokasi : Dewan Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya

Tarikh : 21/2/2017


Ini kali kedua program yang serupa diadakan dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang robotik dan menguji kebijaksanaan dan kreativiti pelajar demi kepentingan masa depan negara. Selaian itu ianya juga dapat mengukuhkan integrasi dan perpaduan antara murid daripada pelbagai kaum, budaya dan agama khususnya di Wilayah Persekutuan. Penganjuran pertandingan ini juga merupakan salah satu strategi meningkatkan penyertaan pelajar menerusi Program Sains, Teknoloji Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang dapat dijadikan sebagai landasan kearah membina kemahiran berfikir secara kreatif serta menggalakkan pelajar untuk sentiasa memiliki daya cipta terhadap sesuatu.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini telah berjaya mencatat rekod dalam The Malaysian Book of Records dengan Penyertaan Terbanyak iaitu 198 pasukan dari 13 buah negeri dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1980 orang peserta. Sebanyak 130 pasukan dari sekolah menengah dan 68 pasukan dari sekolah rendah dan jumlah pasukan yang tertinggi adalah dari Putrajaya iaitu sebanyak 56 pasukan kesemuanya.

Program ini dilaksanakan secara kerjasama strategik antara Kementerian WP dengan Persatuan Robotik Putrajaya, kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan WP, Perbadanan Putrajaya, Sasbadi Holdings Berhad, Universiti KL dan Biro Pendidikan UMNO Putrajaya.



Video 1 - Penekanan yang penting untuk para pelajar memahami dan menghayati apa itu Perpaduan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) yang membolehkan kita semua hidup dalam aman.



********************************************************************************

#suasana360



*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10