Sunday 31 May 2015

Bicara Tabooo - Kasta dan Pariah

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Bicara Tabooo

Tarikh : 26/5/2015


Video 1 - Pengenalan



Video 2 - Tajuk bicara - Kasta & Pariah

Bottomline -- Pariah = tukang angkut najis
Kalau bukan kerja angkut najis tak perlu rasa marah bila dipanggil pariah
Kalau marah bermakna anda mengakui diri anda sebagai pangangkut najis


1
Buzze Azam
2
Yuktes Vijay



Friday 29 May 2015

Tun M sedia berjumpa sesiapa saja untuk penjelasan

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang


Tarikh : 30/4/2015


Saya terima kata-kata berikut daripada seorang rakan melalui whatsapp, yang tepat mengambarkan pendirian Tun Dr Mahathir.

"You can't make conclusion until you hear from both sides, because when you hear from one side, you can only make assumption"






FELCRA mencuba nasib dalam perniagaan hartanah kommersial

Lokasi : Tapak pembangunan Menara FELCRA, Jalan Yahya Petra (Jalan Semarak) , KL

Acara : Pelancaran Menara FELCRA

Tarikh : 28/5/2015


KENYATAAN AKHBAR

KHAMIS, 28 MEI 2015



“MENARA FELCRA” TITIK PERMULAAN FELCRA BERHAD MENEROKAI PEMBANGUNAN HARTANAH

Dengan pelancaran Menara FELCRA yang disempurnakan dengan rasminya oleh Y.A.B. Perdana Menteri hari ini, maka ianya secara tidak langsung memberi isyarat bahawa FELCRA Berhad kini lebih gah dan bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi dengan menceburi bidang pembangunan hartanah.

Menara FELCRA yang terletak di Jalan Semarak ini terdiri daripada menara pejabat setinggi 35 tingkat, 'service apartment' setinggi 43 tingkat dan pusat komersial yang meliputi pusat membeli-belah serta auditorium dan dewan bankuet  untuk acara-acara keramaian. Lokasi strategik Menara FELCRA yang berada di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur ini bakal menjadi tumpuan kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang menepati cita rasa warga kota.

Ruang pejabat di Menara FELCRA dari aras 8 – 20 akan dibuka untuk sewaan kepada syarikat-syarikat dalam atau luar negara. Aras 22 – 33 pula akan digunakan sendiri oleh FELCRA Berhad yang dapat menampung sekitar 1,000 orang kakitangan. Kelebihannya di menara pejabat ini ialah di 2 tingkat teratas direkabentuk untuk dapat dijadikan tingkat eksklusif 'Sky Lounge' bagi menikmati pemandangan kotaraya Kuala Lumpur khasnya pada waktu malam.
  
Pusat komersial 4 tingkat yang menjanjikan ruangan perniagaan dan rekabentuk yang selesa dapat menampung sekitar 80 unit kedai-kedai yang ditawar untuk disewa. FELCRA Berhad sememangnya ingin bekerjasama dengan mana-mana 'penyewa induk' yang dapat memberi tawaran yang terbaik dari segi harga dan mutu peragaan.

Dewan auditorium pula boleh yang dapat digunakan untuk acara-acara rasmi yang memuatkan 500 orang serta dewan bankuet yang dapat memuatkan 1500 orang dijangka bakal memberi FELCRA Berhad pulangan yang baik lebih-lebih lagi dengan kedudukan lokasi yang strategik untuk melakukan apa-apa majlis keramaian.

Tiga segmen pembangunan ini akan diuruskan oleh FELCRA Properties Sdn. Bhd. dan hanya “service apartment' yang akan dibuka untuk jualan. Apartment ini mengandungi 480 unit dengan keluasan dari 790 kaki persegi sehingga 1,350 kaki persegi. Rekabentuk apartment yang seperti huruf 'C' ini akan memberikan kesan yang menarik apabila disertakan dengan taman dan kolam renang.

Selain dari Menara FELCRA, beberapa perancangan dari segi pembangunan hartanah akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Di antara yang di dalam perancangan  adalah  Pembangunan Bercampur Bukit Changgang, Dengkil, seluas 800 ekar; Pembangunan Bercampur Sri Mendapat, Jasin, Melaka, Fasa 1 seluas 58 ekar dan fasa 2 seluas 192 ekar dan juga 572 unit  apartment kediaman di Sg. Pusu, Gombak. Juga dalam perancangan akhir adalah pembangunan kompleks hotel 460 bilik bertaraf 4 bintang di Kuah, Langkawi. Adalah dijangkakan projek-projek tersebut akan menghasilkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 7.2 Billion
  
Penceburan FELCRA Berhad di dalam Pembangunan Hartanah ini dapat direalisasikan dengan memperkasa FELCRA Properties Sdn Bhd sebagai anak syarikat perlaksana yang berkepakaran di dalam bidang tersebut dan mempunyai tekad serta azam untuk terus mengukuhkan nama FELCRA Berhad baik di dalam dan juga di luar negara.

Dengan apa yang telah dirancang ini, dapat dirumuskan bahawa FELCRA Berhad bukan lagi sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang hanya setakat menyokong aspirasi negara, malah dengan menerokai bidang hartanah, FELCRA Berhad dapat terus menjulangnya ke tahap yang lebih tinggi.  Ini sudah pasti akan membawa pulangan pelaburan dan keuntungan yang bakal dinikmati  oleh warga FELCRA Berhad yang terdiri daripada Kakitangan, Peserta dan Generasi Kedua serta rakyat Malaysia umumnya.
  
Kuala Lumpur


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Thursday 28 May 2015

Kak Wan sudah mula tugas di Permatang Pauh, banjir kilat menjadi fokus

Lokasi : Bukit Segambut, Kuala Lumpur

Acara : Kenduri tahlil dan kesyukuran Ahli Parlimen Permatang Pauh

Tarikh 14/5/2015


Kak Wan mengesahkan bahawa beliau sudah pun mula menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Permatang Pauh.  Buat masa ini beliau akan memberi fokus kepada masalah banjir kilat yang antara punca nya adalah kerana sikap penduduk yang suka membuang sampah kedalam sistem perparitan. Kak Wan akan cuba mendapatkan peruntukan dari kerajaan negeri untuk kerja-kerja pembersihan dan menaik taraf  sistem perparitan.


P.S -Harap maaf kerana terlepas pandang entry ini. Saya hanya terperasan bila terlihat banner Kenduri Kesyukuran Kak Wan yang akan diadakan di Permatang Pauh pada hujung minggu ini.

1
 2
Ustaz Dr Razali Nawawi, mantan Presiden ABIM yang pertama
 3
 4
Presiden ABIM kelapan, Amidi Abdul Manan
 5
 6
Wan Ismail - bertongkat
 7
Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin, Naib Cancselor UNISEL dan juga Naib Presdien PKR
 8
Abdullah Sani, MP Kuala Langat
 9
Tan Sri Mohammad bin Mohammad Taib (PAS) , mantan MB Selangor
 10
Pak Jabit, penyokong tegar.

GST - Perlaksanaan bercelaru membuatkan rakyat menolak

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang


Tarikh : 30/4/2015


Tun M berpendapat bahawa GST yang melibatkan semua rakyat ditolak kerana kerajaan sendiri tercelaru dalam perlaksanaan nya.





Wednesday 27 May 2015

Penyertaan dari luar ASEAN melangkaui jangkaan MITI

Lokasi : KLCC

Acara : Perasmian ASEAN SME Showcase & Conference

Tarikh : 26/5/2015



Pameran ASEAN SME ini diadakan julung-lulung kalinya oleh Malaysia yang menjadi Tuan Rumah ASEAN kali ini. Samada ianya akan dijadikan acara tahunan akan banyak bergantung kepada Tuan Rumah ASEAN yang seterusnya.

Pameran ini telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Banyak permintaan dari negara-negara diluar kelompok ASEAN selain daripada penyertaan oleh kesemua anggota ASEAN sendiri. Pihak penganjur hanya dapat menerima 7 negara dari luar ASEAN untuk menyertai pameran kali ini. Terdapat 598 gerai, 60% dari Malaysia dan 40% dari negara luar.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini  telah mencatatkan jualan / kontrak bernilai RM40 juta setakat pagi hari pertama dan dijangkakan matlamat RM400 juta untuk tempoh tiga hari akan tercapai.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Teknik intimidasi seperti yang digunakan Anwar digunakan semula ?

Lokasi : Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang


Tarikh : 30/4/2015


Menurut Tun Mahathir intimidasi (seperti yang digunakan Anwar Ibrahim keatas Ummi Hafilda) seolah olah digunakan semula untuk menutup mulut mereka yang bersuara keatas Najib Razak. Untuk rekod Anwar Ibrahim telah didapati bersalah menyalah gunakan kuasa dan dipenjara dalam kes liwat keatas pemandu Wan Azizah bernama Azizan



1
2



Tuesday 26 May 2015

Pakatan Rakyat terlalu lemah untuk ambil kesempatan keatas Najib

Lokasi : Auditorium Dewan Sivik MPPJ, P.Jaya, Selangor

Acara : Forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" - anjuran NASIONALIS.my

Tarikh : 23/5/2015



Ikuti luahan kekcewaan dari mantan MB Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang kini menjadi ahli PAS mengenai keadaan semasa dalam PAS dan Pakatan Rakyat.  



Terdahulu semasa forum "Mencari Pemimpin Baru Malaysia" nama Ku Li telah diwar-warkan sebagai salah satu nama yang mungkin diketengahkan sebagai calon kerana beliau orang UMNO dan mempunyai pengalaman yang luas sebagai bekas Menteri. Ini hanya akan berlaku sekiranya UMNO / BN masih boleh mengekalkan kerusi majoriti di Parlimen. Namun sekiranya terjadi kerajaan perpaduan, calon lain akan dipertimbangkan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Monday 25 May 2015

Lawatan Najib ke Perak, kerusi semua penuh..

Lokasi : RTC, Gopeng, Perak

Acara : Pemimpin bersama rakyat - Lawatan Kerja Perdana Menteri ke Perak

Tarikh  : 23/5/2015


For my early entries please refer to my FB quick upload..

Sebagai anak Perak, saya mengambil kesempatan untuk ke Gopeng bagi menyaksikan sambutan orang Perak keatas lawatan kerja Perdana Menteri (PM) Malaysia, Saya difahamkan oleh pemandu lori yang membawa kerusi ke lokasi bahawa 7,000 kerusi telah dihantar dan disusun dibawah khemah utama dan disekitar nya.

PM  tiba di lokasi pada jam 10.30 pagi setelah melakukan lawatan singkat ke satu lokasi yang lain terlebih dahulu. Pujian harus diberikan kepada tuan rumah kerana berjaya memenuhkan kerusi yang tersedia dan memenuhi matlamat walaupun notis untuk majlis ini dikeluarkan dalam tempoh yang singkat. Jumlah kesemuanya dianggarkan 10,000 yang hadir.

Selepas majlis di Gopeng, PM bergegas pula ke Pekan, Pahang bagi menghadiri satu lagi majlis yang serupa.

Dalam ucapan beliau, PM telah menekankan bahawa beliau terpaksa menjawab dan bertanggungjawab keatas segala jenis perkara dari masalah longkang hinggalah kemasalah di sekolah.



1
Bersama Shaikh Amin (RakyatPost), Fareez (TV3 Ipoh) and Na Ita (PWUM)
 2
 3
Ahmad Husni Hanadzlah & Abdul Rahman Tajuddin
 4
 5
 6
7
  8
 9
 10