Tuesday 31 January 2012

Berbelanja Besar Kerana Keyakinan

Venue : Berhadapan Idaman Putra Kondo, Jalan Gombak, Kuala Lumpur


Masyarakat Cina Hokkien hari ini menyambut hari kelahiran Maharaja Jed (Thian-nee Kong Seh). Hari ini ialah hari kelapan Tahun Baru Cina.

Bagi Cina Hokkien, sambutan hari kelapan lebih meriah dari sambutan hari pertama Tahun Baru Cina. Tebu merupakan bahan simbolik yang penting bagi sambutan hari ke lapan.

Mengikut cerita orang orang tua, suatu ketika dahulu Cina Hokkien telah terbelengu dengan kuasa syaitan untuk suatu tempoh yang lama, sehingga lah Maharaja Jed menyelamatkan mereka pada hari kelapan Tahun Baru Cina.

Semasa pertempuran antara Maharaja Jed dengan kuasa jahat tersebut, orang Hokkien telah menyorok didalam ladang ladang tebu.

Setelah diselamatkan, orang Hokkien telah menyambut dengan sambutan kesyukuran dengan menjadikan tebu sebagai simbol untuk mengingatkan mereka akan pertempuran antara Maharaja Jed dengan syaitan.



1. Rakaman dibuat diperkarangan workshop Ah Kam, seorang pengusaha bengkel yang berjaya di Gombak. Perniagaan yang dimulakan oleh bapa beliau telah berjalan dengan jayanya sejak 40 tahun yang lalu dan merupakan antara keluarga Cina yang berjaya dikawasan Gombak ini. Kalau nak ikut standard dari segi istilah, Ah Kam ini boleh lah dikatakan tergolong dalam golongan yang 'warak'. Apa saja yang perlu dilakukan bagi memenuhi tuntutan kepercayaan keagamaan dan budaya Cina akan dipenuhi sebaik mungkin. Sebelah pagi beliau akan berada di bengkel seawal jam 7.30 pagi dan akan menyediakan segala keperluan 'makan dan minum' dewa dewa dan 'penjaga ghaib' disekitar kawasan perniagaan beliau. 

Ah Kam atau Kenny adalah jiran saya saya dan tinggal di blok kondominium yang sama. Kami telah berkenalan sejak zaman bujang lagi dan kini persahabatan kami telah mencecah hampir 30 tahun. Kerja beliau kemas dan janji boleh dipercayai. Itu lah Ah Kam..."Janji ada duit mau bayar semua saya boleh bikin.." hehehe
 2.
 3.
 4. Kos persiapan rumah dewa dan makanan saja mencecah RM3,000... Itu tidak termasuk kos mercun dan colok besar. 
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10. Tuak naga
 11. Biasa harga RM900 tapi ini tahun sudah naik RM1,000


Monday 30 January 2012

Sunday 29 January 2012

BN - 60,000 Beraya sakan

Venue : Padang Lapangan Terbang Manjung, Setiawan, Perak

Acara : Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2012, Peringkat Kebangsaan

Sambutan perayaan yang paling meriah pernah saya hadiri, malah mengalahkan sambutan Rumah Terbuka  Aidil Fitri Peringkat Kebangsaan sekalipun. Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur. Segala nya berjalan lancar, baik dari segi keselamatan, kawasan parkir yang mencukupi dan pengisian aturcara yang padat dan menarik. Cuaca yang baik membolehkan begitu ramai yang hadir bersama famili masing masing. Perdana Menteri jelas nampak begitu teruja dengan sambutan yang diterima.. 

 1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.


Saturday 28 January 2012

PR - Mundar Mandir Anwar Menyusahkan

Venue : Dewan Orang Ramai, Kg Ahmad Razali, Dengkil, Selangor

Acara : Ceramah Perdana Pakatan Rakyat


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin tidak menunjukkan rasa gentar langsung akan tindakkan
undang undang keatas beliau dalam kes NFC. Beliau masih lantang menyerang...
8.
9.
10.
11.
12. Kak Wan dan suami berpakaian sedondon malam ini dan baru saja menghadiri satu majlis kenduri di Seremban, Negeri Sembilan
13.
14. Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini tidak berdiri tetap diatas pentas ketika berucap. Beliau menunjukkan kelaianan dengan bergerak mundar mandir diatas pentas. Tapi kini beliau melangkah setapak  kehadapan lagi dengan turun kebawah pentas dan berjalan mundar mandir di celah celah para hadirin sambil berucap. Bukan saja perbuatan sebegini menyusahkan kami jurugambar untuk merakam pergerakan beliau, ianya juga boleh menyebabkan fokus hadirin keatas isi ucapan beliau terganggu.. Bagaimanapun ini mungkin suatu strategi atas cadangan penasihat beliau yang mungkin saya tidak fahami..

Tuesday 24 January 2012

BN - Gerakan Chinese New Year Open House

Venue : Dewan Wing Choon, Menara PGRM, Jalan Cheras, Kuala Lumpur

Video 1 : Ramai rakyat Malaysia yang maseh terkeliru diantara Tarian Naga dan Tarian Singa yang menjadi seni budaya masyarakat Cina di Malaysia. Ikuti rakaman klip video yang dibuat hari ini bersempena sambutan Tahun Baru Cina. 


1. Kanak kanak teruja di layan 'singa'
2.
 3.
4.
5. Tuan rumah menyambut kehadiran duta Cina
6. Pak Lah maseh mengekalkan cara lama beliau bila bersalam..
7.
8.
9.
10.