Monday, 26 July 2021

Walkout Doktor Kontrak HKL berjalan lancar dibawah pengawasan ketat Polis

Acara : Mogok / Walkout Doktor Kontrak Hospital Kuala Lumpur

Lokasi : Tingkat 6, Parkir bertingkat HKL, KL

Tarikh : 26/7/2021



Lebih kurang 50 doktor kontrak di Hospital Kuala Lumpur di sini menunjukkan solidariti kepada gerakan Hartal Doktor Kontrak dengan membuat perarakan aman dan sidang media di kawasan parkir hospital tersebut. Pasukan Polis dari IPD Dang Wangi memantau dan mengawasi dengan rapi himpunan yang berlangsung. Tiada tangkapan dilakukan tetapi pihak Polis telah meminta penganjur untuk hadir di IPD Dang Wangi untuk memberi keterangan. Wakil SUHAKAM turut hadir memantau perjalanan himpunan tersebut.

Berita lanjut :

1. Doktor kontrak sertai mogok akan disiasat

2. Doktor kontrak lancarkan mogok keluar daripada hospital




1


2

3

4

5

6

7

Sunday, 25 July 2021

Polis diminta siasat kemungkinan ada salahlaku dan skandal dalam rancangan penjualan Vaksin Sinovac kepada negeri dan swasta

 Acara : Sidang media selepas laporan Polis oleh Otai Reformis 1998 berkaitan laporan media "14 juta vaksin Sinovac dibuka untuk tempahan kerajaan dan swasta"

Lokasi : Bali Polis Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Tarikh : 24/7/2021 @ 12 pm


KENYATAAN MEDIA

OTAI REFORMIS 1998

SABTU 24 JULAI 2021

Balai Poils Pantai Bahru, KL

 

Tajuk berita  “ 14 juta vaksin Sinovac dibuka untuk tempahan negeri, swasta”  dipetik dari laporan beberapa media tempatan melaporkan  bahawa syarikat tunggal pembekal vaksin Pharmaniaga telah dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjual 14 juta vaksin Sinovac  secara terus kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September, telah menarik perhatian Otai Reformis 1998.

Otai berpandangan ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa Kerajaan Persekutuan kerana terdapat kira-kira 10 juta lagi rakyat Malaysia dari 20 juta rakyat dewasa Malaysia yang  masih belum menerima suntikan vaksin Dos Pertama masing-masing TETAPI sebaliknya Kerajaan membenar transaksi  urusniaga komersial ini DAN ini secara jelas telah menafikan hak rakyat teramai untuk mendapat vaksin mereka dengan kadar segera dikala kadar jangkitan baru Covid semakin meningkat hari ke hari.

Kerajaan Persekutuan adalah bertanggungjawab untuk memberikan vaksin “secara percuma” kepada kira-kira 20juta rakyat dewasa Malaysia tetapi dengan membenarkan penjualan vaksin ini ianya hanya membolehkan rakyat yang berwang sahaja didahulukan (jump queue) mendapat vaksin sedangkan yang miskin dan tidak berkemampuan akan terus menunggu giliran berpanjangan untuk mendapatkan vaksin percuma tersebut.

Otai berpandangan Kerajaan juga telah menyalahguna peruntukan pembelian vaksin yang telah diluluskan Parlimen semasa sidang bajet yang lepas yang dianggarkan kira-kira RM5bilion untuk memberikan ‘vaksin percuma’ kepada semua rakyat tetapi sekarang telah membenarkan urusniaga komersil dimana  syarikat swasta atau syarikat milik Kerajaan Negeri (GLC) yang membeli vaksin tersebut dari Pharmaniaga akan kemudian mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelanggan-pelanggan mereka ataupun kepada  syarikat-syarikat di sektor pengilangan atau industri yang telah sedia terbeban dimana pendapatan mereka terjejas teruk berikutan operasi syarikat atau kilang ditutup disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan dan Lockdown Covid 19 yang berlarutan ini.

Otai juga juga membidaskan pihak Pikas (Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta) yang diterajui oleh MITI yang dikendalikan PPV dengan mengenakan bayaran RM90 (untuk dua dos) setiap pekerja sektor kilang dan industri kepada  majikan mereka dan bayaran yang membebankan bagi setiap kali ‘swab test’ berikutnya seperti yang dilaporkan oleh media baru-baru ini.

Otai juga dimaklumkan bahawa pihak pembekal vaksin telah ‘memaksa’ dan ‘menekan’ Kerajaan Negeri Selangor untuk membeli bekalan vaksin dengan harga yang mahal menyebabkan SELVAX (anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor) terpaksa mengenakan bayaran RM350-00 (untuk dua dos) bagi setiap pekerja yang terpaksa ditanggung oleh majikan / pemilik kilang tersebut.

Otai berpandangan bahawa ianya menjadi ‘tanggungjawab sosial’ Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Negeri untuk memberikan vaksin secara percuma kepada sektor kilang dan industri bagi merancakkan semula ekonomi agar sektor ini dapat bangkit semula dari kesan pandemik Covid 19 ini, lebih-lebih lagi sebelum ini sektor telah memberikan pendapatan yang agak lumayan dari bayaran pelbagai bentuk cukai kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, lantaran inilah masanya Kerajaan menghulurkan bantuan untuk menolong sektor ini untuk bingkas semula.

Setakat semalam 23/07/21 kes jangkitan baharu seluruh negara adalah seramai 15,573 dan Negeri Selangor mencatit rekod tertinggi dengan jumlah 7,672 orang dan kita beranggapan keadaan di Negeri Selangor bolehlah dikira seolah-olah ‘out of control’ tetapi Kerajaan masih selesa dengan urusniaga jual-beli vaksin tanpa melihat justifikasi keadaan di lapangan.

Lantaran itu saya membuat laporan rasmi Polis terhadap tindakan yang tidak beretika dan tidak bermoral Kerajaan Persekutuan dan syarikat pembekal tunggal vaksin yang mementingkan keuntungan komersial mengatasi kepentingan rakyat teramai dalam menerima suntikan vaksin segera.


Tarikh : SABTU 24 JULAI 2021

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL

Setiausaha

OTAI REFORMIS 1998

                                           

IKUTI PENERANGAN PENUH OLEH ABDUL RAZAK DALAM VIDEO BERIKUT



1

2

3

4

5

6

7

8


Saturday, 24 July 2021

Mahkamah Rayuan memihak kepada Nur Damia mendapat gantirugi RM2.3 juta dari kerajaan Malaysia

 Acara : Sidang media isu tuntutan ganti rugi untuk Nur Damia yang telah mendapat keputusan oleh Mahkamah Rayuan

Lokasi : Pejabat Korporat Mr Kipidap, Pusat Perniagaan Danau, Bandar Tun Razak, Cheras, KL

Tarikh : 23/7/2021


Video 1
Bapa kepada Nur Damia Lutfiah, Veteran ATM Fazli Subuh memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada anak beliau dalam tuntutan gantirugi dari KKM dan kerajaan Malaysia. Ini ada lah akibat daripada kecuaian pihak hospital kerajaan yang menyebabkan kecederaan kekal semasa menyambut kelahiran beliau 12 tahun yang lalu. Oleh itu Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan asal oleh Mahkamah Tinggi KL unruk menganugerahkan ganti rugi berjumlah RM2.3 juta yang perlu dijelaskan oleh KKM & Kerajaan Malaysia dalam tempoh sebulan.
 

Video 2
Ayah Rani @ Mr Kipidap berbesar hati dapat bantu menyelesaikan masalah dua Veteran ATM dalam tempoh 6 bulan pertama 2021. Selain anak Vetaran Fazli Subuh, Ayah Rani dan rakan-rakan NGO dapat juga membantu untuk mendapatkan rumah kediaman untuk bekas Prebet Suria Mohamad Hassan yang telah tinggal dibawah jejantas Loke Yew selama lebih 2 tahun.
  

Video 3
Sejak kebelakangan  ini Ayah Rani sudah menjalinkan kerjasama dengan MK Group untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan. Sebuah pejabat dan kenderaan rasmi juga disediakan untuk kegunaa sepenuhnya oleh Ayah Rani.


Video 4
Pentingkan kebajikan rakyat Malaysia yang ramai terjejas akibat PKP. Apa perlu ke Gaza ?


Video 5
Nasihat berapi Ayah Rani kepada ahli-ahli politik yang kerap kali menjalankan kegiatan amal dan kebajikan untuk kepentingan politik mereka. Rakyat senantiasa memerhati gelagat mereka dan akan humban mereka bila semasa pilihanraya kelak.




**************************************************************************************
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11


Wednesday, 21 July 2021

Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri



BERANI KERANA BENAR YB SYED SADDIQ!!


Saya doakan YB Syed Saddiq akan dipelihara oleh Allah SWT dan menghindarkan beliau dari segala bentuk fitnah oleh kalangan tertentu yang gagal untuk memaksanya menyokong mereka.


YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berpotensi dan disebabkan oleh prinsipnya yang tidak mahu memihak kepada segala bentuk salah-laku maka satu gerak-kerja untuk membunuh kareer politiknya sedang dijalankan oleh kerajaan ‘tebuk atap’ PN.


Adalah diharapkan YB Syed Saddiq akan kental menghadapi fitnah ini dan sama sekali tidak akan tunduk pada sebarang tekanan yang sedang dilalui olehnya masakini.


Pada tahun 2016 di zaman kerajaan kleptokrasi saya juga telah dianiayai serta difitnah oleh mereka namun tetap kental dengan prinsip tidak menggadai maruah diri bagi menyebelahi para pengkhianat negara.


Sebagai orang pertama di negara kita yang didakwa bawah Akta SOSMA di mana saya ditahan dalam lokap serta penjara Sg Buloh selama dua bulan setengah; akhirnya kerana berada di pihak yang benar Allah SWT tetap memelihara kesejahteraan  seterusnya dibebaskan dari penjara sg buloh oleh mahkamah.


Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Adil. Saya amat yakin Allah swt akan membela serta memelihara YB Syed Saddiq dari bahana fitnah ini.


Sesungguhnya, saya ingin nasihati YB Syed Saddiq agar tidak berganjak dan jangan sama sekali tunduk pada kerajaan ‘tebuk atap’ PN walau apa sekalipun mereka bakal menganiayai beliau.


Berani kerana benar!!’ YB Syed Saddiq harus berpegang erat kepada pepatah ini!! Beliau akan dipandang mulia oleh keseluruhan rakyat di tanahair kita.


Saya amat mengenali YB Syed Saddiq dari zaman kami tubuh Deklarasi Rakyat sehinggalah tertubuhnya parti PPBM sebelum PRU14.


Bagi saya YB Syed Saddiq adalah seorang tokoh muda yang berprinsip, berintegriti, anti rasuah serta jatidiri yang amat rendah diri.


Keseluruhan rakyat ingin melihat YB Syed Saddiq melangkah masuk ke kamar mahkamah atas dasar kebenaran serta Insya-Allah bakal terlepas dari dugaan fitnah ini dalam masa terdekat. Ameen!!


HIDUP YB SYED SADDIQ!!


Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan

21 Julai 2021

Monday, 19 July 2021

Penderaan BELLA - Mcamana Seorang Peguam Boleh Tahu Keputusan Siasatan PDRM Yang Masih Berjalan



MACAMANA SEORANG PEGUAM BOLEH TAHU KEPUTUSAN SIASATAN PDRM YANG MASIH BERJALAN


Pihak PDRM harus memanggil seorang peguam yang bernama Asiah Abd Jalil untuk disoal-siasat bagaimana beliau boleh mengetahui butir-butir siasatan polis mengenai kes penderaan adik Bella yang masih lagi dalam proses siasatan?!


Dalam kenyataan beliau melalui portal themalaysialife.com menyatakan kononnya pihak PDRM mengetahui fakta yang sebenar dan atas dasar inilah Bainun tidak didakwa.


Mengapa peguam ini bodoh sangat?! Dia seorang peguam macamana dia boleh mendesak pihak polis mewartakan secara umum fakta siasatan mereka kepada publik tanpa melengkapkan kertas siasatan PDRM?!


Kes siasatan sedang berjalan dan mana boleh hasil siasatan polis yang belum selesai diminta oleh peguam bodoh ini untuk diuar-uarkan kepada keseluruhan masyarakat secara terbuka?!


Pihak PDRM harus panggil peguam ini untuk proses siasatan kerana dari kenyataan beliau menggambarkan seolah-olah dia pun telah menyiasat kes adik Bella atas inisiatif sendiri dan mempunyai matlumat bagi membuktikan kononnya Bainun tidak bersalah!!


Peguam ini telah melangkaui bidang kuasa PDRM pada realitinya!!


Pihak JusticeforBella juga harus buat satu laporan polis keatas peguam Asiah Abd Jalil ini yang secara terang-terang implicated NGO ini sebagai membuat tuduhan yang tidak berasas dalam kes penderaan adik Bella.


Selaku Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan di mana kes ini juga berlaku dalam territori Wilayah Persekutuan; saya amat berharap pihak PDRM dapat menjalankan siasatan secara professional, komprehensif serta telus bagi mencari fakta yang sebenar atas dasar perikemanusiaan yang berteraskan undang-undang negara.


Semua pihak jangan tunduk pada mana-mana campurtangan dari tangan-tangan ghaib!! Undang-undang tetap undang-undang yang harus didokongi mengikut ‘rule of law.’


Ini bukan negara ‘koboi’ ataupun negara yang berpegang kepada rukun undang-undang ‘rimba!!’


Pihak PDRM mesti tegas menyiasat tanpa pilih kasih bagi membela adik Bella yang disyaki didera secara tidak berperikemanusiaan!!


Dalam isu kenyataan peguam Asiah Abd Jalil ini saya ingin mendesak pihak polis memanggil beliau untuk proses siasatan yang mendahului siasatan PDRM dengan membayangkan kononnya Bainun tidak bersalah dan polis tahu hal sebenarnya.


Siapa dia peguam ini yang hendak berjawab bagi pihak PDRM?!


Apa motif peguam Asiah Abd Jalil ini membuat kenyataan terbuka seperti ini dengan mengaitkan pihak legal enforcement authority yang beliau tidak mempunyai sebarang locus standi untuk berbuat demikian.


Insya-Allah, saya akan menghubungi semua rakan-rakan dari parti-parti politik lain untuk bergabung tenaga kearah mendapatkan pembelaan keatas adik Bella ini yang didera secara tidak berperikemanusiaan!!


Kalau peguam Asiah Abd Jalil kata Bainun tidak dera maka kita ingin mengetahui siapa yang mendera adik Bella ini?!


‘Binatang’ ini harus dihadapkan ke muka pegadilan secara secepat yang mungkin agar ianya akan menjadi teladan kepada pihak lain untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku semula!!


Ikhlas dari,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan

19 Julai 2021

Saturday, 17 July 2021

Majlis Pemulihan Negara tidak boleh dikepalai oleh pemimpin yang gagal seperti Mahiaddin Md Yasin



KENYATAAN MEDIA

17 JULAI 2021

MAJLIS PEMULIHAN NEGARA VERSI KERAJAAN GAGAL


1. Lewat petang semalam melalui kenyataan media Kementerian Kewangan, Kerajaan telah mengumumkan akan menubuhkan Majlis Pemulihan Negara.


2. Namun begitu, Majlis yang ditubuhkan oleh Tan Sri Mahiaddin ini berbeza dengan apa yang dicadang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PEJUANG pada asalnya. Cadangan asal Tun Mahathir mengenai Majlis ini adalah bagi mengatasi masalah Covid-19 yang tidak dapat diatasi dan diuruskan oleh kerajaan gagal ini. 


3. Demi tujuan itu, cadangan asal adalah Majlis ini diberi kuasa autonomi menggantikan kuasa eksekutif Kabinet dan bertanggungjawab terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta mendapat pandangan/cadangan dari Parlimen.


4. Maka, apabila Tan Sri Mahiaddin dinamakan sebagai pengerusi MPN yang diumumkan oleh Kerajaan, tujuan asal cadangan ini menjadi tidak lagi relevan.


5. Selaku Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin telah mendapat kelulusan Bajet Nasional  yang terbesar dalam sejarah negara, melancarkan pelbagai pendekatan bagi menangani penularan COVID-19, malah telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat supaya Kerajaan PN ini dapat bebas membuat sesuka hati tanpa diganggu oleh Parlimen dan Perlembagaan Persekutuan. 


6. Namun beliau masih gagal untuk menyekat penularan wabak ini, dengan angka-angka jangkitan dan kematian terus meningkat, Rakyat semakin tertekan sehingga kes-kes bunuh diri juga bertambah.


7. Bagaimana Rakyat boleh berharap satu perubahan besar akan berlaku sekiranya pemimpin yang terbukti gagal seperti Mahiaddin mengepalai MPN?


8. Tindakan Tan Sri Mahiaddin ini sekadar mahu mengelirukan orang ramai dan tidak sama sekali membawa roh dan aspirasi Majlis Pemulihan Negara yang asalnya dicadang oleh Tun Mahathir. 


9. Majlis Pemulihan Negara hanya akan berjaya jika tidak melibatkan mereka dari kerajaan gagal ini.


DATO’ SERI UTAMA MUKHRIZ BIN MAHATHIR

PRESIDEN

PARTI PEJUANG TANAHAIR

Sunday, 11 July 2021

Berhentilah secara terhormat. TSMY diingatkan apa yang Pak Lah pernah dipaksa lalui.


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

11hb July 2021


TSMY WAJIB LETAK JAWATAN PM


1. PUTRA adalah Parti yang tidak memihak kepada mana mana blok PN atau PH atau BN. PUTRA adalah Parti kuasa ketiga (third force) berdiri dan tegak atas prinsip DEMOKRASI BERPALIMEN, RAJA BERPELEMBAGAAN, MENJUNJUNG KELUHURAN UNDANG-UNDANG (RULE OF LAW) dan bukan PARTI bersifat hipokrit serta bersendiwara . Jika putIh kata putIh dan bukan Parti Menang Sorak Kampong Tergadai.


2. Maka Putra berpendapat NAMPAK JELAS DAN BUKAN TAK JELAS YAB TSMY PM serta kerajaan nya SUDAH HILANG MAJORITI DI PARLIMEN. Ini susulan dari penarikan sokongan Parti UMNO kepada YAB PM TSMY dan keluar dari PN. Ia nya sama kaedah diwaktu YAB TSMY di lantik menjadi PM ke-8 oleh DYMM YDPA melalui kaedah sokongan blok Parti dan bukan di kira dari pendirian secara individu ahli-ahli Parlimen. Tun Dr Mahathir dan 4 kumpulan nya mendakwa tidak bersetuju tetapi di borong sebakul dari Parti Bersatu menyokong YAB TSMY. Maka DYMM YDPA menggangap YAB TSMY mendapat sokongan majoriti. Memang tidak nampak dan semua pihak tidak sedar.


3. Terkini selepas Parti UMNO tarik diri menyokong YAB TSMY sebagai PM , sudah ada di kalangan Ahli Ahli Parlimen dari UMNO mengumunkan pendirian mereka menarik sokongan kepada YAB TSMY selaku PM kerana taat kepada arahan Parti. Mereka ini di kalangan yang bermoral dan setia kepada Parti dan bukan laugan kosong. Sebelum ini pun sudah ada MP UMNO yang berbuat demikian dan ada juga yang surung tarik buah keranji dalam perahu.


4. Sebelum ini dunia tahu sokongan sokongan kepada TSMY sebagai PM berjumlah 113 sahaja dari jumlah 220 (2 meninggal dunia). Maka mengambil kira atas penarikan sokongan Parti UMNO dan perisytiharan sebahagian Ahli-ahli Parlimen UMNO secara terbuka, maka jelaslah YAB TSMY telah hilang sokongan majoriti di Parlimen. Nampak jelas dan tidak perlu pakai cermin mata untuk tengok dengan jelas. Berjalan tengah malam pun, tidak perlu pakai lampu suluh.


5. MAKA TSMY TIADA PILIHAN SELAIN DARI MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI PM. Perlu tunggu apa lagi. Nama pun sudah masuk dalam sejarah sebagai PM ke-8. Ok lah tu. Jika YAB TSMY berjiwa besar dan bersifat negarawan, maka berundur secara terhurmat bagi membolihkan DYMM YDPA Payong Negara mengambil tindakan selanjutnya untuk menamatkan krisis politik, krisis perlembagaan, krisis nilai rakyat dengan berbagai kegelisahan akibat kegagalan kerajaan menangani isu Covid19 secara berkesan serta ekonomi negara yang terus merundum.


6. YAB TSMY patut mengambil iktibar saperti Tun Abdullah Badawi yang meletakan jawatan secara terhormat apabila di desak sewaktu menjadi PM ke-5 kerana kekalahan teruk BN pada PRU 2008 dan kekecohan budak Tingkat 4 di PMO. Tan Sri jangan lupa.

YAB TSMY juga turut mendesak Tun Abdullah Badawi letak jawatan kerana nampak peluang dapat mengisi jawatan TPM apabila YB Dato Seri Najib Razak mengisi jawatan PM ke 6. Sejarah selalu mengukir dan berulang  Ini pun orang nampak


7. Tun Abdullah Badawi tunjuk tauladan yang baik kerana keilmuan agama Islam nya. Selalu jadi iman dan baca doa. Saya masih ingat kerana lama juga dalam UMNO. 12 Tahun menjadi ketua bahagian UMNO Pasir Mas dan macam-macam jawatan termasuk  Ahli MKT selama 6 tahun dan Exco Pemuda UMN0 serta menerima hadiah ISA (Operasi Lalang 1987) kerana isu Ketuanan Melayu dan di singkir sebagai Ketua Bahagian UMNO tanpa sebab olih Tun Abdullah Badawi atas nasihat budak Tingkat 4 dan orang-orang sekeliling nya, walaupun saya begitu gigih dalam gerak kerja mempertahankan UMNO waktu Krisis Pemecatan YB Dato Seri Anwar Ibrahim. Tun Abdullah Badawi tidak gugur mereka yang kahwin di Tak Bai atau yang terpalit dengan berbagai isu tapi gugur atau pecat saya  tanpa usul periksa di bulan Ramadhan al Mubarak tahun 2003. 

Memang betul-betul sial dan 15 hampir tahun saya tidak berparti. Kemudian tubuh NGO PERKASA dan baru lah Tahun 2019 terlibat sama dengan rakan-rakan lain tubuh Parti Putra atas dasar  menolak perjuangan Menang Sorak Kg Tergadai dan terlibat dengan politik hipokrit dan munafik.


8. Walaupun saya di zalimi olih Tun Abdullah Badawi Mr Clean kerana memecat saya, namun saya tetap menghormati beliau di atas sifat istiqamah nya meletakkan jawatan PM ke-5 secara terhormat. Inilah kehebatan Tun Abdullah Badawi.

Maka YAB TSMY patut mengambil tauladan yg di tunjukan olih Tun Abdullah Badawi.

Gesaan saya ini agar YAB TSMY meletakkan jawatan secara terhormat bukan bersifat peribadi. YAB TSMY tidak ada apa-apa isu dengan saya. Saya mula berkenalan dgn TSMY sejak tahun 1973 diwaktu sama sama menjadi ahli rombongan pertukaran Belia Malaysia Kanada selama 3 bulan. Sewaktu saya menjadi Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas, pernah mencalunkan TSMY sebagai Calon Naib Presiden UMNO kerana waktu itu beliau tidak cukup bilangan pencalonan untuk bertanding Naib Presiden. Saya terpaksa korbankan calon lain yang saya sudah janji untuk calonkan. Panjang cerita the untold story.


9. Secara tegas dan terus terang, gesaan saya ini bukan peribadi tetapi atas prinsip, bukan saya tidak sayang kepada TSMY tetapi saya lebih sayang kepada negara dan nasib rakyat (meminjam kata kata Brutus kepada Caeser).

Hormatilah Demokrasi dan Keluluhuran Undang-undang. Berhentilah.


Terima kasih


Dato Paduka Dr Ibrahim Ali.

Presiden Putra.

1I hb July 2021

2pm.

Tuesday, 6 July 2021

Tok Him yakin Zahid akan bawa UMNO keluar dari PN kerana sudah ada mandat PAU2020 dan tidak mampu lagi flip-flop


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PUTRA

Dato Dr Ibrahim Ali

6hb.7.2021.


TARIKH KERAMAT 7.7.2021


1. Esok bertarikh 7.7.2021, iaitu tempoh tarikh 14 hari yang di muktamadkan oleh Presiden UMNO dengan sokongan majoriti MKT UMNO untuk mengumunkan keluar daripada Kerajaan PN.


2. Berbagai spekulasi kita baca dalam media sosial dan ulasan serta berbagai propaganda politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan, serta berita hangat pertemuan-pertemuan pemimpin UMNO dan MP-Mp UMNO, siang dan malam di musim PKP, namun saya percaya esok 7.7.2021, Presiden UMNO akan umum keluar dari PN. Ini ramalan dan logik akal fikiran politik saya yang cetek.


3. Kenapa saya berpendapat demikian. Sebab nya nahkoda kapal tidak mampu lagi dengan kapal nya yang terus di lambong ombak dan dikatakan flip-flop. Presiden UMNO sudah ada watikah untuk keluar dari PN dari mandat PAU 2020 dan keputusan majoriti MKT UMNO.


4. Rakyat pun sudah naik jemu riuh rendah politik UMNO yang tak sudah sudah.


5. Kerajaan PN pun dalam keadaan kapal yang pecah. Walaupun bermacam-macam pengumuman dengan berbagai-bagai dasar yang di umum, namun perlaksanaan nya dan hasil nya menjadi ejekan rakyat. Bendera putih, bendera hitam dan ramai yang bunuh diri menyebabkan umum berpendapat kerajaan gagal. Termasuk bendera hijau yang usung janda, bercerai atas talian dan kahwin pun atas talian dengan Imam Thailand kerana Imam Malaysia tidak ada tauliah yang belum terjamin masuk syurga.

Malaysia sudah jadi negara komidi. Semua ini mesti di hentikan segera.


6. PRU 15 tidak mungkin dapat di adakan dengan segera akibat Covid19. Jika Kerajaan PN runtuh, terpulanglah kepada kebijaksanaan DYMM Tuanku YDPA untuk melantik PM ke-9 untuk memimpin negara.


7. Sama sama kita berdoa semoga DYMM Tuanku Agung dan DYMM Raja-Raja Melayu bersemayam di Singahsana dengan penuh Daulat dan Berkat Petunjuk Allah, membawa Negara keluar dari kemelut politik, melawan Covid19 dengan berkesan dan memulih ekonomi dan kehidupan rakyat yg sedang menderita.


DAULAT TUANKU


PUTRA PERKASA NEGARA


Terima Kaseh.


Dato Paduka Dr Ibrahim Ali 

Presiden Putra.

6.7.2021.


Sunday, 4 July 2021

Zahid Md Arip mencadangkan kepada PM untuk melantik pemimpin kanan UMNO dan BERSATU untuk menduduki kerusi TPM

Satu cadangan jalan penyelesaian kemelut dalaman kerajaan PN. Adakah dengan cara ini tentangan dari UMNO dapat dikendurkan? Apakah dengan perlantikan TPM daripada UMNO akan melemahkan pengaruh Presiden UMNO dikalangan ahli nya ?. 


Sudah pasti nya sedikit sebanyak calon yang bakal dilantik TPM dari UMNO akan dapat membina kekuatan dan pengaruh beliau bagi menghadapi pemilihan UMNO akan datang bersandarkan kedudukan beliau dalam kerajaan. 


Banyak bergantung bila PRU15 akan diadakan, kalau selepas pemilihan UMNO bererti calon yang dipilih menjadi TPM berkemungkinan akan mengakhiri riwayat politik beliau di dalam UMNO dan terpaksa lah berhijrah ke parti yang lain untuk menyambung nyawa politik beliau.  


https://utusantv.com/2021/07/04/zahid-rayu-pm-lantik-pemimpin-kanan-umnobersatu-jadi-tpm/



Zahid rayu PM lantik pemimpin kanan UMNO, Bersatu jadi TPM

0
1139

BEKAS Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Senator Muhammad Zahid Mat Arip hari ini mencadangkan dan merayu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasa mutlak sebagai Perdana Menteri untuk melantik segera pemimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, Perdana Menteri juga dicadangkan melantik pemimpin Bersatu bagi menduduki jawatan yang sama.

“Saya cadangkan Perdana Menteri melantik pemimpin kanan daripada UMNO dan Bersatu menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri,’’ katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan bagi memastikan politik negara lebih stabil dan hubungan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertambah mantap.

Muhammad Zahid yakin melalui pelantikan pemimpin kanan UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri segala kekalutan di dalam UMNO akan mampu diredakan.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri tetapi saya yakin pemimpin-pemimpin Bersatu bersetuju dengan pandangan saya. Jika itu dapat dilakukan saya percaya suasana politik kembali aman dan kita dapat merapatkan saf dalam Kerajaan PN bagi mendepani pandemik Covid-19 dan memacu ekonomi negara,’’ katanya.

Beliau berkata, cadangan itu juga dapat menyelamatkan UMNO daripada menjadi perkakas politik kepada mana-mana individu berkepentingan.

“Saya berharap pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membenarkan parti itu diperalatkan oleh sesiapa, jika itu berlaku pada masa akan datang orang Melayu dan rakyat akan menolak mereka terus daripada arus perdana politik negara,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Zahid berkata, beliau  bersimpati apabila mendengar hingar-bingar yang berlaku dalam UMNO sekarang memandangkan parti itu sama-sama berada dalam keluarga besar PN.

“Semua itu terjadi disebabkan ada individu mahu menjadikan UMNO sebagai alat dan perkakas bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. UMNO ada harga diri dan parti itu tidak boleh dibiarkan menjadi pemuas nafsu serakah politik mana-mana individu,’’ katanya.

Thursday, 1 July 2021

Sepatutnya kerajaan gagal yang mengibarkan bendera putih, bukan nya rakyat


KENYATAAN MEDIA

PRESIDEN PUTRA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

1hb Julai 2021 


TANGANI COVID 19, PEMULIHAN EKONOMI DAN DERITA RAKYAT


1. KERAJAAN GAGAL, ini adalah sentimen utama rakyat yang turut disuarakan PUTRA apabila 6,276 angka kes baharu yang di catatkan sehingga semalam (30 Jun 2021) diumumkan. Dalam keadaan darurat dan juga "lockdown" separuh masak ini, angka kes baharu ini menunjukkan KERAJAAN GAGAL segagal-gagalnya menangani pandemik COVID-19 seperti yang diharapkan rakyat, dan dicanang sebagai 'kejayaan' oleh kerajaan dan penyokong kerajaan. 


2. Mengapa KERAJAAN GAGAL? Pada pandangan saya, selaku seorang yang pernah berada dalam kerajaan dahulu dan pernah menjadi sebahagian daripada  perangka polisi negara, pelan tindakan dan mekanisma pelaksanaan SANGAT LEMAH menjadi sebab kepada kegagalan secara menyeluruh pentadbiran negara Malaysia. 


3. Dasar yang di gubal adalah 'flip-flop' dan  'double-standard' yang lebih memihak kepada pihak kapitalis dan bukan ke arah kepentingan rakyat dan negara. Pelan dan inisiatif yang 'direka' umpama melepaskan batuk di tangga, nampak sahaja gah apabila diumumkan tetapi dari segi impaknya kepada rakyat dan negara, bukan menyenangkan, malah makin menyusahkan dan menekan rakyat dengan pelaksanaannya oleh pihak kerajaan tidak menyeluruh dan mampan dalam ertikata lain tiada "thought through process".


4. Dalam PKP 3.0 ini, hampir semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan "lockdown", dan, perniagaan tidak "essential", seperti kedai alat tulis dan percetakan, salon gunting rambut, servis komputer dan telefon bimbit dan lain-lain tidak dibenarkan beroperasi. Sekolah pula terpaksa tutup akibat dari kes COVID-19 yang masih lagi tinggi. Dalam keadaan kesempitan dan kesulitan,  anak-anak dirumah tetap terpaksa menjalani pembelajaran atas talian (PdPR) dan pada masa yang sama ada latihan-latihan yang diberikan memerlukan percetakan dan ada juga yang kehabisan alat tulis seperti kertas A4, buku latihan dan sebagainya. 

Hal ini amat menyukarkan dan lebih buruk lagi jika peranti atau komputer mereka rosak, mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran akibat daripada kedai membaiki alat peranti dan komputer tidak dibenarkan beroperasi. Ada pula ahli politik yang menangguk di air keruh dengan mencadangkan agar anak-anak yang tidak hadir ke kelas PdPR sebanyak tiga kali berturut-turut wajar digantung persekolahan. Kezaliman apakah yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ini, dan adakah virus Covid-19 ini telah 'merosakkan' ahli politik Malaysia sehingga hilang kewarasan dalam berbicara hal ehwal kelestarian rakyat?  


5. Kerajaan telah membelanjakan RM600b sejak pandemik COVID-19 ini melanda negara. Ini adalah satu perbelanjaan yang amat besar akan tetapi masih lagi belum berhasil untuk menangani pandemik ini, malangnya menjadi lebih teruk berbanding tahun 2020. 

Kerajaan boleh berbincang dengan pengusaha-pengusaha kilang dan pemilik hotel untuk menyewa dewan dan fasiliti mereka untuk tujuan mengagihkan vaksin. Pengusaha Hotel boleh hidup dan tidak perlu tutup atau buang pekerja. Apa guna melaksanakan Darurat, jika kerajaan tidak boleh bertegas untuk kepentingan rakyat? Bukankah di bawah kuasa Darurat kerajaan boleh menggunakan apa sahaja hak swasta dan individu termasuk hak kebebasan bergerak rakyat? 

Jika dari awal lagi kerajaan bijak menguruskan kewangan negara bagi menangani pendamik Covid-19, pastinya perbelanjaan ini tidak perlulah sebanyak RM600b kerana angka kes sudah menurun kepada 3  atau 2 angka sahaja. Pepatah Melayu ada mengatakan "mencegah lebih baik daripada mengubati", namun apa yang berlaku umpama "harapkn pegar, pegar makan padi", harapkan kerajaan, kesusahan rakyat pula makin menjadi-jadi. Mungkin ada yang mengaut keuntungan besar di musim darurat dan Covid-19 dari pembelian vaksin dan program vaksinasi yang bercelaru tetapi kos perbelanjaan yang tinggi. 


6. Ini belum lagi mengambil kira faktor kerajaan yang GAGAL MEMBAWA MASUK PELABURAN dari luar negara bagi merancakkan ekonomi negara agar dapat meningkatkan pendapatan rakyat, dan  secara tidak langsung menjamin kestabilan ekonomi negara. TIADA KEJAYAAN LANGSUNG yang boleh diperkatakan tentang kerajaan Malaysia masa kini. Hanya KERAJAAN GAGAL serba-serbi. 

Apabila KERAJAAN GAGAL membawa masuk pelabur dan berbelanja sebesar ini, maka ia memberi impak negatif kepada mikro ekonomi iaitu ekonomi seharian rakyat. Apabila ekonomi rakyat tidak rancak, ianya akan mengurangkan peluang perniagaan secara tidak langsung peluang pekerjaan semakin sempit. Dengan peningkatan kadar pengangguran, maka kadar jenayah dan  penyakit-penyakit tekanan mental juga akan meningkat. 


7. Dengan pelaksanaan PKP banyak sektor ekonomi seperti, pelancongan, sukan, hiburan, peniaga kecil dan sebagainya terpaksa ditutup dan hilang pendapatan bagi menurunkan kes baharu pandemik ini. Apabila "lockdown" yang dikuatkuasakan oleh kerajaan gagal mengekang kes baharu Covid-19, sia-sia sahaja 'pengorbanan' rakyat dari segi hilang punca pendapatan dan simpanan yang makin menyusut dan akhirnya tiada apa yang tinggal jika pentadbiran KERAJAAN GAGAL ini berterusan. 

Tidak dapat dinafikan rentetan kegagalan kerajaan telah menimbulkan masalah baharu iaitu masalah psikososial yang berpunca daripada hilang sumber pendapatan dan juga perbelanjaan harian yang perlu ditanggung. Ini adalah salah satu faktor peningkatan kes bunuh diri di kalangan rakyat dan juga timbulnya inisiatif kibar bendera putih. INI MEMBUKTIKAN KERAJAAN TELAH GAGAL MENJAGA KEBAJIKAN, KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT. Sepatutnya KERAJAAN GAGAL yang MENGIBARKAN BENDERA PUTIH dan bukan rakyat


8. Perdana Menteri telah mengumumkan dalam Pelan Pemulihan, rakyat akan dapat moratorium bagi semua pinjaman bermula bulan Julai nanti. Tetapi rakyat perlu menghubungi pihak bank untuk memohon Moratorium. Tidakkah kerajaan sedar bahawa apabila melibatkan Moratorium secara tidak langsung ia juga melibatkan penukaran perjanjian lama kepada yang baharu? Tidakkah juga Perdana Menteri sedar bahawa apabila tempoh perjanjian sesuatu pinjaman pihak bank akan mengenakan caj-caj yang tertentu? Banyak birokrasi yang rakyat perlu lalui semata-mata untuk melanjutkan tempoh Moratorium. Kerajaan perlu fikirkan kaedah untuk meringankan beban rakyat untuk tidak membayar sebarang caj tambahan pada masa depan. 

Apabila pengumuman moratorium dibuat, ianya hanya melibatkan perkara pinjaman sahaja. Bagaimana pula bagi sewa rumah dan sewaan premis? Adakah kerajaan lupa, atau berpura-pura terlepas pandang bahawa inilah antara punca kerisauan rakyat dan peniaga untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Perniagaan tidak beroperasi tetapi sewa bulanan perlu dibayar begitu juga dengan penyewa rumah. Ini salah satu punca meningkatnya masalah psiko-sosial ini. 


9. Dari sudut I-Citra pula, usahlah kerajaan bangga dengan meluluskan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KERANA ITU ADALAH WANG SIMPANAN RAKYAT. Sepatutnya kerajaan mencari dana lain untuk disalurkan terus kepada rakyat. BUKAN GUNA DUIT SIMPANAN RAKYAT. 


10. Oleh itu, saya menyarankan kepada pihak kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, untuk menyemak semula inisiatif yang diberikan kepada rakyat agar ianya berbentuk satu pelan yang menyeluruh dan mampan serta berpijak di bumi yang nyata dan bukannya semakin menyusahkan rakyat. Berhentilah memperkotak-katikkan rakyat yang telah banyak merana atas kegilaan kerajaan yang lemah dan serabut ini. Banyak sumber kewangan rakyat telah dibazirkan dan hasilnya gagal. Inilah punca mengapa Parlimen perlu bersidang SEGERA SEBELUM KEADAAN MAKIN TERUK.

DYMM YDPA sudah 3 kali bertitah agar Parlimen segera bersidang sebelum tamat tempoh darurat pada 1 Ogos 2021.



Terima Kasih.

Kerajaan PN jangan bersikap angkuh, segerakan persidangan Parlimen seperti dititah YDPA - Shafie Apdal

 


AHLI PARLIMEN P189 SEMPORNA

YB DATO’ SERI HAJI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL

SIARAN SEGERA


KENYATAAN MEDIA

Dalam keadaan dunia dan negara yang berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan bukan hanya masalah ekonomi yang tidak menentu, bahkan kehilangan nyawa yang begitu banyak akibat pandemik Covid-19 ini amat membimbangkan. 


Maka dengan itu, kerajaan yang ada pada hari ini iaitu Perikatan Nasional diingatkan supaya jangan bersikap angkuh seperti tahu semua perkara, perlu ambil iktibar walaupun sebenarnya masih lagi tidak pasti dengan banyak perkara. 


Setelah lebih dua minggu dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja, kelmarin sekali lagi baginda Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan dan menitahkan supaya persidangan parlimen diadakan segera. 


Apa yang terjadi pada hari ini adalah menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku, ramai rakyat hilang punca pendapatan, syarikat-syarikat tidak dapat meneruskan operasi dan terpaksa buang pekerja, peniaga-peniaga kecil banyak yang gulung tikar. 


Banyak keluarga terputus bekalan makanan, anak-anak kecil tiada susu, ramai yang tidak dapat mengadakan bekalan asas makanan untuk seisi keluarga, kesempitan hidup semakin parah dan lain-lain situasi yang tidak menyebelahi kebanyakkan rakyat. 


Saya bimbang sekiranya situasi dan keadaan ini tidak kita atasi segera, akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikan. Malaysia yang mengamalkan pemerintahan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan ini perlu kita jaga, hormati dan pertahankan. 


Selaras dengan titah Tuanku yang mahu Persidangan Parlimen diadakan segera menunjukkan bahawa baginda Tuanku sangat prihatin dan memahami akan kesusahan yang dihadapi rakyat. Sudah tentu banyak perkara dapat dibincangkan, diselesaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat, terutama perkara-perkara berkaitan Ordinan-Ordinan Darurat Covid-19. 


Sekali lagi saya nyatakan bahawa titah Yang Di-Pertuan Agong supaya parlimen bersidang segera diambil perhatian oleh kerajaan Perikatan Nasional, khususnya pentadbiran Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


1 JULAI 2021


Tingkat 2, Blok F, Lot 37 & 38, Bangunan Warisan, Bandar Baru, Peti Surat Bil.05, 91308 Semporna, Sabah

Tuesday, 29 June 2021

Laporan Polis keatas Ganesparan Nadaraja kerana kenyataan biadap terhadap Raja-raja Melayu

Acara : Laporan Polis keatas Ganesparan Nadaraja kerana bertindak biadap terhadap Raja-raja Melayu

Lokasi : IPD Gombak, Selangor

Tarikh : 27/6/2021


Apa lah yang boleh kita lakukan sekiranya rakyat Malaysia sendiri memilih untuk menjadi biadap dan kurang ajar kepada Raja-raja Melayu setelah berada diluar negara..? Apa opsyen yang ada untuk pihak berkuasa bertindak ?🤔🙄

#kipidap

#dongibab

#pdrn

Video kurang ajar : https://youtu.be/IOp7A_bGPUg


UPDATED @ 29/6/2021, 1236 PM

https://malaysiagazette.com/2021/06/28/interpol-tolak-permohonan-notis-merah-terhadap-ganesparan-abdul-jalil/