Lokasi : Hotel Tower Regency, Ipoh
Acara : Bicara Negara bersama Tun Dr Mahathir
Tarikh : 16/5/2015
Hanya dinding hotel sahaja yang mambatasi jumlah kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum untuk hadir dimajlis ini. Menurut penganjur jika permohonan menggunakan Stadium Ipoh dibenarkan berkemnungkinan besar jumlah nya berlipat kali ganda.
Yang sudah 'terlekat' didalam dewan tidak dapat bergerak kemana lagi dah sehinggakan wakil media disuruh naik keatas pentas untuk membuka ruang dibawah. Menurut penyelia hotel mereka belum pernah berhadapan dengan sebegitu ramai dan sebegitu padat orang ramai dalam dewan utama tersebut. Dianggarkan 1,800 memenuhi setiap ruang yang ada. Diruang legar tingkat bawah dianggarkan 800 lagi melepak diatas lantai mengikuti ucapan Tun M melalui TV berskrin besar.
Dari sudut penganjuran, majlis ini telah dianjurkan dengan jayanya. Kos penganjuran diperolehi melalui sumbangan peribadi dari pelbagai pihak dan tenaga kerja melalui sukarelawan yang mendesak untuk diberi peluang menyumbang tenaga. Pihak hotel pula telah memberi 'a handsome discount' dengan syarat mereka dbenarkan membuat persediaan yang selayak nya untuk menyambut 'pemimpin utama' negara.
Tetapi perlu saya tegaskan bahawa majlis ini ada keterbatasan nya. Ianya tidak boleh menandingi majlis anjuran kerajaan . Tiada makan minum dan tiada duit minyak atau pengangkutan yang disediakan penganjur. Door gift pun tak ada. Topi dan T-shirt percuma pun tak disediakan. Hiburan pun tak ada. Yang ada bak kata senior UMNO yang hadir ..."SATU KERUSI KONGSI DUA PUNKOQ"
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Pelbagai kaum turut mengambil peluang mendengar syarahan Tun M |
Dari kiri - Irwan Fahmi (Ketua Wira Perkasa), Razman Hj Zakaria (YDP PAS Perak) dan Radzi Manan (Ketua UMNO Bhgn Kampar) |
12
13
14
15
16
Ramai yang peduli orang lain . Mereka hanya pentingkan selfie mereka sahaja. |
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
.30
Di ruang legar tingkat bawah hotel disediakan TV berskrin besar |
31
Di ruang legar tingkat bawah hotel disediakan TV berskrin besar |
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
Saya x suka orang memburuk kan dan menghina TDM.. bagi saya beliau hanya menyatakan pendapatnya saja, bukan niat untuk memecah belah..mungkin ada hikmahnya..selepas teguran Tun..Umno mnjadi semakin kuat..
ReplyDeleteSyabas penganjur...dan hebat photoshoot.
ReplyDeleteawesome bro, rasa macam berada disana. Kipidap !!
ReplyDeleteItulah perjuangan yang sejati tiada bayaran datang secara ikhlas dan sukarela untuk mendengar ucapan Tun Mahatir. Aku Yakin Walaupun Sudah Umur 90 Tahun dengan kesihatan tidak seperti dulu Pengaruh dan aura Tun pada rakyat pada hari ini masih kuat. Berjuanglah atas kebenaran. Kerana kebenaran itu akan menegakan yang hak dan menjatuhkan yang batal.
ReplyDeleteX sangka plak Mursyidul Am TIBAI ade sekali.saya dah habis tonton video ceramah Tun M kat blog Din Turtle semalam.Tun M ada mention pasal cincin juta2,
ReplyDeleteX silap sy,masa tengah hot isu cincin tu,Mursyidul Am TIBAI ni yg defend Rosmah.Kalau x silap video tu sy tonton kat blog TIBAI.apesal Mursyidul Am TIBAI ni x defend Najib & Rosmah depan Tun M?
Satu kepuasan berada disana..fotonya juga
ReplyDeleteAzim
Tamrin Ghaffar masuk PAS dapat projek balak di Kelantan 10juta. Tamrin datang ada makna. Projek mana pulak
ReplyDeleteApa yg Tun boleh bagi? Jangan jadi bodo laa
DeleteSyabas!!
ReplyDeleteevent yg sgt2 bermakna & berjaya..
Ingatlah Tun Dr mahathir bukan setakat menjadi PM selama 22 tahun..
Tp beliau kerja keras sjk tahun 1940an lg utk ketuk kepala org Melayu bagi sedar diri jd bangsa yg lebih baik... pengorbanan yg terlalu besar demi melayu & islam..
Inilah pejuang Islam paling unggul dunia..
Malangnya dia turun je dr kerusi PM terus melayu menjadi bangsa yg bodoh & membodohkan diri sendiri...
Susah pyh dia bina melayu baru... tp yerlalu sedikit yg sedar diri...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteApapun Umno adalah parti kroni,berlagak dan x sedar diri.Dulu blh tahan lagi..sekarang bertmbah teruk.Dah lingkup,bungkus baru la nak sedar.Elok pun kalah.Kita tggu aje la pru 14.ckp skrg x guna.
ReplyDeleteKroni dan nepotisma dalam PR lagi dahsyat.
DeleteEluklah kita syorkan supaya tun bertanding presiden umno semula kerana selagi beliau boleh bersuara siapa yg jadi PM tidak blh memerintah mengikut acuan dia sendiri. Seseorg yg jadi PM kena mengikut kehendak Tun jika tidak beliau akan bersuara dan pengaruh yg ada ramai akan menyokong tun. Keadaan ini akan melemahkan parti umno yg blh mengakibat umno hilang kuasa bila berlaku perpecahan. Bertanding secara berhemah supaya umno bersatu semula siapa yg dipilih. Dari bersuara menyuruh PM meletak jawatan yg tidak mengikut amalan demokrasi. Mungkin sejarah kejatuhan melaka berlaku semula bila mamak dan melayu bertelagah merebut kuasa dgn pembuatan fitnah dah bermula.
ReplyDeleteBila masa pulak Tun M suruh DS Najib perintah negara kene ikut kehendak Tun M? Dari zaman Pak Lah(skang Tun Lah) lagi Tun M tak kaco pape pun dari segi acuan pemerintahan yg dilaksanakan. Sbb tula timbul Islam Hadhari la, !Malaysia la tu sume ikut acuan PM yg memerintah la kan? Masalahnya, setiap bentuk acuan yg Pak Lah dan DS Najib buat tidak nampak hasilnya malah terdapat kepincangan2 yg berlaku di mana2 yg menyebabkan rakyat jelata gusar dan bimbang sekiranya berleluasa dan tidak dpt dibendung lagi.Tun M hanya akan bersuara bilamana terdapat kepincangan2 yg berlaku dan tiada siapa yg mahu suarakan rintihan hati rakyat jelata. Cuba saudara nyatakan, sepanjang 6 tahun DS Najib di persada pemerintahan, apakah pencapaian yg beliau peroleh utk negara? Bersandarkan rekod, di PRU-13 yg lepas DS Najib memperoleh keputusan yg lebih teruk drp Pak Lah. Bukan hanya dr segi kerusi malah dr segi peratusan majoriti.
DeleteUMNO sudah lama pun berpecah. Sbb tu UMNO perlukan nafas baru dr pucuk pimpinan utk merapatkan semula jurang dan menyatukan mereka utk mara ke hadapan demi survival bangsa Melayu dan agama suci Islam. Sekiranya DS Najib masih di tampuk pimpinan, adakah saudara percaya beliau boleh berbuat demikian? Tgk saja di Selangor di mana nama UMNO hampir tidak wujud walaupun baru saja kalah DUA kali pilihanraya! Sbb itulah Tun M risau, sekiranya UMNO/BN kalah pada PRU yg akan dtg, nescaya UMNO/BN akan rebah tidak dpt bangkit2 lg. Wallahua'lam.
hmmmmmmmmmmm buang masa orang tua pencen ni ..... puiiii.....sudah-sudah laaa bosan tau tak boooooooooosannnnnnnn....???
ReplyDeleteapa booooossaaaaannnnn ?
Deletekalau hang bosan watpa baca jugak blog ni? tgk jugak gmbr tun M?
aku bosan dgn ahjibgor ... tgk muka dia kat tv pun aku tukar channel atau mute saja.
berita akhbar dan blog pasai dia pun aku tak sudi baca.
aku tggu masa saja perosak negara ni jatuh. cepat atau lambat saja
TDM tidak berminat pun nak jadi Presiden UMNO atau PM. Dia dah ditempat itu lebih dari 22 tahun. Dia sendiri melepaskan jawatan tersebut walaupun disambut dengan tangisan dan rayuan dari orang ramai supaya tidak berbuat demikian.
ReplyDeleteOleh itu mereka yang sedang memegang tampuk pemerintahan serta penyokong-penyokong hentikanlah memperleceh dan menghina TDM. Sesungguhnya anda semua masih belum dimanapun berbanding dengan TDM.
Thank you for the excellent coverage!
ReplyDelete