Showing posts with label pdrm dbkl padang merbok. Show all posts
Showing posts with label pdrm dbkl padang merbok. Show all posts

Sunday, 23 June 2013

Sekitar perhimpunan Blackout 505 - kehadiran mengecewakan

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Perhimpunan Blackout 505

Tarikh : 22/6/2013 @ 2.00 pm


Walaupun perhimpunan ini tidak mendapat permit Polis mahupun kelulusan DBKL untuk Padang Merbok digunakan kedua dua agensi ini telah menggunakan pendekatan pengawalan yang effektif. 

Tiada sekatan jalan mahupun lencongan traffik dilakukan kecuali penutupan jalan menuju Dataran Merdeka. Jalan Parlimen hanya ditutup kedua dua arah apabila perhimpunan tersebut bermula mengikut jadual iaitu dari jam 2.00 pm.

Kehadiran peserta jauh dari yang dijangkakan. Walaupun penganjur mengumumkan angka 55,000, saya berpendapat bahawa jumlah sebenar cuma dalam lingkungan 12,000 - 15,000 sahaja. Saksikan rakaman foto # 66-69 yang dibuat pada jam 4.25 pm. Padang tidak sampai setengah pun penuh.

Pastinya penganjur gagal menahan berduyun duyun peserta yang mula meninggalkan lokasi mulai jam 3.30 pm tanpa menunggu ucapan dari Anwar Ibrahim.

Jerubu tidak lah begitu teruk. Pemandangan masih jelas dan rakaman visual tidak teruk terjejas.

Saya meninggalkan lokasi pada jam 4.30 pm beberapa minit sebelum berlaku nya pertembungan antara peserta yang cuba memasang khemah dengan anggota DBKL. Dikhabarkan dua anggota DBKL diserang peserta apabila mereka cuba menghalang pemasangan khemah. Tiada kecederaan dikedua dua belah pihak dilaporkan.


1/69  Perkarangan Masjid Negara bertukar menjadi pusat penjualan T-shirt dan segala macam cenderahati Blackout 505. 
 2
 3
 4
5
 6
 7  Mat Salleh ni rakyat Malaysia ke ? 
 8
 9  Orang Asli dari Perak digunakan untuk membawa mesej penaja
 10