Google+ Followers

Sunday, 18 December 2011

AUKU - Demo Bantahan Mahasiswa

Venue : Masjid Jamek - Pertama Kompleks - Maju Junction

Kira kira 100 orang mahasiswa dari pelbagai IPTA telah mengambil bahagian dalam demonstrasi membantah perlaksanaan AUKU. Perancangan asal nya ialah berkumpul di Dataran Merdeka. Tetapi disebabkan Dataran Merdeka telah ditutup sepanjang hujung minggu kerana berlangsung nya acara promosi 'Drifting', maka penganjur demonstrasi mengambil keputusan untuk berkumpul di Masjid Jamek dan berarak melalui Jalan Raja Laut menuju ke Maju Junction dimana Pejabat Suhakam terletak. Perarakan berjalan lancar dibawah pengawasan Polis sehingga lah selesai penyerahan memorandum kepada wakil Suhakam.

Saya dan beberapa wakil media yang lain telah beredar dari Maju Junction setelah selesai penyerahan memorandum setelah diberitahu bahawa acara pada hari itu telah selesai. Rupa rupa nya sebahagian kecil yang terdiri dari penggerak utama demonstrasi ini telah meneruskan perjalanan mereka ke Dataran PWTC bagi menyerahkan memorandum mereka kepada timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah.

Saya juga telah difahamkan bahawa banting yang memaparkan wajah Najib Razak sebagai salah seorang dari 6 Perdana Menter Malaysia  telah diturunkan seketika oleh Adam Adli dari UPSI. Banting tersebut telah dipijak dan kemudian nya dinaikan semula. Saya difahamkan segala perbuatan ini telah dirakamkan oleh wakil media asing yang turut berada dilokasi.  


Video 1 :


 Video 2 : Safuan Anang


Video 3 :


Video 4 : Khalid Ismath, SMM... ada berita dalam blogs mengatakan dia ni Syiah


Video 5 : Wakil GAMIS


Video 6 : Penjaja bantah kekecohan yang dibawa demonstran


Video 7 : Polis berhemah dalam mengendalikan demonstrasi walaupun pelbagai rungutan dan bantahan awam mengenai kesesakan lalulintas yang terjadi akibat dari demonstran menggunakan sebahagian dari jalanraya sebagai pentas berceramah



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
 19.
 20.
 21.
 22.
 23. Wakil Suhakam menerima memorandum dari Safuan Anang