Thursday 7 April 2016

AMANAH sudah punyai sekolah untuk lahirkan pimpinan pelapis

Acara : Majlis Pelancaran AMANAH School of Leadership (SCHOLAR)

Lokasi : Wisma AMANAH

Tarikh : 5/3/2016



KENYATAAN MEDIA

Hari ini tanggal 5 Mac 2016 bersamaan 25 Jamadil Awal 1437, dengan rasminya Program AMANAH School of Leadership (AMANAH SCHOLAR) bermula. Peserta yang terlibat adalah daripada pelbagai latarbelakang tanpa mengira bangsa dan ideologi politik.

Program ini mempunyai beberapa objektif nya :-

1. melahirkan pemimpin muda yang terlatih dengan kemahiran dan pengurusan yang mendalam sehingga mampu menjana pembaharuan dalam kehidupan masyarakat dari segi pendidikan politik.

2. mengumpulkan dan membincangkan idea-idea yang relevan untuk mengubah sosio-ekonomi masyarakat Malaysia

3. melahirkan  pemimpin yang memahami Islam dalam kerangka Maqasid Syariah

4. memastikan ahli Scholar AMANAH mendapat pendedahan teknik komunikasi yang baik dan pendedahan praktikal oleh wakil rakyat dan pimpinan AMANAH secara langsung

5. memberi pendidikan dan latihan secara berterusan dan aplikasinya terhadap realiti Malaysia dengan modul formal dan tidak formal

Oleh itu kita mengharapkan agar peserta yang terlibat didalan Scholar ini dapat terus komited dan konsisten dengan pelbagai program yang bakal dijalankan, InsyaAllah.  


1
Ammar Atan, Pengarah SCHOLAR
2
Naib Ketua Pemuda AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim
 3
Timbalan presiden PAN, Hj Salahudin Ayob
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11




No comments:

Post a Comment