Google+ Followers

Sunday, 15 May 2016

Pelajar cemerlang WP dari keluarga berpendapatan rendah dapat bantuan kewangan YWP

Acara : Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Wilayah Persekutuan 2016

Lokasi : Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur

Tarikh : 13/5/2016



SIARAN AKHBAR

Seramai 800 pelajar Wilayah Persekutan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Malaysia (STPM) termasuk mereka yang berkelainan upaya (OKU), menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Yayasan Wilayah Persekutuan (APC YWP). Daripada jumlah itu, 200 adalah pelajar UPSR, 200 pelajar PT3, 200 pelajar SPM, 100 pelajar STPM dan 100 pelajar OKU.

Di samping Sijil Penganugerahan YWP, pelajar - pelajar cemerlang tersebut turut menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) bernilai RM200 bagi peringkat UPSR, RM300 bagi peringkat PT3, RM400 bagi peringkat SPM dan RM500 bagi peringkat STPM.

Pada majlis yang sama, Yayasan Wilayah Persekutuan juga turut menyediakan anugerah khas bagi mengiktiraf sekolah-sekolah dan penerima-penerima yang memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai kategori dan bidang.  Setiap sekolah dan penerima akan menerima hadiah berupa wang tunai, sijil penghargaan dan cenderahati.

Kesemua anugerah cemerlang ini disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Pengerusi YWP, YB Datuk Seri Utama Adnan Tengku Mansor.

Program ini bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang mendapat keputusan cemerlang dalam  peperiksaan awam tahun lalu.  Selain itu, majlis anugerah ini mampu menyuntik semangat kepada mereka untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang seterusnya dan ketika menyambung pengajian di menara gading, bagi mengubah nasib dan masa depan keluarga masing-masing.

Tahun ini merupakan kali kesembilan YWP menganjurkan program Anugerah Pelajar Cemerlang Wilayah Persekutuan sejak dimulakan pada tahun 2008. Program ini direalisasikan secara bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat di Wilayah Persekutuan. YWP ditubuhkan untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dalam bidang pendidikan, ekonomi, sosial, agama dan teknologi.


Foto 360 darjah

1
 2
Persembahan Sapalele (SMK Cheras)
 3
 4
Ucaptama Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan
 5
Ucaptama Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan
 6
Gimik perasmian oleh Tengku Adnan
 7
 8
 9
 10

11
12 
 13
 14
 15
 16
 17
 18
Add caption
 19
 20
 21