Google+ Followers

Thursday, 24 November 2016

Ibrahim Ali tetap sayang dan hormat Dr M sebagai negarawan dan mentor

Acara : Sidangmedia khas Ibrahim Ali, Presiden PERKASA

Lokasi : Ibupejabat PERKASA, Jalan Lumut, KL

Tarikh : 23/11/2016



Video 1 -






******************************************************************************

INI JAWAPAN DARI KHAIRUDDIN ABU HASSAN a.k.a SOTONG LAUT

ITULAH MENTALITI HAPRAK IBRAHIM ALI!! DIA BUKAN ADA OTAK!!

Saya tidak pernah serang ibrahim ali dan gelar dia bukan-bukan!! Tak pernah pun sentuh peribadinya!!

Tapi bila dia kata saya sotong laut di situ kita dah nampak mentaliti haprak ibrahim ali!! Tu pun dia kata dirinya layak jadi perdana menteri!!

Keikhlasan saya tegur dia kerana ibrahim ali gemar suka ikut nafsu dari akal fikiran yang waras. Macam saya kata dia adalah tokoh politik yang cukup lama tetapi suka buat kenyataan bodoh!!

Bila ibrahim ali buat kenyataan bodoh maka saya kata dia buat kenyataan bodoh lah!! Takkan dia buat kenyataan bodoh saya nak kata dia buat kenyataan bernas!!

Tapi tak hairanlah saya kerana mentaliti ibrahim ali cukup haprak pada hakikatnya!! Apa pun saya tak mahu sentuh keperibadian dia kerana saya lebih suka bercakap dan mengkritik pemikirannya yang tidak betul!!

Dalam apa jua keadaan ibrahim ali tetap kawan saya. Tetapi bila dia buat keputusan bodoh saya tetap akan kritik dia!! Betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa memilih kawan ataupun lawan!!

Ibrahim ali nak gelar saya dengan gelaran apa sekalipun itu haknya!! Saya tahu dia pernah jadi orang besar bukan macam saya hanya seorang ahli politik di peringkat akar umbi yang kerdil!!

Ini saya akuilah betul!! Namun walaupun saya ahli politik kerdil; saya amat bersyukur kehadrat Allah swt yang telah menganugerahkan prinsip serta jatidiri tulen!!

Sekurang-kurangnya saya amat benci rasuah dan saya tak pernah makan dedak haram!! Syukur sangat pada tuhan kerana saya berjaya melepaskan diri dari dugaan ini!!

Sebab itulah walaupun saya ahli politik yang kerdil tetapi tetap bangun lawan kemungkaran najib tun razak secara habis-habisan!! Saya bukan bersikap retorikal tetapi saya bertindak demi untuk selamatkan negara, bangsa serta agama!!

Di mana perjuangan perkasa dalam isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa najib tun razak?! Kenapa perkasa hanya membisu seribu bahasa saja dalam isu ini kalau ibrahim ali kata dia seorang tokoh politik yang besar lagi hebat?!

Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
24 November 2016

*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5