jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Showing posts with label pribumi perkasa. Show all posts
Showing posts with label pribumi perkasa. Show all posts
Acara : Sidang media Presiden PERKASA mengenai isu Rohingya
Lokasi : Ibupejabat Pribumi PERKASA, Jalan Lumut, KL
Tarikh : 12/9/2017
Presiden Pribumi PERKASA menyatakan kekecewaan beliau terhadap sikap double-standard Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dalam menangani isu kemanusiaan Rohingya di Myanmar. OIC pula sibuk bergaduh dan berperang sesama mereka.
Oleh itu PERKASA menyeru Sekretariat ASEAN untuk mengadakan Sidang Kemuncak seberapa segera dengan memanggil kesemua negara negara ASEAN termasuk lah Myanmar untuk mencari jalan penyelesaian isu Rohingya. Rombongan pimpinan PERKASA berada di Jakarta untuk menyerahkan Nota Bantahan kepada Sekretariat ASEAN.
Ikuti kenyataan sepenuhnya oleh Dato' Ibrahim Ali.
Post settings
Labels
asean, genocide, ibrahim ali, myanmar, pbb, presiden, pribumi perkasa, rohingya
Published on
13/09/2017 22:35
Pacific Daylight Time
Permalink
Location
Options
Acara : Sidang media Presiden PERKASA mengenai isu Rohingya
Lokasi : Ibupejabat Pribumi PERKASA, Jalan Lumut, KL
Tarikh : 12/9/2017
Video1 - Ibrahim Ali setelah diajukan soalan oleh wakil media mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas pada PRU14 akan datang. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat mengesahkan atas tiket apa kerana perbincangan dengan beberapa parti politik dari kedua dua belah pihak masih belum mencapai kata putus. Ikuti rakaman perbualan Tok Him mengenai sejarah politik beliau yang melibatkan kerjasama dengan PAS dan sebab terputus nya kerjasama dengan parti tersebut.
INI JAWAPAN DARI KHAIRUDDIN ABU HASSAN a.k.a SOTONG LAUT
ITULAH MENTALITI HAPRAK IBRAHIM ALI!! DIA BUKAN ADA OTAK!!
Saya tidak pernah serang ibrahim ali dan gelar dia bukan-bukan!! Tak pernah pun sentuh peribadinya!!
Tapi bila dia kata saya sotong laut di situ kita dah nampak mentaliti haprak ibrahim ali!! Tu pun dia kata dirinya layak jadi perdana menteri!!
Keikhlasan saya tegur dia kerana ibrahim ali gemar suka ikut nafsu dari akal fikiran yang waras. Macam saya kata dia adalah tokoh politik yang cukup lama tetapi suka buat kenyataan bodoh!!
Bila ibrahim ali buat kenyataan bodoh maka saya kata dia buat kenyataan bodoh lah!! Takkan dia buat kenyataan bodoh saya nak kata dia buat kenyataan bernas!!
Tapi tak hairanlah saya kerana mentaliti ibrahim ali cukup haprak pada hakikatnya!! Apa pun saya tak mahu sentuh keperibadian dia kerana saya lebih suka bercakap dan mengkritik pemikirannya yang tidak betul!!
Dalam apa jua keadaan ibrahim ali tetap kawan saya. Tetapi bila dia buat keputusan bodoh saya tetap akan kritik dia!! Betul tetap betul dan salah tetap salah tanpa memilih kawan ataupun lawan!!
Ibrahim ali nak gelar saya dengan gelaran apa sekalipun itu haknya!! Saya tahu dia pernah jadi orang besar bukan macam saya hanya seorang ahli politik di peringkat akar umbi yang kerdil!!
Ini saya akuilah betul!! Namun walaupun saya ahli politik kerdil; saya amat bersyukur kehadrat Allah swt yang telah menganugerahkan prinsip serta jatidiri tulen!!
Sekurang-kurangnya saya amat benci rasuah dan saya tak pernah makan dedak haram!! Syukur sangat pada tuhan kerana saya berjaya melepaskan diri dari dugaan ini!!
Sebab itulah walaupun saya ahli politik yang kerdil tetapi tetap bangun lawan kemungkaran najib tun razak secara habis-habisan!! Saya bukan bersikap retorikal tetapi saya bertindak demi untuk selamatkan negara, bangsa serta agama!!
Di mana perjuangan perkasa dalam isu rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa najib tun razak?! Kenapa perkasa hanya membisu seribu bahasa saja dalam isu ini kalau ibrahim ali kata dia seorang tokoh politik yang besar lagi hebat?!
Ikhlas dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
24 November 2016
Video 1 - Ringkasan keputusan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi PERKASA
1. menyokong kenyataan Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman meminta kerajaan memecat Christopher Muller yang telah mengeluarkan kenyataan menghina pekerja Melayu dalam MAH
2. menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Bill Kayong (PKR) yang mati dibunuh baru baru ini. Bill Kayong semasa hayat nya adalah pejuang peribumi Sarawak.
3. merayu kepada Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim supaya menarik balik keputusan untuk bersara awal untuk mengelak kesangsian dikalangan rakyat Malaysia.
4. menyanggah pandangan Mufti Pahang mengenai status Kafir Harbi DAP walaupun pada dasarnya PERKASA sentiasa berwaspada dengan DAP dan pegangan politik mereka.