Thursday 16 August 2012

Blogger UMNO dituduh fitnah pegawai tinggi MOF

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, SElangor

Event : Sidang Media

Date : 15/8/2012 @ 11 am



KENYATAAN MEDIA15 OGOS 2012

SKANDAL GEORGE KENT – LRT AMPANG: HENTIKAN UGUTAN DAN SERANGAN TERHADAP PEGAWAI KANAN KERAJAAN

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger-blogger Umno yang menyerang dan memfitnah Dato’ Fauziah Yaacob, seorang pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang berjawatan Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Kewangan atas dakwaan beliau membocorkan dokumen-dokumen sulit berhubung pendedahan skandal anugerah kontrak LRT Ampang kepada George Kent. Penulisan salah seorang blogger tersebut ada disertakan bersama.

Tindakan blogger-blogger Umno yang umumnya diketahui mendapat dokongan penuh pimpinan Umno membuktikan Umno tidak ada rasa hormat langsung kepada penjawat awam yang hanya menjalankan tugas mereka. Saya boleh mengesahkan bahawa Dato’ Fauziah Yaacob bukanlah individu yang bertanggungjawab menyerahkan dokumen-dokumen terbabit kepada KEADILAN.

Oleh yang demikian, tindakan blogger-blogger Umno memfitnah beliau adalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pegawai-pegawai kerajaan agar tidak membantah sebarang keputusan melibatkan kerajaan yang diambil oleh ahli politik Umno. Mereka berharap dengan tekanan yang diberikan bertujuan mengaib dan mengasingkan Dato’ Fauziah Yaacob, ia menghantar amaran yang keras kepada semua kakitangan awam supaya hanya menurut telunjuk Umno/Barisan Nasional.

Saya merasa terpanggil untuk mengutarakan perkara ini kerana tindakan blogger-blogger Umno itu menghina kaum wanita di negara ini, apabila serangan ditujukan terhadap seorang penjawat awam wanita yang dihormati dan dikenali ramai seperti Dato’ Fauziah Yaacob. Serangan terhadap beliau samalah juga dengan serangan kepada pimpinan wanita lain di dalam perkhidmatan awam yang kini semakin ramai diketuai oleh pegawai-pegawai wanita.

Oleh itulah, saya mencabar pimpinan-pimpinan wanita di dalam Umno, termasuklah Menteri Wanita Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Ketua Wanita Dato’ Seri Shahrizat Jalil untuk tampil membela Dato’ Fauziah Yaacob dengan mengambil tindakan keras terhadap blogger-blogger Umno dan dalang yang menggunakan taktik “character assasination” seperti ini terhadap pimpinan kanan perkhidmatan awam, terutamanya dari kalangan wanita seperti yang menimpa Dato’ Fauziah Yaacob.

Sewajarnya pimpinan kanan perkhidmatan awam diberi kebebasan supaya bertindak mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negara. Jika benar Dato’ Fauziah Yaacob telah bertegas mempertahankan keputusan awal Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan yang menganugerahkan kontrak LRT Ampang kepada sebuah konsortium yang mendahului keputusan penilaian, maka sepatutnya beliau dinaikkan pangkat dan diberikan penghormatan kerana keberanian menentang campur tangan Perdana Menteri sendiri.

Inilah jenis kepimpinan dan integriti yang sewajarnya dipamerkan oleh pimpinan wanita di negara ini, bukanlah seperti seorang bekas Menteri Keluarga yang tidak tahu pekerjaan anaknya sendiri.

HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN

4 comments:

  1. jangan letak Hajjah lah awal nama kau merosakan nama hajjah ja sebab perangai kau bukan baik. yang kau dok sebok menyokong tu wat pe, tenteulah kau tau siapa sebenarnya dia???

    ReplyDelete
  2. wa.....hebat...nk jadi hero la ni....klau yer pun..tak perlu la sebar kepada umum dulu...lapor la pada SPRM....sebb nmaklumat sulit kerjaan tidak bolh diketahui umum...itu terapat dalam akta rasmi kerjaan...sebb setiap pegwi krjaan bertanggungjwab melindungi setiap maklumat sulit kerjaan...klau betul DATO Fauzih terlibat..beliau tidak patut dinaikan pangkat...malah perlu didakwaa atas pecah amanh...membocorkan makluma sulit kerjaan...mcm mn kalu maklumat sulit lain jg didedakan oleh peg kerjaan lain....pasti negra kita dalam bahaya...
    knpa nk ambil tindakan kepada blogger2 UMNO...hbis tu bloger2 PR yg juga kluar kan pelbagi cerita karut tu mc mn...knpa PR tak ambil tindakan....tolong la....jgn la keluar statment yg memperbodohkan diri sendiri.....

    ReplyDelete
  3. waahhhh... takde angin, tetiba pokong bergoyong... confirm la tu.
    bab2 pkr ni... kalau diaorg bising, mmg la ada kene mengena tu. Kalau anwar marah, confirm la dia buat tu.

    ReplyDelete
  4. Sudah terang lagi bersuloh. Puak puak haram jadah nak melindungi barua barua mereka yang memberi maklumat. Selama ini mereka menyerang segala jenis penjawat awam, tiba tiba saja saja nak jadi pembela. Rakyat Malaysia takkan mudah tertipu. Pengkhianat akan terima balasan nya.

    ReplyDelete