Saturday 4 August 2012

Dasar Otomotif yang boleh ditangguhkan

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media

Date : 2/8/2012 @ 11.00 am


Selagi pakatan pembangkang tidak berjaya ambil alih Putrajaya selagi itu lah segala apa yang dicadang dan dijanjikan akan tinggal janji dan angan angan saja. Itu lah sebab nya saya katakan dasar ini dasar yang boleh ditangguhkan, kerana ianya bersyarat...



REFORMASI DASAR AUTOMOTIF NEGARA:PERTAHAN HAK RAKYAT, ANGKAT EKONOMI NEGARA
Seperti mana yang telah digariskan dalam Buku Jingga, dasar ekonomi yang diamalkan oleh Kerajaan UMNO-BN yang tidak telus dan mengamalkan amalan pengagihan projek kepada kroni tanpa proses tender telah meningkatkan kos dan membebankan rakyat. Kesan yang ketara dari dasar kini adalah kini adalah kesenjangan melebar di antara kelompok kecil yang maha kaya dan rakyat terbanyak. Pakatan akan mengutamakan pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang cekap dan menyeluruh. Kota-kota utama Malaysia terutamanya Kuala Lumpur belum menyaksikan kewujudan pengangkutan awam yang baik.
Maka kerangka dasar automatif negara yang diutarakan KEADILAN untuk pertimbangan Pakatan akan dilaksanakan seiringan dengan pengangkutan awam yang lebih cekap dengan kadar yang munasabah.

Rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda setelah sekian lama. Masanya telah tiba untuk menghentikan ketidakadilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi kebajikan rakyat.
KEADILAN mengakui bahawa ada perkara-perkara asas yang perlu diambil kira seperti berikut:
  • Dasar automotif negara yang baru haruslah melindungi kebajikan pekerja-pekerja sektor automotif; dan
  • Dengan menambahbaik sistem pengangkutan awam dengan kos yang munasabah; maka sasaran penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan dan jumlah gunapakai gunapakai beban api dijangka akan menurun.
Oleh yang demikian, dasar-dasar khusus yang bakal dicadangkan oleh KEADILAN adalah berpaksikan kepada pertimbangan-pertimbangan tersebut.

Justeru, KEADILAN akan mengemukakan untuk pertimbangan Pakatan Rakyat satu dasar automotif bersama (seperti berikut):
Matlamat 1: Meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat                         
i.     Komitmen untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.
ii.    Komitmen untuk menyemak kembali peraturan-peraturan dan kadar yang dikenakan oleh institusi kewangan bagi pinjaman kereta untuk memastikan keseimbangan di antara pembiayaan kereta yang munasabah dan mengelakkan kebanjiran kenderaan akibat penurunan harga kereta.
Matlamat 2: Menjamin nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum                          
i.     Penghapusan cukai eksais dan penurunan harga kereta akan dibuat secara berperingkat supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai turut turun secara berperingkat.
ii.    Kadar penurunan cukai eksais akan diumumkan setiap tahun di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira pandangan institusi kewangan dan semua pihak yang terlibat di dalam perusahaan automotif dan kenderaan terpakai. Ini bertujuan supaya susutnilai kereta dan aset pinjaman yang dipegang oleh institusi kewangan adalah selari dengan penurunan harga kereta baru.
iii.    Kerajaan akan mengumumkan insentif di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan setiap tahun untuk menggalakkan industri pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru; termasuklah insentif kepada pengusaha-pengusaha kemudahan baikpulih kenderaan (reconditioning and upgrading facilities)
Matlamat 3: Mengimbangi keperluan hasil negara                          
i.     Pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan dijangka akan membawa hasil di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun sehingga 2015 apabila AP dihapuskan sepenuhnya.
ii.    Penurunan cukai eksais secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun akan memastikan hasil negara tidak jatuh merudum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, sebaliknya diimbangi oleh hasil baru dari bidaan AP.
iii.   Suntikan sebanyak RM8 bilion ke dalam ekonomi domestik dijangka akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan kerajaan bermula dari tahun kedua selepas pengenalan dasar baru. Peningkatan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan dianggarkan akan menambah sekitar RM1 bilion hingga RM1.5 bilion kepada pendapatan negara setiap tahun.
iv.   Kerajaan akan memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan menghadkan perbelanjaan tidak terancang (ad hoc expenditure) yang diumumkan Perdana Menteri dan kabinetnya untuk mengawal perbelanjaan.
v.    Industri baru iaitu pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru dijangka akan mewujudkan sumber pendapatan baru kepada kerajaan.
Matlamat 4: Menjamin kebajikan pekerja-pekerja industri automotif                          
i.     Dasar automotif negara yang baru akan memastikan sasarannya adalah untuk merancakkan industri automotif secara keseluruhan, bukannya menjamin pemilikan industri automotif di tangan pihak-pihak tertentu. Ini penting supaya peluang pekerjaan dan nilai tambah sektor ini terus meningkat dengan penyertaan lebih banyak firma automotif antarabangsa.
ii.     Syarikat-syarikat tempatan akan diberikan sepenuh kebebasan untuk melaksanakan strategi kerjasama dan pembangunan automotif yang menjamin peluang pekerjaan dan peningkatan penggunaan kapasiti sedia ada.
iii.     Insentif khas akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kualiti kereta yang dikeluarkan di Malaysia agar boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Matlamat kerajaan adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan nilai tambah di dalam industri automotif agar kadar eksport kereta buatan Malaysia ditingkatkan.
Matlamat 5: Pengurangan jumlah kenderaan persendirian                          
i.     Sistem pengangkutan awam yang paling cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun. Tumpuan akan diberikan kepada sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja yang besar tetapi dibuktikan berkesan, terutamanya rangkaian bas dalam bandar yang kini diabaikan oleh pentadbiran sedia ada.
ii.    Rangkaian keretapi antara bandar yang lebih cekap dan murah agar penggunaannya boleh ditingkatkan berbanding keadaan sekarang. Penstrukturan semula KTMB dan pemodenannya akan menjadi salah satu fokus utama pentadbiran baru di Putrajaya.
iii.    Insentif akan terus diberikan kepada syarikat-syarikat yang membangunkan dan mengilang kenderaan mesra alam di Malaysia dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia mempunyai nisbah kenderaan mesra alam per kapita yang tertinggi di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun.
Kerangka dasar automotif negara yang baru ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban hutang rakyat.                      
ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.


5 comments:

  1. tukar kerajaan dapat kereta murah

    ReplyDelete
  2. x yah tukar kerajaan pun x per.. for sure nanti Najib and the geng akan copy apa saja idea PR...pastu masuk TV3 bagitau idea dia..then puak2 pencacai ni akan ckp Najib bagus... Jinggo pun tumpang puji sekaki..at last Anwar n PR juga jahat.. apa pun x dak... semua org tau,,Najib pakar bagi duit je dari dulu..otak kosong.. good idea mostly from PR.. steadylah Anwar and Rafizi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh... UMNO dah berpengalaman mentadbir lebih 50 tahun... tak kan lah dengan otak kosong saja... kecuali lah otak kamu yang kosong tak boleh menilai... nak mencacai berpada pada lah...

      Delete
    2. Anon 15:34 - macam Ninggo cakap, Malaysia dah merdeka berapa lama? Macam macam pembangunan telah kita perolehi. Siapa punya kerja kalau bukan kepimpinan UMNO / BN. Bersyukur lah. Otak si Rafizi tu bila masa yang timbul? masa bila UMNO / BN ciplak idea si baghal kaki fitnah tu?

      Delete
  3. PKR baru 4 tahun jadi kerajaan diselangor dah tunggang langgang tu belum 1malaysia. Janji janji kosong je banyak

    ReplyDelete