Sunday 18 November 2012

Doa KO - Ulasan Dr Hasan Ali mengenai implikasi nya







ULASAN YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV

Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

1.     Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini.

2.     Bahasa yang digunakan. Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan “hukumlah UMNO”, “KO BN”, “BN KO” dan seterusnya.

3.     Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu.

4.     Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja.

5.     Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.

Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS? Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan.

Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. Sokongan penyokong UMNO itu  menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.

Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini..

Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.
  

Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

9 comments:

  1. kenapa mahlok parti pas tak komen,dah insafke.

    ReplyDelete
  2. sedih.. tak tau nak panggil ulama ke atau ularmak... memalukan islam

    nabi berusaha menyatukan umat islam tapi....

    ularmak akhir zaman yg berada dimalaysia berusaha memecah belahkan umat islam...

    kerana putrajaya/duniawi... Pas semakin sesat...

    ReplyDelete
  3. ularmak duniawi....

    ReplyDelete
  4. walaupun hati aku sakit tengok perangai puak nik aziz ni, tapi aku tetap berdoa memohon agar Allah berikan mereka hidayah. Semoga suatu hari nanti seluruh umat Islam di Malaysia bersatu, agama Islam terpelihara dan dijunjung tinggi....Aminnn.......

    ReplyDelete
  5. saya melihat isu ini dalam aspek lagi besar, perjuangan dan matlamat pas adalah pada dasarnya untuk menakluk putrajaya. tetapi jika kita bertanyakan soalan, Apa perjuangan mereka sebenarnya? sudah pasti mereka akan menyatakan untuk melaksanakan dan memperjuangkan prinsip murni islam. kita lihat dari segi keikhlasan mereka disini. Keliru timbul, jika kita ikhlas memperjuangan islam tidak perlu menyebut menakluk putrajaya tetapi cukup hanya menyatakan hasrat untuk memperjuangkan prinsip islam sudah memadai.Knapa Perjuangan PAS begitu taksub menakluk putrajaya? sedang kan perjuangan islam dalam konsep dakwah boleh dilakukan bila-bila masa dan tempat.

    Lihat apa telah terjadi dengan doa yang dilakukan oleh PAS. Anda sendiri boleh menilainya???

    ReplyDelete
  6. Saya sangat hormat pada Dato Ustaz Haron Din. Kenapa Ustaz pun diam tak perbetulkan keadaan. Saya bimbang Orang Melayu akan terus berpecah yang akan rugi adalah kita semua.Harap Ustaz dapat perbetulkan keadaan ini sebelum iaya menjadi lebih parah lagi.

    ReplyDelete
  7. TUKANG BACA DOA BENGONG SOKMO...TUKANG AMIN BANGANG NAK MAMPOS...

    ReplyDelete
  8. Hanya orang Islam yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka sahaja dapat merasa berapa berat,terpingir dan tertekannya agama Islam di malaysia ini. Bagi mereka yang mengaku islam tapi tidak menjalankan kewajibpan sebagai muslim melihat Islam di Malaysia baik sedangkan perkara sebaliknya berlaku. Pemimpin kerajaan yang beragama Islam juga tidak menjalankan kewajipan dalam pentakdbiran mengikut lunas-lunas Islam. Jadi dimanakah Islam itu? Lihat pada diri kita dahulu, tanya diri kita dahulu Islam kah kita?, adakah memadai dengan hanya menggunakan nama Islam sudah diangap Islam yang baik?

    ReplyDelete