Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor
Event : Sidang media Himpunan Kebangkitan Rakyat 12/1/2013
Date : 7/1/2013 @ 11.00 am
1.
2.
3.
Kenyataan Media | 7 Januari 2013
Mobilasi Rakyat Untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 di Kuala Lumpur.
Pakatan Rakyat Negeri Selangor komited terhadap usaha untuk menggembleng solidariti rakyat bagi menyatakan pendirian berkenaan isu - isu yang berkait dengan pentadbiran negara, ekonomi, alam sekitar dan pilihan raya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah wahana bagi rakyat untuk menyatakan pendirian terhadap Kerajaan. Sokongan padu perlu diberikan kepada kesemua NGO yang bergabung demi kepentingan rakyat. Sehubungan dengan itu, Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan melakukan mobilasi rakyat untuk bersama - sama dalam himpunan ini bertunjangkan prinsip demokrasi, kebebasan dan kepentingan rakyat.
Sebagai komitmen untuk menghimpunkan 1 juta rakyat di Kuala Lumpur, Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah melakukan mobilasi sejumlah 300,000 rakyat yang terdiri daripada anggota, penggerak dan penyokong Pakatan Rakyat bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.
Justeru itu, Pakatan Rakyat Negeri Selangor menggesa seluruh rakyat untuk mula bergerak ke Kuala Lumpur seawal 11 Januari 2013 dan menasihatkan agar orang ramai khususnya di sekitar Lembah Kelang untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Kami juga menyeru seluruh rakyat yang hadir pada perhimpunan tersebut supaya menjaga tatasusila dan tidak menghiraukan sebarang provokasi yang dilakukan bagi menjaga keharmonian dalam himpunan ini. Harapan kita semoga Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari 2013 menjadi sebahagian daripada sejarah perubahan politik negara yang kemuncaknya dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Sekian, terima kasih.
YB Amirudin Shari
Setiausaha MPN KEADILAN Selangor
YB Dr. Abd Rani Osman
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
YB Teresa Kok
Pengerusi DAP Negeri Selangor
4.
5.
apa kejadah perkataan mobilasi tu?
ReplyDeletedajal-dajal sudah meniup semboyan untuk melakukan kemusnahan..tak reti nak bersyukur..apa lah nak jadi..
ReplyDeleteTak habis habis puak pakatan ni...buang masa je..buatlah sesuatu yang lebih berfaedah macam gotong royong ke,jualan amal ke,tolong angkut air ke kawasan yang tak ada air ke...bangang!!
ReplyDeletesehingga ke hari ini perkataan yang sering bermain di mulut busuk puak pembangkang ialah kerajaan zalim.sebenaqnya, zalim pasai depa x dapat kuasa.nampaklah hak org lain buat semua tak kena..TAPI bila diberi kuasa dan berada dalam barisan tertinggi kepimpinan negara pada suatu ketika, tak dak la pulak timbul isu tak adil la,ditindas dn sbgnya..SEPATUTNYA masa 'depa' ada kuasa la kena lakukan perubahan atau pun kalau dah x mampu.... LETAK JAWATAN.Ni dak boleh plak jd YES Man..munafik..Jgn diberi muka puak-puak ni..!!!!
ReplyDeleteNamanya pun HIMPUNAN SHAMSIDAR. Orang bodoh dan tengin saja yang tak dapat memahami tujuan perhimpunan itu diadakan. Anwar takut yang amat sangat kalau Shamsidar dipanggil sebagai saksi. Segala rahsianya perhubungan seksnya dengan Shamsidar habis terbongkar. Kenapalah bodoh sangat untuk memahaminya. Ini bukan soal keadilan. Ini soal peribadi Anwar bin Ibrahim semata-mata. Dia takut rahsia perhubungan sulitnya terbongkar dan habislah peluangnya nak jadi PM.
ReplyDeletePenunjuk perasaan telah diperalatkan untuk urusan peribadinya bagi menggagalkan Shamsidar dipanggil sebagai saksi. Itu motif sebenarnya tunjuk perasaan itu. Fikirlarlah dan sedarlah bahawa kamu semua telah diperbodohkan.