Lokasi : Simpang Tiga, Sg Limau, Yan, Kedah
Acara : Program 'Kami Prihatin' anjran Yayasan Felda
Tarikh : 24/10/2013
PRK Sungai Limau: Jangan tolak tuah pembangunan
JERAI 24 Okt. - Penduduk di Sungai Limau tidak seharusnya menolak tuah pembangunan yang mahu dibawa oleh Barisan Nasional (BN) menerusi Kerajaan Pusat dan negeri jika parti berkenaan memenangi kawasan itu pada pilihan raya kecil di kawasan tersebut pada 4 November ini.
Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, pilihan raya kecil itu merupakan masa terbaik untuk mereka memberi peluang kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim menjadi wakil rakyat mereka.
"Cuba kali ini, beri peluang empat dan lima tahun. Tengok bagaimana wakil rakyat BN akan urus pembangunan. Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan bantu dan banyak nikmat dapat. Belum menang pun sudah beri apatah lagi apabila sudah menang,'' katanya berucap pada program Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Simpang Tiga, Sungai Limau di sini hari ini
Pada majlis itu, Mohd. Isa turut mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membaiki 200 buah rumah di Sungai Limau dengan kos pembaikan setiap rumah berjumlah RM5,000.
Yayasan Felda turut menyumbang buku-buku agama, al-Quran digital dan surah Yasin untuk masjid dan sekolah agama selain minyak masak Saji serta sabun mandi.
Menurut Mohd. Isa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Felda yang sudah berjaya supaya menyumbang kepada masyarakat di luar Felda.
''Kita mahu apa yang Felda dapat diberikan kembali kepada seluruh rakyat dan program ini berjalan sepanjang masa,'' katanya. - UTUSAN ONLINE
1/29
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
No comments:
Post a Comment