Sunday, 13 October 2013

Wanita yang diuji harus ambil inspirasi dari Kak Ijat

Lokasi : Dewan  Pusat Rekreasi Kepong, Kepong, Kuala Lumpur

Acara : Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong 2013

Tarikh : 12/10/2013 @ 10.00 am


Kak Ijat mahukan diri beliau dijadikan contoh dan teladan kepada semua wanita dia Malaysia yang berhadapan dengan cabaran getir dalam hidup. Beliau telah melalui segalanya. Diberikan kemewahan hidup dan kedudukan dalam masyarakat dan kemudian terpaksa dengan berat hati melepaskan segalanya disebabkan ujian tohmah dan fitnah yang terpaksa dilalui beliau. Berkat kesabaran dan tekad yang kuat beliau kini bangkit semula dari kejatuhan yang direncanakan oleh musuh. 



7 comments:

  1. TERUK SGT ke bila kena LETAK JAWATAN???.....adakah betul ujian tu sgt GETIR....rasa2nya ujian yg dihadapi AI lg BESARkan?
    Pandangan org POLITIK yg KAYA RAYA yg baru hilang jawatan tp MAKAN, PAKAIAN, KENDERAAN, RUMAH, HARTA masih lg MEWAH takkan sama dgn UJIAN GETIR rakyat marhaen di bwh ni.

    Mungkin UJIAN GETIR yg DS hadapi hanya boleh dijadikan PEDOMAN oleh ORG2 POLITIK spt DS.....kami di bawah ni kena fikir duit tiap2 bulan utk sewa, pinjaman, etc

    lagipun DS takda jawatan, dipalit dgn masalah NFC masih lg ada org pimpin n beri sokongan spt Wanita UMNO n PM sendiri.....kami yg kat bwh ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian getir bagi mereka yang berjawatan, tambahan pula perletakkan jawatan disebabkan perbuatan orang lain. Kalau betul dia yang bersalah sudah tentu telah didakwa sekarang. Terbukti beliau dianiaya. Ya sudah tentu ujian Anwar Ibrahim pun hebat dan getir, tetapi semua nya adalah kerana perbuatan beliau sendiri. dibuang dari kerajaan kerana salah guna kuasa dalam kes liwat yang pertama.

      Aku anggap Shahrizat hanya membuat tawaran kepada wanita yang menghadapi dugaan dan cabaran hidup supaya jangan 'give up' dalam hidup sepert. i mana beliau talha lakukan. Beliau hanya lah contoh. Kepada yang marhaen gunakan lah contoh lain kalau kamu rasa contoh Shahrizat tidak sesuai dengan keadaan kamu. Apa ada hal ? Seseorang pemimpin akan menjadi inspirasi kepada pengikut nya. Kepada yang bukan pengikut boleh lah cari laluan dan contoh lain.

      Delete
  2. Sedih apabila ada blogger UMNO yg masih mahu menjadi pengampu dan takut berkata benar. Semasa azalina said menyatakan hasratnya mencabar sharizat, saya dan kawan-kawan ada membuat survey dgn lebih 50 ketua bahagian UMNO mendapatkan pandangan mereka antara sharizat dgn azalina. Lebih 50 ketua bahagian itu juga menyatakan supaya JANGAN memilih sharizat kerana ia akan memberi beban kepada UMNO dan Wanita UMNO menghadapi PRU14.

    Kita melihat sendiri bagaimana sharizat telah mengadakan roadshow nya bersama-sama calon-calon Exco yg di endoresed oleh sharizat jauh sebelum peraturan itu di perkenalkan melalui roadshow yg di atur oleh perhubungan negeri. Sharizat menyalahgunakan kuasa tetapi seribu perbuatan sharizat pun tidak ada tindakan oleh JK pemilihan dan JK disiplin UMNO. Bila sharizat bertanding, dia akan pastikan exco dan calon calon exconya mengikut roadshow beliau. Sharizat juga melantik ketua wanita umno negeri-negeri. Melalui kesemua ini ie exco dan ketua wanita negeri, sharizat boleh memastikan bahawa sharizat & Co. terus berkuasa. Kebanyakan ketua wanita cawangan tidak tahu nak pilih siapa sebab mereka tak kenal pun calon-calon. Maka mereka bergantung kepada chai atau senarai nama dari Bahagian. Dan Bahagian pula kena ikut senarai dari Ketua Wanita Negeri. Sharizat boleh tahu Bahagian mana yang menyokong beliau dan chai beliau dan sebaliknya. Ada ketua wanita bahagian yang terpaksa ikut dan ada juga yang main ikut saja demi survival diri sendiri. Selagi kepimpinan di peringkat wanita cawangan dan wanita bahagian tidak berubah dan transform dan masih dipimpin oleh wanita berusia melebihi 65 tahun yang liat melepaskan jawatan .... maka Wanita UMNO di bawah sharizat pulak tu akan menjadi beban dan kesusahan kepada UMNO. Masa dan landskap politik telah berubah tetapi wanita umno masih statik dan takut berubah kerana kepimpinan wanita yg masih mahu terus berkuasa.

    Harap blogger di atas ini jalankan survey utk mengetahui berapa banyak ketua wanita bahagian dan cawangan umno yg telah menjawat jawatan yg sama beberapa penggal walaupun telah berusia dan tak larat bergerak cergas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perwakilan semua buta bodoh dan bangang ke? Deangan kemudahan telekomunikasi sekarang ini apa yang mereka tidak tahu. Ibu aku yang berusia 89 tahun pun boleh tahu lebih daripaka aku dalam hala hala wanita umno walaupun dia bukan ahli. Hamidah Osman orang kuat Shahrizat yang masih kuat bekerja pun ruyup. Apa yang kamu cakap nih? Siap buat survey lagik. Kamu ni memang berdendam dengan Shahrizat dan geram dengan 'lembu' kamu yang failed tu ke. Aduhai balik muhasabah diri la dan be Professional in your profession.

      Delete
    2. Hmmm tugasan saya setakat merakam bukan sampai pergi keliling satu Malaysia buat survey. Kalau nak tanya yang buruk lebih dari 50 ketua bahagian pun akan bercerita buruk.tentang Shahrizat. Tapi hakikat nya wanita akar umbi yakin dengan kepimpinan beliau dan sudah pun membuat pilihan... bukan dengan jumlah yang kecil tapi dengan majoriti yang besar. Calun yang nak melawan dia "sudah hilang pertaruhan".. Jadi terimalah hakikat dan move forward. Kemenangan Shahrizat telah mencatit satu sejarah dalam sejarah Wanita UMNO. Beliau lah Ketua Wanita pertama yang terselamat dari cubaan menjatuhkan beliau dari kerusi Ketua Wanita dalam proses pemilihan...Berbaloi ke korang berkempen membusukkan Shahrizat ?? LOL

      Delete
  3. Sepatutnya apabila pencalonan calon-calon yg bertanding telah di buat, maka semua pemegang jawatan dalam parti mestilah "digantung" jawatan mereka dalam parti dan yg ada hanya "caretaker". Mereka tidak boleh bergerak kemana-mana atau membuat program menggunakan jawatan dalam parti. Semua urursan parti di uruskan oleh pemantau atau sebuah Jawatankuasa Pentadbir Sementara. Malangnya kita melihat betapa ramai pemegang jawatan terutama para menteri dan timbalan menteri yang mengatur program sambil berkempen hatta sanggup meninggalkan parlimen yang hanya di penuhi oleh BNBBC saja. Pemimpin UMNO masih tak berubah bila kena bab merebut jawatan ..... tak ada yang jantan!!!!!

    ReplyDelete
  4. apapun dia telah dipilih ...xkira le guna senarai yg diberi atau tidak...sbb akhir ms yang ditentukan oleh sipemengang list gak samada perlu jadi lembu di cucuk atau sebaliknya...menang tetap menang...walau x suka tp kena terima gak..

    ReplyDelete