Showing posts with label kkmm. Show all posts
Showing posts with label kkmm. Show all posts

Monday, 8 December 2014

Sekitar upacara pengkebumian Dato' Fuad Hassan

Lokasi : Kediaman Dato' Fuad Hassan & Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai

Acara : Pengkebumian Allahyarham Dato' Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA

Tarikh : 8/12/2014


Saya tertarik dengan Tribut yang ditulis oleh Sdr Zulldaud yang telah di muat naik Sdr Roslan Kassim  ke dalam salah satu group Whatsapp.. Saya tidak mengenali penulis ini tetapi saya yakin dia saling mengenali Allahyarham Dato' Fuad Hassan

TRIBUT BUAT FUAD HASAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran  dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela  pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta  upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat  bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti  di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya  umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang  politik terus berkhidmat
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

Zulldaud
Kajang
8 Disember 2014




1 ~ 5  Sumbangan Sdr Hiekal, AgendaDaily
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 16 August 2014

#Pray4Malaysia & Malam Cinta Rasul berjaya rapatkan umat Islam

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Malam Cinta Rasul & #Pray4Malaysia sempena sambutan Kemerdekaan ke-57 dan

Sambutan 40 Tahun penubuhan Majlis Agama Islan Wilayah Persekutuan

Tarikh : 15/8/2014



Lebih 50,000 orang membanjiri Dataran Merdeka untuk bersama sama bersolat, berselawat dan berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan Malaysia yang  telah melalui beberapa ujian getir sejak kebelakangan ini. Antara nya peristiwa Lahad Datu, tragedi MH370 dan MH17. Mungkin Kemelut isu MB Selangor pun boleh dipertimbangkan sebagai salah satu musibah yang sedang melanda Malaysia maskini. Yang ketara majlis sebegini menarik minat golongan muda merentasi pelbagai latarbelakang.


1
 2
 4
 5
 6
 7
 8
 10


Tuesday, 17 June 2014

Kem Kesihatan diminta jangan campuri bidang kuasa JAKIM

Lokasi : Gloria Jeans, off Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ikatan Aktivis Siber Malaysia

Tarikh : 15/6/2014


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta jangan mencampuri bidang kuasa JAKIM dalam urusan pensijilan Halal kerana persepsi berikut :-

1. KKM dilihat mempunyai agenda untuk memperkecilkan integriti JAKIM

2. KKM dilihat mempunyai agenda untuk membunuh perniagaan Cadbury.




Thursday, 29 August 2013

Harmony & Unity Concert

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Harmony & Unity Concert

Tarikh : 25/8/2013 @ 9.00 pm



1/41
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9 
 10 Amy Search

Wednesday, 28 August 2013

Salah lapor Malaysiakini ditegur Menteri KKMM

Lokasi : Bilek mesyuarat tkt 34, Kementerian Komunikasi & MultiMedia


Tarikh : 27/8/2013  @ 4.30 pm


Menteri KKMM menegur salah lapor oleh Malaysiakini mengenai undang-undang yang dikatakan akan diperkenalkan oleh Kementerian beliau untuk 'memaksa' operator panggung wayang untuk memainkan lagu Negara Ku..

1  Shabery Cheek - Menteri Komunikasi & MultiMedia
 2  Pasangan Malaysiakini

Kakitangan kerajaan pandang sepi Jalur Gemilang

Lokasi : Bilek mesyuarat tkt 34, Kementerian Komunikasi & MultiMedia

Acara : Sidang media Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 dan Hari Malaysia ke 50

Tarikh : 27/8/2013  @ 4.30 pm


Sikap kakitangan kerajaan terhadap pengibaran Jalur Gemilang amat-amat mengecewakan Shabery Cheek...


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11


Saturday, 24 August 2013

Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi

Lokasi : Dataran Gemilang, P4 Putrajaya

Acara : Rumah Terbuka Aidil Fitri Kementerian Komunikasi & MultiMedia

Tarikh : 22/8/2013 @ 1.00 pm


Lebih 15,000 orang tetamu menghadiri majlis terbuka ini. 

1/29
 2
 3  Cawan amat penting untuk membuktikan anda seorang 'VIP' . Tanpa cawan sendiri anda tidak akan dapat ambil minuman walaupun sudah beratur panjang... aiseh penganjur sudah bagi peraturan cam tu ke? Jadi saya terpaksa bawa cawan ini kemana saja selagi masih berada dalam majlis....it pun kalau masih nak minum laa..
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10