Monday 8 December 2014

Sekitar upacara pengkebumian Dato' Fuad Hassan

Lokasi : Kediaman Dato' Fuad Hassan & Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai

Acara : Pengkebumian Allahyarham Dato' Fuad Hassan, Ketua Pengarah JASA

Tarikh : 8/12/2014


Saya tertarik dengan Tribut yang ditulis oleh Sdr Zulldaud yang telah di muat naik Sdr Roslan Kassim  ke dalam salah satu group Whatsapp.. Saya tidak mengenali penulis ini tetapi saya yakin dia saling mengenali Allahyarham Dato' Fuad Hassan

TRIBUT BUAT FUAD HASAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran  dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela  pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta  upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat  bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti  di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya  umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang  politik terus berkhidmat
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

Zulldaud
Kajang
8 Disember 2014




1 ~ 5  Sumbangan Sdr Hiekal, AgendaDaily
 2
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
32
 33
 34
 35
 36
 37
38
39
40
 
41 
42
 43
 44
 45
 46
 47
 48
 49
 50
 51
 52
 53
 54
 55
56
 57
 58
 59
 60
 61
 62
 63 
 64
65
66
 67
 68
 69
 70
 71
72
 73
 74
 75
 76
 77
 78
 79
 80
 81
 82
 83
 84
 85
 86
 87

1 comment:

  1. BER ISTRI BARU MENJELANG 2015
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    Contact. No. Telefon Siam +66620530675
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan +++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai Traditional Massage InsyaAllah...

    ReplyDelete