Showing posts with label komunikasi. Show all posts
Showing posts with label komunikasi. Show all posts

Friday, 20 November 2015

Wanita UMNO memulakan program bahasa Mandarin untuk dekati pengundi

Lokasi : Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MATIC, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pelancaran Program Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN)

Tarikh : 18/11/2015


Wanita UMNO mengambil inisiatif memperkayakan ahli Wanita dengan penguasaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Inggeris. Tujuan besar nya ialah untuk mendekati para pengundi bukan Melayu. Buat permulaan program Bahasa Mandarin telah dimulakan pada peringkat Sekretariat Wanita UMNO dengan pensijilan 44 daripada 50 kakitangan yang mengambil bahagian. Wanita UMNO juga turut melancarkan PROGRAM KOMUNIKASI WANITA NASIONAL (KAWAN) yang menjadi induk kepada program penguasaan bahasa asing ini.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


Thursday, 2 April 2015

Warga Kota Kuala Lumpur bakal nikmati WiFi premium percuma

Lokasi : Dewan serbaguna, Pusat Kommuniti, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Menandatangani MOC Bagi Merealisasikan Projek Metro WiFi 

Tarikh : 30/3/2015


Petikan kenyataan media Telekom Malaysia

"TM penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia hari ini mendatangani 
satu memorandum kerjasama (MOC) dengan Wilayah Persekutuan Infrastructure Sdn Bhd (WPI), yang disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dalam perancangan infrastructur dan rangkaian bagi Wilayah Persekutuan.

MOC tersebut akan menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama bagi perlaksanaan perkhidmatan WiFi percuma dan premium di Wilayah Persekutuan untuk menafaat orang ramai.

Bagi fasa pertama, Metro WiFi akan menyediakan akses WiFi percuma dan premium kepada Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkhidmatan tersebut akan diperluaskan bagi meliputi kawasan-kawasan komersial terpilih, dataran-dataran awam dana kawasan-kawasan tumpuan pelancong. Diharapkan Metro WiFi akan meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam kalangan rakyat Malaysia yang membolehkan mereka menafaatkan sepenuhnya aplikasi-aplikasi internet dan menikmati gaya hidup digital. Inisiatif ini juga selearas dengan visi WPI untuk melonjakkan Wilayah Persekutuan menjadi sebuah 'Bandar Bertaraf Dunia' ."


 1
 2
  3
 4
 5
  6
 7