Venue : Masjid Negara, Kuala Lumpur
Event : Persidangan penubuhan Sekretariat bagi menangani isu kalimah Allah
Date : 30/1/2013 @ 10.00 am
Perjumpaan hari ini telah pun diumumkan oleh penggerak utamanya iaitu Ust Ismail Mina, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) semasa sidang media dikediaman Dr Hasan Ali pada 22/1/2013 yang lalu.
Hari ini hadirin telah diperkenalkan kepada ahli jawatankuasa (pro-tem) Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Ahmad Fairuz Abdul Halim, Bekas Ketua Hakim Persekutuan Malaysia.
Keanggotaan Sekretariat ini tidak statik dan sedia menerima siapa saja dari masa kesemasa, yang berkeupayaan untuk menyumbang kepada kegiatan utama penubuhan nya.
Draf Memorandum yang akan diperhalusi dan perkemaskan oleh
Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan sebelum
dipersembahkan kepada Raja-raja Melayu. (Sekretariat mensasarkan tempoh tiga minggu untuk menyiapkan Memorandum tersebut sebelum Majlis Raja-raja bersidang pada penghujung bulan Febuari 2013)
MEMORANDUM DARIPADA SEKRETARIAT MENDAULATKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU PENYALAHGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' UNTUK PENELITIAN DAN TITAH DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA RAJA MELAYU.
Dengan penuh takzimnya, Sekretariat Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Persekutuan (Sekretariat), merafak sembah dan menjunjung kasih, memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk meneliti dan seterusnya mengamoun perkenan titah ke atas Memorandum berhubung perkembangan terkini berkaitan isu penyalahgunaan nama suci 'Allah'.
Memorandum ini telah dizahirkan dari kegusaran dan kekhuatiran umat Islam yang terbit dari perkembangan mutakhir, dimana kesucian nama 'Allah', sebagaimana terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri, Fatwa-fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan serta kuasa-kuasa mutlak Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam, boleh tercemar.
Memorandum ini adalah ikhtiar terdesak Sekretariat yang mewakili pelbagai lapisan umat Islam, khususnya Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan, tokoh-tokoh pemimpin umat Islam, gagasan individu Melayu dan Muslim terkemuka, pemikir-pemikir arus perdana serta Badan-badan yang berkongsi keperihatinan yang sama
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2
3
4
5
6
7
9 Dato' Aidit bin Ghazali, Ketua Turus JATI
10