Showing posts with label wartawan. Show all posts
Showing posts with label wartawan. Show all posts

Monday, 12 January 2015

Isu HARAKAH - Mustafa Ali 'disumpah' PAS Batu

Lokasi : Markas Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PAS Kawasan Batu mengutuk pemecatan wartawan Harakah

Tarikh : 8/1/2015


Video 1 mengandungi :

Kenyataan media penuh oleh YDP PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin .

Ringkasan

1. menyatakan rasa tidak puas hati PAS Batu dengan keputusan pemecatan  3 wartawan Harakah - Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Tarmizi Mohd Jam (Pengarang) dan Roslan Hamid (Pengarang)

2. menganggap tindakan pemecatan tersebut sebagai perbuatan biadap dan zalim

3. tidak beretika bagi pengurusan PAS untuk mendesak Ahmad Lutfi letak jawatan atas alasan "Medical Board"

4. Pengurusan PAS yg sering melaungkan mereka pemimpin jemaah Islam telah merosakkan Islam dengan perbuatan yang mengaibkan ini. Mereka yang terlibat harus disingkirkan dari jawatan

5. adakah 3 wartawan tersebut menjadi mangsa kepada kemelut dalaman PAS ?

6. pemimpin PAS yang zalim akan mengakhiri kehidupan mereka dalam penuh keaiban 

7. setiap aksi pasti akan ada reaksi




Video 2 mengandungi 

1.  Pengesahan PAS Batu bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan dari pengurusan PAS kerana 'meletupkan' isu Harakah

2. PAS Batu menentang kezaliman dalam pengurusan Harakah

3. Keputusan memecat Ketua Pengarang telah dibuat lama tetapi Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat tidak sampai hati menyampaikan keputusan tersebut kepada Ahmad Lutfi.

4. Mustafa Ali lah yang telah memutuskan pemecatan 3 wartawan yang terbabit.

5. "Sumpahan" PAS Batu kepada Mustafa Ali... pemimpin yang zalim akan mengakhiri kehidupan mereka dalam keaiban.


1
 2
 3
 4
 5


Tuesday, 23 September 2014

PRK N.01 - Kejadian pukul wartawan tak patut berlaku

Lokasi : Kg Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan

Acara : Santai wakil media bersama Menteri KDN

Tarikh : 22/9/2014


Ini jawapan Zahid Hamidi berhubung kejadian pada 21/9/2014 dimana stringer NST, Lutin Ahmad, 39, yang diserang oleh lelaki yang  mengiringi lima pegawai kastam yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan rasuah 


1
 2