Showing posts with label mustafa ali. Show all posts
Showing posts with label mustafa ali. Show all posts

Wednesday, 14 October 2015

PERKASA bakal memainkan peranan penting sebagai broker perpaduan Ummah

Lokasi : Ibupejabat PAS, Kuala Lumpur

Acara : Kunjungan hormat PERKASA ke Ibupejabat PAS

Tarikh : 13/10/2015


Dalam kunjungan hormat ini rombongan PERKASA telah berkesempatan mengadakan pertemuan dengan DS Hadi Awang, Presiden PAS,  Takiyuddin Hassan SUA PAS dan Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya Pusat PAS.

Menurut Ibrahim Ali pertemuan mereka tidak membincangkan sebarang kerjasama politik tetapi lebih kepada isu-isu semasa. Di penghujung pertemuan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeluarkan kenyataan bersama yang menyentuh tiga perkara berikut :-

1. isu 1MDB 
2. isu penggunaan SOSMA
3. isu TPPA

Ikuti kenyataan Ibrahim Ali dan Irwan Fahmi, Ketua Wira PERKASA dalam rakaman berikut.


PS - Jelas ada ruang untuk Ibrahim Ali dan PERKASA memainkan peranan menjadi penghubung antara PAS dan UMNO dalam menyatukan umat Melayu / Islam dinegara ini. Sebagai ganjaran Ibrahim Ali boleh lah dipertimbangkan bertanding semula di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dalam PRU14 akan datang. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas dibawah tiket PAS dua penggal yang lalu. Kita bakal akan menyaksikan kembali nya Ibrahim Ali ke Parlimen sekiranya tiada kejadian 'cah keting' dalam usaha yang nampak 'workable' dalam keadaan dan kedudukan PAS masa ini. InsyaAllah. 


 2
 3
 4
 5
 6
 7


Tuesday, 14 April 2015

PAS akan bantu PKR di Permatang Pauh

Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat bulan jawatankuasa pengurusan PAS Pusat

Tarikh : 13/4/2015


Boleh juga rujuk kepada komen-komen awal di
My FB Quick Entry


Keputusan yang diambil dalam mesyuarat hari ini ialah:

1. PAS akan bertanding dalam PRK Rompin dan Pengurus Pilihanraya islah Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Man Tuan Ibrahim. PAS akan bantu calon PKR dalam DUN Muazzam, salah satu dari tiga DUN dalam Parlimen Rompin (DUN Tioman dan Bukit Ibam ditandingi calon PAS)

2. PAS juga akan turun membantu calon PKR di PRK P.044 Permatang Pauh yang akan di urus oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mat Sabu

3. PAS juga akan turut mengambil bahagian dalam himpunan mega Anti GST  pada 1/5/2015 kelak



1
 2
 3
 4
 5
 6


Wednesday, 1 April 2015

Jawatankuasa Tadbir akan urus AGM Pemilihan PAS Batu

Lokasi : Pusat medi, Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Tarikh : 30/3/2015



Cerita mengenai 'pemberontakan' PAS Kawasan Batu telah dilaporkan dibawah tajuk 17 AJK PAS Batu bermufarakah dengan kepimpinan Hadi Awang

Pentadbiran PAS Pusat telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Tadbir yang akan dikelolakan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS untuk membantu PAS Kawasan Batu mengadakan Mesyuarat Tahunan memandangkan tahun ini adalah tahun pemilihan PAS. Mustafa Ali juga mengumumkan bahawa salah seorang daripada 17 AJK PAS Pusat yang dikatakan bermufarakah tempoh hari sebenarnya tidak berbuat demikian, menjadikan 9 jumlah AJK asal yang masih setia dengan PAS Batu.  


1
2

Monday, 9 February 2015

Face-off tak Jadi ? Siapa kecut telor ?

Lokasi : Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL

Acara : Sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 8/2/2015


Ingat lagi tak akan cabaran Mustafa Ali kepada Guan Eng untuk adakan debat atau FACE-OFF pada sidang media pada 28/1/2015 yang lalu ? Kalau tak ingat boleh rujuk kepada rakaman video di SINI

Tapi hari ini cerita berpusing terbalik 360 darjah. Siapa yang chickened-out ? Apa sudah jadi ? Cabaran dibuat berkobar kobar sampai suruh media semua war-warkan kepada dunia... Ada orang kata ini semua lakonan belaka... benar kah ianya satu lakonan ? 


1
 2
 3


Friday, 30 January 2015

Sekiranya Anwar dipenjarakan Pakatan Rakyat akan lebih kukuh - Stopa Ali

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan 



Tarikh : 28/1/2015


Ini jawapan spontan Mustafa Ali bila diajukan soalan samada Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya Anwar dipenjarakan

 



Thursday, 29 January 2015

Stopa Ali dedah cerita dalam selimut, cabar Guan Eng 'face-off' (Full unedited)

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan 

Tarikh : 28/1/2015


Mustafa Ali tersinggung dan berasa hati setelah di katakan 'dishonest' oleh Lim Guan Eng dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Ikuti pendedahan sepenuh nya oleh Mustafa berkaitan perbincangan beliau dengan Lim Guan Eng mengenai isu berbangkit dan juga urutan sejarah perjanjian bersama PKR, PAS dan DAP dalam mencapai Common Framework. Mustafa Ali juga mencabar Guan Eng untuk 'face-off' bagi membuktikan siapa sebenarnya yang berbohong dan bermulut celupar.





1
 2
 3


Monday, 12 January 2015

Isu HARAKAH - Mustafa Ali 'disumpah' PAS Batu

Lokasi : Markas Tarbiyah, Kg Banda Dalam, Gombak, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media PAS Kawasan Batu mengutuk pemecatan wartawan Harakah

Tarikh : 8/1/2015


Video 1 mengandungi :

Kenyataan media penuh oleh YDP PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin .

Ringkasan

1. menyatakan rasa tidak puas hati PAS Batu dengan keputusan pemecatan  3 wartawan Harakah - Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah), Tarmizi Mohd Jam (Pengarang) dan Roslan Hamid (Pengarang)

2. menganggap tindakan pemecatan tersebut sebagai perbuatan biadap dan zalim

3. tidak beretika bagi pengurusan PAS untuk mendesak Ahmad Lutfi letak jawatan atas alasan "Medical Board"

4. Pengurusan PAS yg sering melaungkan mereka pemimpin jemaah Islam telah merosakkan Islam dengan perbuatan yang mengaibkan ini. Mereka yang terlibat harus disingkirkan dari jawatan

5. adakah 3 wartawan tersebut menjadi mangsa kepada kemelut dalaman PAS ?

6. pemimpin PAS yang zalim akan mengakhiri kehidupan mereka dalam penuh keaiban 

7. setiap aksi pasti akan ada reaksi




Video 2 mengandungi 

1.  Pengesahan PAS Batu bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan dari pengurusan PAS kerana 'meletupkan' isu Harakah

2. PAS Batu menentang kezaliman dalam pengurusan Harakah

3. Keputusan memecat Ketua Pengarang telah dibuat lama tetapi Salahuddin Ayub dan Suhaizan Kayat tidak sampai hati menyampaikan keputusan tersebut kepada Ahmad Lutfi.

4. Mustafa Ali lah yang telah memutuskan pemecatan 3 wartawan yang terbabit.

5. "Sumpahan" PAS Batu kepada Mustafa Ali... pemimpin yang zalim akan mengakhiri kehidupan mereka dalam keaiban.


1
 2
 3
 4
 5


Tuesday, 2 December 2014

Perasmian Sambutan Ulangtahun PAS ke-63 Peringkat Negeri Perak

Lokasi : Kompleks PAS, Kuala Kangsar, Perak

Acara : Perasmian sambutan ulangtahun PAS ke-63, peringkat negeri Perak

Tarikh : 30/11/2014






1
 2
 3
 4  Pelancaran Program Derma Darah Unit Amal
 5
6 ~ 18 Lawatan ke Galleri PAS Perak... Rumah yang diwakafkan oleh ahli PAS untuk kegunaan PAS Perak
 7
 8
 9
 10

Monday, 25 August 2014

PAS ikut saja titah Sultan Selangor mengenai perlantikan MB

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Tarikh : 25/8/2014



Jawatankuasa Kerja Pusat PS hari ini bermesyuarat dan hanya membuat kenyataan media seperti berikut:

-".... bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor."

Isu 13 ADUN PAS yang tdak menandatangani Akuan Berkanun menyokong Wan Azizah telah disebut didalam mesyuarat tetapi telah menjadi 'redundant' memandangkan pendekatan yang telah diambil untuk menyerahkan isu MB bulat-bulat kepada Tuanku Sultan.

Mengenai PRK Pengkalan Kubur, perbincangan antara komponen Pakatan Rakyat perlu diadakan dan bukan kata putus PKR semata-mata.  


1
 2
 3
 4
 5
 6

Tuesday, 4 June 2013

Pakatan Rakyat akan sertai himpunan 15 June

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 3/6/2013 @ 1.30 pm






1/14
 2
 3  Lim Kit Siang, Penasihat DAP
 4
 5
 6
7  Anwar Ibrahim, Ketua Umum   Rakyat dan Penasihat PKR
 8
 9  Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS
 10
 11  Dr Chen Man Hin, Pengasas dan Penasihat DAP
 12
 13
 14