Showing posts with label wawi. Show all posts
Showing posts with label wawi. Show all posts

Monday, 24 March 2014

N25 Kajang - Sekitar pengumuman keputusan PRK

Lokasi : Kompleks Sukan MPK, Bangi, Selangor

Acara : Pengumuman keputusan PRK N25 Kajang

Tarikh : 23/3/2014




KAJANG, 23 Mac (Bernama) -- PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini, namun dengan majoriti undi berkurangan.

Calonnya yang juga presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang dengan majoriti 5,379 undi, hasil 16,741 undi yang diperoleh berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mendapat 11,362 undi.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Lee Chin Cheh daripada PKR menang kerusi DUN itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini.

Katanya daripada 28,314 pemilih berdaftar yang keluar mengundi, 176 kertas undi diisytiharkan rosak.

Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 2,830 atau 14.4 peratus daripada jumlah undi yang diraih Lee pada PRU13 iaitu sebanyak 19,571 undi.

Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 5,976 atau 17.4 peratus daripada 34,290 pada PRU13.

Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Lee meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, bagi memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Namun, Anwar terpaksa digantikan oleh Dr Wan Azizah selepas tidak layak bertanding susulan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

-- BERNAMA


Terselamat lah wang pertaruhan calun BN apabila Kak Wan gagal mengotakan janji Kit Siang dan Anwar 

1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
9
 10

Wednesday, 19 March 2014

N25 Kajang - MH370 jadi bahan raih undi

Lokasi : Padang awam, Kg Sungai Sekamat, Kajang

Acara : Ceramah

Tarikh : 18/3/2014



Tiga minggu mengikuti kempen calon yang tak jadi dan calon yang mengganti, ternyata dua pendekatan kempen yang berbeza. Sekurang kurang nya calon yang tidak jadi ada juga menjanjikan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor untuk kebaikan rakyat Selangor

Tetapi calon mengganti cuma merayu simpati dari pengundi Kajang dengan mengulang cerita malang yang menimpa suami dan keluarga, tak ada beza dari dulu sehingga kini. Keadilan, keadilan, keadilan... untuk suami nya semata mata dan tidak ada satu jalan cerita keadilan untuk rakyat Kajang khususnya dan Selangor amnya. Sangat berbeza pula dengan mesej kempen calon  BN.



1
 2
 3
 4  Takat tu saja
 5
 6

Tuesday, 18 March 2014

N25 Kajang - Kak Wan ber-xpresi

Lokasi : Gelanggang bola keranjang depan pejabat DAP, Sg Chua, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah

Taruikh : 16/3/2014


1
 2
 3
 4  Merchandise DAP
 5 
 6
 7
 
8
9 Berceramah dan berdeklamasi sajak
 10
 11
 12
 13
 14
 15
16 
 17
 18  Kak Wan pulaih telinga sapa tuh ?


N25 Kajang - Otromen sudah mendarat di Kajang

Lokasi : Pasar Malam Sg Chua, Kajang, Selangor

Acara : Walkabout Kak Wan

Tarikh : 16/3/2014


Calon BN tiada harapan melawan 'Otromen'

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
  9
 10

Monday, 17 March 2014

N25 Kajang - X-UMNO digunakan sepenuhnya

Lokasi : Sg Jelok, Kajang, Selangor

Acara : Ceramah Karnival Usahawan SelangorKu

Tarikh : 15/3/2014


Penceramah termasuklah Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng, Shariff Omar, Tamrin Ghaffar dan Lajim Ukin
selain daripada Wan Azizah.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7  Meleleh lelah Guan Eng dipuji dan dijadikan contoh seorang yang bersifat mulia
berjuang tanpa mengira warna kulit dan agama sehingga sanggup dipenjarakan
 8
 9
 10
 11
 12