Lokasi : Kompleks Sukan MPK, Bangi, Selangor
Acara : Pengumuman keputusan PRK N25 Kajang
Tarikh : 23/3/2014
KAJANG, 23 Mac (Bernama) -- PKR mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini, namun dengan majoriti undi berkurangan.
Calonnya yang juga presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 62, menang dengan majoriti 5,379 undi, hasil 16,741 undi yang diperoleh berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun, 50, yang mendapat 11,362 undi.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Lee Chin Cheh daripada PKR menang kerusi DUN itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman di pusat penjumlahan undi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini.
Katanya daripada 28,314 pemilih berdaftar yang keluar mengundi, 176 kertas undi diisytiharkan rosak.
Undi yang diperoleh Dr Wan Azizah berkurangan 2,830 atau 14.4 peratus daripada jumlah undi yang diraih Lee pada PRU13 iaitu sebanyak 19,571 undi.
Jumlah pemilih berdaftar yang keluar mengundi hari ini juga berkurangan 5,976 atau 17.4 peratus daripada 34,290 pada PRU13.
Pilihan raya kecil ini diadakan selepas Lee meletakkan jawatan secara mengejut pada 27 Jan lepas, bagi memberi peluang kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Namun, Anwar terpaksa digantikan oleh Dr Wan Azizah selepas tidak layak bertanding susulan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.
-- BERNAMA
Terselamat lah wang pertaruhan calun BN apabila Kak Wan gagal mengotakan janji Kit Siang dan Anwar
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26 Speaker DUN Selangor, Hanna Yeoh menerangkan mengenai proses angkat sumpah
Kak Wan selepas ini.
27
hai ..malangnya orang2 kajang kena diperbodohkan lagi oleh pakatan rakyat..nasib kaulah labu...
ReplyDeletehai... malangnya awang liku dari muda sampai nak mampus diperlembukan oleh umno... nasib kaulah labu
ReplyDeleteLagi malamg nasib ko yang otak penuh dengan lendir si kaki Jubur tu..haaaaark tuih
DeleteKHALID BRAHIM... CILAKAK BETUL LER WAN JIJAH NI MEMNAG LER PULOKK.. NAYA LER AKU PAS NI.. MASIH ADA HARAPAN KE MB LAGI NI TAH LER.. SIAL LU NUAR.. BUAT AKU MCM NI.. KANG AKU LOMPAT KANG
ReplyDeleteSesiapa yang menghina Bhikkhu Buddha dan Dhamma, dia sendiri dihina kerana Bhikkhu Buddha dan Dhamma kekal di tempat yang paling tinggi walaupun penghinaan dinyatakan dalam apa jua bentuk.
ReplyDeleteSebagai penganut agama Buddha, kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi penganut Buddha sehingga akhir hayat. Kerana Dhamma boleh membalikkan hati kita. Ya Dhamma, lindungi hati kami untuk kekal dengan agama Buddha, moga saya sempat bertaubat
YIP KUM FOOK sangat menghina dan marah kepada Sami Buddha kerana dia menganggap Sami Buddha akan mengambilnya sebagai presiden kuil, YIP KUM FOOK ini sangat kotor dan sombong, dia ingat kuil sebagai tempat MCAnya.
“Janganlah biarkan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya”
YIP KUM FOOK (MCA Gombak) menghina dan memberontak kepada Sami Buddha di KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, dia menggunakan polis untuk menghalau sami Buddha itu
KUIL SRI MAHA MARIAMMAN KEPONG