jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Walkabout Muhyiddin Yassin & Mukhriz Mahathir
Lokasi : Pasar Pak Tuyu, Kuala Nerus, Terengganu
Tarikh : 16/3/2017
Kejadian diluar jangkaan berlaku semasa sesi 'walkabout' TSMY & DSMM. Terbukti kita kena sentiasa bersangka baik terhadap ahli-ahli daripada parti yang berlainan. Selain itu ianya juga membuktikan TSMY & DSMM masih dekat dihati ahli-ahli dan penyokong BN. Kemungkinan juga ahli PPBM bekas ahli UMNO pun akan memberi sambutan dan mengambil peluang yang sama sekiranya terserempak PM Najib Razak dalam situasi yang serupa.
Lokasi : Ibupejabat PPBM, Menara Yayasan Selangor, PJ
Tarikh : 14/3/2017
Video 1 - Rakaman penuh sesi Sidang Media. Antara topik panas yang menjadi minat wakil media yang menghadiri sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM. Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak akan melepaskan peluang berdebat dengan Nazri Aziz walaupun Nazri tidak mendapat mandat mewakili kerajaan Najib Razak dalam debat tersebut
Acara : Majlis Penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak Kanak
Lokasi : Dewan Merdeka, PWTC
Tarikh : 14/3/2017
Video 1 - Seorang isteri Perdana Menteri yang berani berterus terang untuk meluahkan rasa tidak puas hati beliau apabila sebahagian para peserta meninggalkan majlis tanpa menunggu sehingga majlis penutup. It takes a lot of guts and she has plenty of it . Tahniah.. :)
Semasa perasmian Seminar sehari sebelum nya Dewan Merdeka dikatakan penuh apabila ianya disempurnakan oleh PM Najib Razak. Daripada pengalaman saya, ini lah yang selalu berlaku di mana mana majlis penutup tak kira siapa yang menyempurnakan nya..
Barangkali ada baik nya saya berkongsi klip rakaman ini untuk mereka mereka yang selalu cabut lari sebelum habis majlis atau mereka mereka yang kerap hadir majlis hanya untuk mengumpul 'door gifts', berfikir sebelum melakukan nya lagi di masa lain.
Wan Shahril, ahli MPT PPBM yang menjadi tuan rumah
10
Anuar Tahir, Setiausaha Agung AMANAH..mewakili Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH yang tidak dapat hadir atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan
11
12
13
Kerusi yang disediakan penganjur lebih kurang 800 kesemuanya. Jumlah kehadiran dianggarkan 1,200 orang.