Sunday, 30 September 2012

Perasmian Majlis Rapat Pimpinan Pusat

Venue : Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor

Event : Perasmian Majlis Rapat Pimpinan Pusat, Wanita & AMK

Date : 29/12/2012 @ 9.30 am



1/17
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Majlis Makan Malam Perdana Pakatan

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Malam Perdana Pakatan

Date : 28/9/2012 @ 9.00 pm

Majlis makan malam bagi tujuan mengumpul dana bagi menghadapi PRU 13 akan datang. 255 meja berjaya dijual, tapi sayang para dermawan tidak pula berjaya menambah jumlah penyokong yang sudi hadir untuk mendengar ceramah dari kepimpinan tertinggi parti komponen. Banyak meja yang kosong dan ada yang hanya dihadiri oleh dua orang sahaja.

Acara utama ialah lelongan barangna peribadi sumbangan dari para pemimpin parti. Lelongan keseluruhan nya berjaya mengumpul dana sebanyak RM182,000.

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.


Saturday, 29 September 2012

Pakatan mantapkan bahan propaganda untuk PRU 13

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Perdana Pakatan 

Date : 28/9/2012 @ 10.00 pm


Berikut sebahagian daripada usaha Pakatan untuk mendekati para penyokong dan pengundi atas pagar menjelang PRU 13. Banyak lagi usaha akan dilakukan bagi menyaingi kempen BN yang dilakukan melalui media penyiaran aliran utama.


Pakatan amat memerlukan dana dari penyokong

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Perdana Pakatan

Date : 28/9/2012 @ 10.00 pm


Ucapan aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Makan Malam Perdana, Dr Hatta Ramli



Kak Wan Lelong Surat Cinta Dari Penjara

Venue : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Event : Majlis Makan Perdana Pakatan - Acara lelongan barangan peribadi pemimpin

Date : 28/9/2012 @ 10.00 pm


Surat cinta yang ditulis Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sg Buloh kepada Kak Wan telah berjaya dilelong kepada Lajim Ukin pada harga bidaan RM50,000.





Friday, 28 September 2012

Tian Chua sudah belajar serik

Sedutan Buletin Utama TV3


Mungkin serik, mungkin juga merajuk...apa pun teguran Azmin Ali mengenai maklumat yang dikeluarkan oleh Tian Chua mengenai jet peribadi yang diguna Anwar semasa lawatan ke Sabah / Sarawak baru baru ini nampak nya memberi kesan... 




Thursday, 27 September 2012

Dr Hasan bidas kenyataan Anwar mengenai jiwa Muslim

Venue : Kediaman Dr Hasan Ali @ Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Event : Sidang media khas

Date : 26/9/2012 @ 2.00 pm


Datuk Hasan Ali mendakwa, Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui kenyataan berhubung tindakan umat Islam menyatakan bantahan ke atas filem anti-Islam Innocence of Muslims. Anwar bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi. Kenyataan ini dipetik Utusan Malaysia dari laporan yang tersiar dalam  akhbar British, The Scotsman.




Wednesday, 26 September 2012

Mansor terjerut dan terbukti musuh dalam selimut.

Sedutan buletin utama TV3


Pusing pusing salahkan TV3 beli rakaman mesyuarat. Soalannya siapa yang kata Guan Eng sombong, angkuh dan Tokong?. Samada beli, curi atau di beri salinan rakaman bukan menjadi isu.. Mansor sudah terjerat dan Guan Eng sudah pun tahu dengan jelas siapa musuh utama beliau dalam pentadbiran poliitik Pulau Pinang... 



Tuesday, 25 September 2012

PAS masih tidak bersatu dalam isu hina Islam

Venue : Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Event : Ceramah umum "BN Cemas-Najib Lemas" anjuran PAS Batu.

Date : 23/9/2012 @ 9.30 pm


Kepimpinan tertinggi PAS telah menyatakan persetujuan dengan 'penyatuan' gerak kerja antara Pemuda PAS dan Pemuda UMNO dalam menzahirkan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan keatas Nabi Muhammad SAW dan Islam secara am nya. Tweet Ngeh Koo Ham termasuklah dalam kategori penghinaan, tambahan kepada yang telah dilakukan dalam video "Innocence of Muslims". Tarmizi Mat Jam Ketua Pengarang Kumpulan Harakah pula mempunyai pandangan berbeza. Ikuti kata beliau dalam rakaman berikut....


Monday, 24 September 2012

Rais berjaya walaupun pakatan cuba gagalkan

Venue : Dewan Rakyat

Event : Persidangan Dewan Rakyat

Date : 24/9/2012


Menurut DSU Rais Yatim, kerajaan berjaya menjimat RM1.7 juta daripada RM5.4 juta kos perbelanjaan yang diperuntukan hasil daripada perancangan yang teliti..



Rezeki Dayang tak terjejas, lagu masih meletup..

Venue : Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Event : Ceramah umum "BN Cemas-Najib Lemas" anjuran PAS Batu.

Date : 23/9/2012 @ 9.30 pm


Dayang tidak mahu dikenali sebagai bekas atau mantan penyanyi, kerana beliau masih lagi aktif menyanyi merata tempat dan lagu lagu beliau masih lagi 'meletup letup' diserata stesyen radio...



Insp Aliza mahu berdakwah melalui lakunan

Venue : Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Event : Ceramah umum "BN Cemas-Najib Lemas" anjuran PAS Batu.

Date : 23/9/2012 @ 9.30 pm





Ladies Nite di Markas Tarbiyah PAS

Venue : Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Event : Ceramah umum "BN Cemas-Najib Lemas" anjuran PAS Batu.

Date : 23/9/2012 @ 9.30 pm

1/22 Crowd lebih kurang 400 orang
 2.
 3.
 4. Dato' Tarmizi Mat Jam, Ketua Pengarang Kumpulan Harakah dan juga Timbalan YDP PAS Batu.
 5. Cikgu Ishak Surin, YDP PAS Batu.
 6.
 7.
8. 
 9.
 10.

Sunday, 23 September 2012

Kalau nak hentam jadilah pendahulu jangan pengikut

Minta pandangan pembaca semua... Apakah tindakkan Shamsul Iskandar mengeluarkan kenyataan menghentam Pemuda UMNO akan memberi pulangan yang baik kepada imej beliau, AMK atau PKR sendiri ? Seperti yang dapat kita lihat, rakyat Malaysia rata rata bersatu hati dalam isu penghinaan ini. Penyokong PAS dan UMNO nampak gayanya menahan diri dari melapaskan tembakan antara mereka sejak isu ini berbangkit..

Kenyataan lewat yang dikeluarkan hanya selepas Pemuda UMNO dan Pemuda PAS berbincang dan bersetuju kepada gerak kerja yang perlu dilakukan semasa menganjurkan bantahan aman keatas video 'Innocence of Muslims' dan penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuat majalah Peranchis. 




KENYATAAN MEDIA
20 SEPTEMBER 2012


BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: AMK AKAN BERSOLIDARITI BERSAMA PEMUDA PAS

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok.

Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.

Rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.

Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?

Di mana Pemuda UMNO bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?

Justeru AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.

Susulan daripada perhimpunan esok, AMK akan turut melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN


Apa kata mereka mengenai himpunan aman

Venue : Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Bantahan aman terhadap "Innocence of Muslims" anjuran Pemuda UMNO Malaysia

Date : 21/9/2012 @ 2.00 pm


Rata rata belasah Ngeh Koo Ham... terima kasih DAP kerana menyediakan produk tempatan yang boleh dijadikan sasaran kemarahan...




Saturday, 22 September 2012

Sekitar Himpunan Bantahan Pemuda UMNO

Venue : Masjid Jamek, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Demonstrasi Bantahan video "Innocence of Muslims" 

Date : 219/9/2012 @ 2.00 pm


1/56 Wah hebat van SHEB ini ... pentas bergerak yang lebih fleksibel daripada kontena bergerak yang dilancarkan pakatan pembangkang baru2 ini...
 2.
 3.
 4.
 5.
 6. Wakil Gerakan
 7. Lokman Adam bertindak sebagai juruacara majlis..
 8. Irwan Fahmi, Ketua Wira Perkasa 
 9. Mursyidul Am TIBAI, Sdr Zahid Md Arip
 10.

Tarikh terakhir PRU 13 sudah pasti dan tidak berubah

Venue : Ibupejabat SPR, Putrajaya

Event : Sidang Media Pengerusi SPR

Date : 21/9/2012 @ 10.00 am




1.
 2.
 3.


Saifuddin, bantulah secara ikhlas - jangan berbohong

Venue ; Ibupejabat SPR, Putrajaya

Event : Sidang media oleh Pengerusi SPR

Date : 21/9/2012 @ 10.00 am



1.
 2.
 3.



Friday, 21 September 2012

Nyatakan pendirian dan berdemo lah dengan aman

Venue : Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Event : Selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Date : 20/9/2012 @ 6.00 pm


Pendekatan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai seorang Muslim dan seharusnya diikuti oleh tindakkan sewajarnya oleh PDRM dalam berhadapan dengan bantahan umat Islam Malaysia terhadap "Innocene of Muslims" dan provokasi kartunis Peranchis terhadap Islam dan Nabi Muhammad  SAW...



HIna Islam - UMNO dan PAS setuju asing lokasi demo


Venue : IbuPejabat Pemuda UMNO Malaysia, Tingkat 28, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Event : Sidang media mengenai demo bantahan terhadap "Innocence of Muslims" dan penghinaan terhadap Islam dan RasulAllah

Date : 20/9/2012 @ 10.30 am


Khairy menerangkan rasional disebalik keputusan dan persetujuan Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk mengadakan demonstrasi di dua lokasi berasingan.



1.
 2.