Lokasi : Pusat Latihan Perisekan (PULARIS), Mentakab, Pahang
Acara : Perbarisan Penyerapan Pusat Latihan Perisikan ke dalam organisasi
Kolej Perisikan ATM
Tarikh : 25/6/2014
SEJARAH
RINGKAS PULARIS
PULARIS
wujud dari Sel Latihan Kor Risik yang ditubuhkan pada tahun 1969 dan
diperbesarkan menjadi Kompeni Latih yang ditempatkan di Kem Imphal.
Sejajar
dengan pembesaran Angkatan Tentera Darat pada 3 Mac 1981, unit ini telah
didesignasikan kepada Sekolah Perisikan Angkatan Tentera (SPAT) dan berpindah
ke Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Pada
bulan Nov 983, SPAT telah berpindah ke Kem Sg. Buloh.
Seterusnya
pada 2 Nov 1988, SPAT didesignasikan sebagai Sekolah Perisikan (SP).
Bagaimanapun
dengan perkembangan pesat di dalam Angkatan Tentera, Sekolah Perisikan telah
didesignasikan semula sebagai Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) berkuatkuasa
pada 1 Jan 1994.
Pada
tanggal 1 Jan 2010, PULARIS telah berpindah ke kompleks sendiri di Kem
Mentakab, Pahang Darul Makmur.
Di
sepanjang tempoh 1994 sehingga 2014, PULARIS telah berjaya melatih seramai 1844
Pegawai dan 7357 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada ketiga-tiga cabang
perkhidmatan dengan jayanya di dalam pelbagai bidang kursus asas, kemahiran dan
kepakaran perisikan. Pada masa yang
sama, PULARIS juga pernah melatih pegawai daripada negara asing seperti Brunei,
Bosnia dan Sudan juga dalam bidang perisikan.
selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat
cabang perisikan. Selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut
menarik minat cabang perisikan angkatan tentera asing untuk melakukan lawatan
kerja yang melibatkan pegawai kanan negara-negara seperti daripada United
States of America, Zimbabwe dan Thailand. Lawaan ini selain daripada
mengukuhkan hubungan dua hala, ia juga sekitar pertukaran perkara latihan dan
kepakaran perisikan antara kedua-dua negara.
Pegawai-pegawai
yang berada di PULARIS juga turut diberi peluang untuk menghadiri kursus di
luar negara samada kursus kerjaya atau kursus sampingan di pusat-pusat di luar
negara samada kursus sampingan di pusat-pusat latihan ternama seperti di
Defence Intelligence Training Centre (DINTC), Canugra, Australia; Defence
Intelligence Agency (DIA), Fort Huachuca, United States of America dan Defence
Intelligence and Security Centre (DISC), Chicksand, United Kingdom. Ini membuktikan pengiktirafan negara luar dan
kebolehan para pegawai di PULARIS untum menyumbangkan dan berkongsi ilmu yang
ada kepada negara luar. Pegawai dan
anggota dari PULARIS juga pernah menyumbangkan khidmat mereka sebagai anggota
misi pengaman di Lubnan, Afghanistan dan Selatan Filipina.
Selain
daripada pengiktirafan angkatan tentera negara asing, PULARIS turut menjadi rujukan
kepada agensi keselamatan dalam negara dalam melaksanakan latihan perisikan dan
keselamatan. Antara agensi keselamatan
dalam negara yang pernah menagih kepakaran PULARIS adalah Jabatan Perdanan
Menteri (JPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan
Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam dan
Eksais Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna
(KPDNHEP).
Penyerapan
PULARIS ke dalam kolej Perisikan ATM telah diluluskan oleh Majlis Angkatan
Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014. Kolej
Perisikan ATM bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor
Risik Diraja (KRD) dan kursus-kursus kepakaran Darat, Tentera Laut dan Tentera
Udara). Penubuhan institusi latihan
tersebut adalah selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan
(BSPP) kepada Malaysian Defense Intelligence Organisation (MDIO) termasuk mengambil
kira Plan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan
latihan kepakaran perisikan di peringkat ATM.
Visi. Kolej Perisikan
ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan
Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan negara.
Misi. Kolej Perisikan ATM menyediakan plaform
pembelajaran dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM. Selain itu, institusi latihan ini menerajui
pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk pengaplikasian sains
serta teknologi berdasarkan doktrin perisikan moden, versatile dan unggul.
Objektif Kolej Perisikan ATM. Berasaskan kepada kualiti dan
kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan penetahuan
profesional serta Latihan Perisikan Semasa (LPS) bagi penambahbaikan semua
program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan BSPP. Kolej Perisikan ATM komoted terhadap
pengendalian pengajian akademik secara sistematik, cekap dan berkesan
berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama BSPP/ATM. Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej
Perisikan ATM berupaya menghasilkan operator perisikan yang unggul dan
versatile untuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan
secara kompetitif sejajar dengan hasratnya untuk menjadi Pusat Kecemerlangan
Perisikan (Centre of Excellence for Intelligence).
1
2
3
4
5 KVR - Kelab Veteran Risik
6
7
8
9
10