Lokasi : Tapak pembangunan Menara FELCRA, Jalan Yahya Petra (Jalan Semarak) , KL
Acara : Pelancaran Menara FELCRA
Tarikh : 28/5/2015
KENYATAAN
AKHBAR
KHAMIS, 28
MEI 2015
“MENARA FELCRA” TITIK PERMULAAN FELCRA
BERHAD MENEROKAI PEMBANGUNAN HARTANAH
Dengan
pelancaran Menara FELCRA yang disempurnakan dengan rasminya oleh Y.A.B. Perdana
Menteri hari ini, maka ianya secara tidak langsung memberi isyarat bahawa
FELCRA Berhad kini lebih gah dan bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi
dengan menceburi bidang pembangunan hartanah.
Menara
FELCRA yang terletak di Jalan Semarak ini terdiri daripada menara pejabat
setinggi 35 tingkat, 'service apartment' setinggi 43 tingkat dan pusat
komersial yang meliputi pusat membeli-belah serta auditorium dan dewan bankuet untuk acara-acara keramaian. Lokasi strategik
Menara FELCRA yang berada di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur ini bakal menjadi
tumpuan kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang menepati
cita rasa warga kota.
Ruang
pejabat di Menara FELCRA dari aras 8 – 20 akan dibuka untuk sewaan kepada
syarikat-syarikat dalam atau luar negara. Aras 22 – 33 pula akan digunakan
sendiri oleh FELCRA Berhad yang dapat menampung sekitar 1,000 orang kakitangan.
Kelebihannya di menara pejabat ini ialah di 2 tingkat teratas direkabentuk
untuk dapat dijadikan tingkat eksklusif 'Sky Lounge' bagi menikmati pemandangan
kotaraya Kuala Lumpur khasnya pada waktu malam.
Pusat
komersial 4 tingkat yang menjanjikan ruangan perniagaan dan rekabentuk yang
selesa dapat menampung sekitar 80 unit kedai-kedai yang ditawar untuk disewa.
FELCRA Berhad sememangnya ingin bekerjasama dengan mana-mana 'penyewa induk'
yang dapat memberi tawaran yang terbaik dari segi harga dan mutu peragaan.
Dewan
auditorium pula boleh yang dapat digunakan untuk acara-acara rasmi yang
memuatkan 500 orang serta dewan bankuet yang dapat memuatkan 1500 orang dijangka
bakal memberi FELCRA Berhad pulangan yang baik lebih-lebih lagi dengan
kedudukan lokasi yang strategik untuk melakukan apa-apa majlis keramaian.
Tiga
segmen pembangunan ini akan diuruskan oleh FELCRA Properties Sdn. Bhd. dan
hanya “service apartment' yang akan dibuka untuk jualan. Apartment ini
mengandungi 480 unit dengan keluasan dari 790 kaki persegi sehingga 1,350 kaki
persegi. Rekabentuk apartment yang seperti huruf 'C' ini akan memberikan kesan
yang menarik apabila disertakan dengan taman dan kolam renang.
Selain
dari Menara FELCRA, beberapa perancangan dari segi pembangunan hartanah akan
dilaksanakan dari masa ke semasa. Di antara yang di dalam perancangan adalah
Pembangunan Bercampur Bukit Changgang, Dengkil, seluas 800 ekar; Pembangunan
Bercampur Sri Mendapat, Jasin, Melaka, Fasa 1 seluas 58
ekar dan fasa 2 seluas 192 ekar dan juga 572 unit apartment kediaman di Sg. Pusu, Gombak. Juga
dalam perancangan akhir adalah pembangunan kompleks hotel 460 bilik bertaraf 4
bintang di Kuah, Langkawi. Adalah dijangkakan projek-projek tersebut akan
menghasilkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 7.2 Billion
Penceburan
FELCRA Berhad di dalam Pembangunan Hartanah ini dapat direalisasikan dengan
memperkasa FELCRA Properties Sdn Bhd sebagai anak syarikat perlaksana yang
berkepakaran di dalam bidang tersebut dan mempunyai tekad serta azam untuk
terus mengukuhkan nama FELCRA Berhad baik di dalam dan juga di luar negara.
Dengan
apa yang telah dirancang ini, dapat dirumuskan bahawa FELCRA Berhad bukan lagi sebuah
syarikat milik penuh kerajaan yang hanya setakat menyokong aspirasi negara,
malah dengan menerokai bidang hartanah, FELCRA Berhad dapat terus menjulangnya
ke tahap yang lebih tinggi. Ini sudah
pasti akan membawa pulangan pelaburan dan keuntungan yang bakal dinikmati oleh warga FELCRA Berhad yang terdiri
daripada Kakitangan, Peserta dan Generasi Kedua serta rakyat Malaysia umumnya.
Kuala Lumpur
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10