Wednesday, 30 March 2016

Sidang media Ku Li ramai yang keliru isu

Acara : Sidang media Tengku Razaleigh Hamzah

Lokasi : Kediaman Ku Li @ Jalan Langgak Golf, KL

Tarikh: 29 /3/2016


Video 1 - Ini rakaman penuh sidang media Tengku Razaleigh.. Saya hanya terlepas 4-5 minit permulaan sidang media. Sidang media ini dibuat khusus untuk menjawab isu deklarasi menyokong Najib Razak oleh Ahli Parlimen Kelantan yang dibuat dalam satu pertemuan dengan Najib di Parlimen minggu lepas. Yang menjadi isu ialah kenyataan Ku Li bahawa beliau hanya menandatangani Attendance Sheet dan bukan nya sebarang dokumen deklarasi. Hari ini beliau mendakwa hanya mengetahui mengenai dokumen deklarasi yang beliau telah tandatangani, pada hari Isnin. 

Beberapa orang kenalan wartawan telah menalipon saya untuk mendapat kepastian apa isu sebenar  yang Ku Li bawa kerana sidang media meleret leret dengan isu sampingan seperti tawaran jawatan TPM2 untuk menjaga hal ehwal ekonomi negara dan sebagainya. Banyak juga soalan yang berulang ulang mengenai perkara yang sama. 

Rakaman ini saya tujukan khas kepada rakan-rakan media yang tak sempat hadir atau pun yang telah hadir tetapi tidak mempunyai rakaman yang jelas.





1
 2
 3
 4
5
 6
 7


Nasib TSMY dan Mukhriz akan ditentukan oleh Lembaga Disiplin

Acara : Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik

Lokasi : Dewan Serbaguna Kementerian WP, P2, Putrajaya

Tarikh  : 29/3/2016



Video 1 -  Ulasan Ku Nan mengenai tindakan disiplin keatas TSMY, peranan lembaga disiplin dalam menentukan tindakan lanjut yang bakal dikenakan keatasTSMY dan Mukhriz. Beliau juga turut mengulas mengenai gerakan #selamatkanmalaysia dan mengenai Kongres Rakyat serta Maufakat Selamatkan Malysia.



Video 2 - Ku Nan mengesahkan bahawa ajaran Islam yang menyeleweng telah dikesan menular disekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur termasuk usaha menghidupkan kembali pergerakan Al-Arqam dibawah nama yang baru. Pihak KWP berserta semua agensi yang berkaitan kini sedang giat memantau dan akan mengambil tindakan bila tiba masa nya..




Terdahulu Ku Nan telah menyempurnakan majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik serta melancarkan Apps School Messaging System yang akan digunakan untuk tujuan komunikasi diantara ibubapa dengan pihak sekolah bagi tujuan pemantaun anak-anak mereka disekolah. Pnegendalian Apps ini ditaja sepenuhnya oleh Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14


Tuesday, 29 March 2016

Kongres Rakyat 2016 - undur Najib bukan bererti tumbang kerajaan

Acara : Kongres Rakyat 2016

Lokasi : Shah Alam Convention Centre, Shah Alam,Selangor

Tarikh : 27/3/2016



Video 1 - Najib berundur bukan bererti kerajaan tumbang. Pak Lah pun berundur dan diganti dengan Najib... ketika itu TSMY juga lah yang menjadi salah seorang yang begitu kritikal menggerakkan usaha 'menjatuhkan' Pak Lah, tetapi tiada pula desakan untuk memecat atau menggantung beliau dari UMNO mahu pun kabinet.


1
 2
 3
 4
 5
6


Kongres Rakyat 2016 - respon dari rakyat atas pagar akan jadi cabaran getir Najib

Acara : Kongres Rakyat 2016

Lokasi : Shah Alam Convention Centre, Shah Alam,Selangor

Tarikh : 27/3/2016



Video 1 - Rumusan oleh enam individu berprofil tinggi yang sempat saya rakam yang boleh memberi gambaran halatuju gerakan #selamatkanmalaysia ini



Video 2 - Nak kritik kritik lah pemimpin yang sedang memrintah ... tak jantan lah kalau kritik pemimpin yang dah pencen



Video 3 - TV3 diberi amaran keras supaya memaparkan kebenaran, bukan putar belit




Video 4 - Ucapan penuh TSMY




Video 5 - Najib berbohong mengenai perjanjian dengan Singapore berkaitan pembinaan jambatan bengkok. 




Video 6 - Dedak ni makanan binatang, apabila kamu makan dedaaaaak...sama lah dengan binatang





Respon dari rakyat atas pagar keatas gerakan #selamatkanmalaysia akan menjadi cabaran getir buat Najib Razak sebagai pemimpin yang sedang teruk diasak dari pelabagi sudut dalam negeri mahupun dari luar negara.

 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 26 March 2016

Polis kini berhadapan dengan cabaran yang pelbagai perlu tingkat langkah pencegahan

Acara : Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209

Lokasi : Padang Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, KL

Tarikh : 25/3/2016



Polis Berdepan Cabaran Tangani Keganasan Masa Kini Berbanding Dahulu - Najib


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan negara hari ini menghadapi cabaran untuk menangani keganasan dan marabahaya, yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata musuh negara kini lebih pintar, licik dan tidak dapat dijangka.
"Anggota-anggota keselamatan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan mereka dalam keadaan bersiap siaga, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan.

"Pembendungan, pencegahan adalah lebih penting dan berkesan. Seperti kata pepatah, kita tidak mahu 'sudah terhantuk baru tengadah'. Kita ingin supaya rakyat Malaysia semuanya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara sepanjang masa," katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau NajibRazak.com hari ini sempena Hari Polis Ke-209.

Beliau berkata berita yang dilihat dan dibaca dalam surat khabar melaporkan tentang kumpulan dan sel pengganas yang ditumpaskan dan diberkas oleh Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas dan anggota PDRM sebelum sempat mereka bertindak, yang boleh mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

"Ini semua adalah hasil siasatan dan risikan terperinci yang telah dilakukan.

"Dalam iklim ketidaktentuan dunia hari ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang perlu seperti menempatkan anggota PDRM di kawasan-kawasan tumpuan rakyat dan pelancong," kata perdana menteri.

Najib berkata rata-rata rakyat Malaysia dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa kerana di belakang tabir, terdapat anggota keselamatan dan risikan negara yang sentiasa berusaha menangani sebarang ancaman dengan cepat dan berkesan.

"Mereka (anggota PDRM) tidak melakukan semua ini untuk mendapat pujian. Mereka menyabung nyawa hari demi hari hanyalah kerana mereka sayangkan negara dan ingin ia selamat sentiasa.

"Tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan demi tanah air tercinta," kata beliau.

Perdana Menteri berkata setiap tahun, Malaysia meraikan sambutan memperingati hari polis, dan tahun ini adalah sambutan edisi yang ke-209.

"Alhamdulillah, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan Allah SWT keadaan persekitaran yang stabil, aman dan damai.

"Sebahagian besar daripadanya adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati ini terpelihara," kata Najib sambil mengucapkan selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang menyambutnya esok.

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua anggota PDRM dan anggota keluarga mereka sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Tuesday, 22 March 2016

TSMY tolak tawaran jawatan sebagai Gabenor Pulau Pinang atas dasar menjaga maruah beliau.

Acara : Bicara Rakyat - "Polimik Politik Masa Kini - Kemana Arah Kita??" 

Lokasi : Dewai Seri  Teratai  , Kg Batu Ampat, Kota Tinggi, Johor

Tarikh : 21/3/2016




Video 1 - TSMY menolak tawaran jawatan samada sebagai Gabenor Pulau Pinang atau Pengerusi PNB demi menjaga maruah. Beliau tidak mahu dimasukan kdalam kelompoh pemakan DEDAK.. 



Video 2 - TSMY menceritakan mengenai perjumpaan beliau dengan bekas CEO 1MDB yang mendedahkan perihal salah urus yang melibatkan campur tangan Jho Low.



Kehadiran melebihi jangkaan pengamjur. Lebih kurang 1,500 orang membanjiri persekitaran kawasan Dewan Seri Teratai.
  
 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10