Saturday, 31 January 2015

Tahlil dan Doa Selamat bersempena Hari WP 2015

Lokasi : Masjid Jamek, Kg Bharu, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2015

Tarikh : 29/1/2015


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8
 9
 10
 11
 12
 13


Friday, 30 January 2015

Najib Razak minta tempoh cari penyelesaian kemelut MIC

Lokasi : Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh Dr Subramaniam

Tarikh : 29/1/2015


Sidang media untuk mengumumkan bahawa Perdana Menteri telah bersetujui untuk membantu mencari penyelesaian kepada kemelut MIC dalam satu tempoh 'genjatan senjata' atau moratorium supaya kemelut tidak bertambah kusut.

    PRESS STATEMENT BY YB DATUK SERI G PALANIVEL,
    PRESIDENT MIC...

    I and my Deputy Datuk Seri Dr S Subramaniam will stand-down.
    We will have a moratorium.
    I do not want the party crisis to escalate.
    This will give us a period of non-crisis to resolve the issues that have come up.
    We will meet and decide on the next course of action that will satisfy all quarters as soon as possible.
    I agree to a moratorium to allow both sides to discuss with the Prime Minister YAB Datuk Seri Najib Tun Razak as Chairman of BN to find the best way forward to resolve the crisis.
    YB DATUK SERI G PALANIVEL
    PRESIDENT MALAYSIAN INDIAN CONGRESS

 1
 2
 3
 4
 5
 6  P.Wilson (ditengah) Ketua MiC Bahagian Ampang dan juga penyokong kuat G.Palanivel yang sudah 'fed-up' dengan sikap Presiden


Palanivel adalah pilihan Najib, ahli MIC minta Najib selesaikan kemelut mereka

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Datuk Saravanan

Tarikh : 28/1/2015


Macam-macam perkara 'gila' seperti mengupah gangster untuk mengambil alih kawalan ibupejabat MIC dan memecat Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan melalui SMS telah dilakukan oleh Presiden MIC, G.Palanivel menurut Saravanan. Malah beliau dan juga Ketua Wanita MIC tidak dibenarkan memasuki Ibupejabat MIC atas arahan Presiden MIC.

Tapi mesej yang lebih besar yang ingin saya ketengahkan ialah mengenai perlantikan G.Palanivel sebagai Presiden semasa proses melupuskan kuasa Samy Vellu dahulu. Rujuk kepada min 3.12 Menurut Saravanan, G.Palanivel adalah pilihan Najib Razak dan bukan nya pilihan ahli MIC. Menurut beliau Samy Vellu telah bersetuju melepaskan jawatan beliau untuk membuka jalan kepada peralihan kuasa untuk dipangku oleh G.Palanivel. Sebelum pemilihan MIC tahun 2013 Najib juga telah meminta kepimpinan MIC untuk memberi masa sepenggal bagi G.Palanivel menjadi Presiden dan melepaskan jawatan tersebut 6 bulan sebelum tamat tempoh. Ini telah dipersetujui oleh mereka yang hadir di kediaman Najib Razak, iaitu M.Saravanan, Dr Subramaniam, S.K Devamany dan G.Palanivel sendiri. Sekarang ahli dan kepimpinan MIC meminta Najib masuk campur untuk menyelesaikan kemelut dalaman mereka.



1
 2
 3
 4
 5
 6  Anak lelaki Samy Vellu, Vell Paari ber kacamata di kanan sekali


Gangster ancam bunuh Saravanan melalui talipon

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Datuk Saravanan

Tarikh : 28/1/2015


Ancaman bunuh yang diterima melalui panggilan talipon oleh Saravanan sebelum sidang media bermula. Selama ini saya dengar cerita saja tapi kali ini menyaksikan bagaimana pemimpin MIC terpaksa melayan kerenah gangsterism yang telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam MIC. Bila agak nya Sivaji The Boss nak menunjukkan muka di Kuala Lumpur ?


1
 2


Sekiranya Anwar dipenjarakan Pakatan Rakyat akan lebih kukuh - Stopa Ali

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan 



Tarikh : 28/1/2015


Ini jawapan spontan Mustafa Ali bila diajukan soalan samada Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya Anwar dipenjarakan

 



Thursday, 29 January 2015

Stopa Ali dedah cerita dalam selimut, cabar Guan Eng 'face-off' (Full unedited)

Lokasi : Pusat media, Ibupejabat PAS, KL

Acara : Sidang media oleh SUA PAS mengenai isu hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan 

Tarikh : 28/1/2015


Mustafa Ali tersinggung dan berasa hati setelah di katakan 'dishonest' oleh Lim Guan Eng dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan. Ikuti pendedahan sepenuh nya oleh Mustafa berkaitan perbincangan beliau dengan Lim Guan Eng mengenai isu berbangkit dan juga urutan sejarah perjanjian bersama PKR, PAS dan DAP dalam mencapai Common Framework. Mustafa Ali juga mencabar Guan Eng untuk 'face-off' bagi membuktikan siapa sebenarnya yang berbohong dan bermulut celupar.





1
 2
 3


Isu bakar Bible, PERKASA jadi punching-bag

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Acara : PERKASA fail saman fitnah keatas Joseph Kurup

Tarikh : 28/1/2015


Ikuti penerangan penuh Ibrahim Ali mengenai isu kenyataan bakar Bible yang yang diterima oleh pelajar Islam di Sekolah Menengah Jelutong. Bible yang diedarkan berbahasa Melayu dan mempunyai kalimah Allah. 

Ibrahim Ali menyarankan ibubapa kepada pelajar yang mnerima Bible tersbut untuk membakar saja Bible yang diterima sebagai cara melupuskan Bible tersebut. Ianya samalah dengan cara orang Islam melupuskan Quran lusuh dimana abu nya dibuang kedalam sungai  atau ditanam saja.






Menteri memfitnah di saman PERKASA

Lokasi : Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, KL

Acara : PERKAS fail saman fitnah keatas Joseph Kurup

Tarikh : 28/1/2015


Ibrahim Ali dan Joseph Kurup memang ada personality differences sejak sekian lama. Kali ini Ibrahim Ali sudah hilang sabar kerana Joseph kerap sangat mengeluarkan kenyataan berupa fitnah mengenai PERKASA. Joseph dikatakan mendakwa PERKASA adalah satu pertubuhana ekstrim, rasis dan pelampau agama.

Untuk rujukan "Ibrahim Ali desak Joseph Kurup ditukar pasal Hudud"


1
File pic - Anwar and Joseph Kurup
2



Anwar dijangka lari ke luar negara sebelum penghakiman ?

Lokasi : IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur

Acara : Laporan Polis oleh Musyidul Am TIBAI bagi menghalang Anwar Ibrahim
melarikan diri ke-luar negara sebelum penhakiman Kes Liwat II pada 10/2/2015

Tarikh : 28/1/2015


Dengan kesangsian bahawa anwar akan berada di mahkamah atau didalam negara di hari penghakiman Kes Liwat II pada 10/2/2015, satu laporan Polis telah dibuat oleh Mursyidul Am TIBAI, Sdr Zahid Md Arip bagi mendesak pihak berkuasa untuk merampas passport antaranbangsa Anwar Ibrahim. Ini bagi menghalang sebarang keberangkalian cubaan Anwar untuk melarikan ke luar negara bagi mendapat perlindungan politik.

Ikuti ulasan dan pandangan Zulkifli Noordin mengenai  keberangkalian Anwar melarikan diri dalam catatan blog beliau di SINI


1
 2
3
 4
 5


Tuesday, 27 January 2015

Presiden MIC sengaja mahu MIC dibubarkan ?

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan

Tarikh : 6/1/2015



Ini satu lagi tuduhan serius dari bekas Bendahari Agung MIC, R.Ramanan. Setelah tamat tempoh 90 hari yang dibenarkan ROS, MIC masih belum mampu menyelesaikan isu pemilihan parti dan perlantikan CWC. Seterusnya mereka telah memohon untuk tempoh lanjutan selama 30 hari lagi menjadikan tempohan lanjutan yang dibenarkan selama 120 hari oleh ROS.

R.Ramanan mendakwa Palanivel sengaja mengeluarkan surat kepada ROS dengan tujuan menidakkan apa saja keputusan yang bakal dibuat ROS. Ini merupakan tindakkan yang mempersoal kewibawaan dan kuasa yang ada pada ROS yang bakal membawa padah kepada MIC. Kemungkinan besar MIC akan dibatalkan pendaftaran dan dibubarkan oleh ROS. Apakah ini yang dimahukan Palanivel ??

Dalam sidang media tersebut Ramanan turut memberi amaran kepada Palanivel untuk tidak melawan ROS kerana jika ROS masuk audit pejabat maka segala butiran perakaunan MIC akan terbongkar. Ramanan mengaku segalanya tidak seindah yang dilaporkan.






Presiden takut bini punca kemelut MIC

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R.Ramanan

Tarikh : 6/1/2015



Ini sidang media pendedahan yang kedua dari sepuluh yang dijanjikan R.Ramanan. Pendedahan yang dimaksudkan ialah mengenai kemelut dalaman MIC yang berbangkit dari pemilihan MIC yang terbaharu dan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang tidak diiktiraf oleh Pendaftar Pentubuhan (ROS)

Ikuti pendedahan Ramanan bagaimana pemilihan parti telah dicemari dengan campurtangan terus dari isteri presiden MIC, Datin Sri Kanagam. Ikuti bagaimana Kanagam menentukan senarai calon yang menang pada malam pemilihan. Ramanan menganggap Kanagam sebagai President dan bukan nya G.Palanivel dengan tindakkan campurtangan langsung dalam pengurusan MIC.

Semua nya berlaku tanpa G.Palanivel bersuara langsung. Adakah penyakit yang dihadapi pengurusan MIC ini berupa jangkitan dari parti komponen lain ataupun ianya akan berjangkit kepada komponen lain pula ??





Monday, 26 January 2015

Amukan Melayu Keramat sudah bermula (Full video)

Lokasi : Tapak Projek Datum Jelatek, Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Acara : Protes oleh penduduk 

Tarikh : 25/1/2015


Ini liputan pertama saya. Maklumat serta latarbelakang Projek Datum Jelatek boleh diperolehi di SINI

Rakaman video penuh dari mula sehingga akhir amukan pemuda Keramat yang tidak dapat mengawal emosi mereka. 


Dengan kebangkitan generasi ketiga Datuk Keramat, pemaju nampak gayanya akan berhadapan dengan masalah yang berpanjangan kecuali satu penyelesaian yang beoleh diterima pihak penduduk asal Flat Jelatek diperolehi dalam masa terdekat.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7  Kerosakan hanya melibatkan lapisan dinding zink yang memagari tapak projek 
 8
 9
 10