Venue : Dataran Merdeka. Kuala Lumpur
Event : Takluk Dataran, malam hari ke-14
Date : 27/04/2012 @ 12.30 am
Kera jantan bernama Najib ini lah yang menjadi daya tarikan dan penghibur sejak bermula nya Takluk Dataran. Tapi malam ini satu kejadian yang tidak diduga berlaku apabila si Najib menerpa dan merentap tangan kanak kanak perempuan berumur lebih kurang empat tahun sehingga terlentang diheret Najib.
Ibu bapa kanak kanak tersebut yang dipersalahkan tuan pengurus kera tersebut. Untuk mengelak dari menjadi isu ibubapa kanak kanak tersebut terus membawa anak mereka yang traumatised keluar dari lokasi.
Ramai yang tertarik dengan gelagat Najib dan mengambil kesempatan bergambar dan mendukung nya.. tapi kera tetap haiwan, mood nya memang sukar diramal. Adakala Najib menyeringai dan menunjukkan taring beliau apabila diusik berlebih lebihan oleh orang ramai.
Saya tetap berwaspada dengan segala jenis haiwan walau kucing sekalipun dan saya harap orang ramai tidak mengambil enteng mengenai keselamatan terutamanya jika ada kecil ketika berhampiran dengan kera seperti Najib... Pengurus punya alasan.... bini Najib, si Rosmah Mansor tak berada bersama.... itu pasal dia moody...
1.
2.
3. Petugas JAIS yang mengikuti perkhemahan sejak mula lagi tidor beralaskan ground sheet tanpa bumbung atau fly sheet sejak kelmarin. Harap harap tak hujan le... Petugas ini merupakan salah seorang dari empat yang ditahan polis kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas kelmarin. Kes beliau akan didengar pada 10/4/2012.
4.
5.
6.
7.
8.