Lokasi : Ballroom Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur
Acara : Majlis Deklarasi Prioriti 2016
Tarikh: 28/12/2015
Kenyataan TPM ini seolah olah membayangkan beliau dan kabinet yang sedia ada secara kolektif, dibumi nyata, tidak terbawa atau tidak berminat mempertahankan legasi kepimpinan KERAJAAN BN yang terdahulu sehingga mengungkit perjanjian-perjanjian yang melibatkan projek-projek mega yang terdahulu.
Mungkin beliau terlepas pandang dalam nada beritorik hendak menyebut bahawa 'NAJIS' dari legasi terdahulu itu lah yang memungkin kan UMNO/BN kekal berkuasa sehinggakan kabinet sekarang dapat mewarisi legasi yang sudah pasti nya memerlukan pembelaan. Tak pernah pula terdengar pemimpin terdahulu mengungkit perjanjian-perjanjian lama tetapi mereka lebih kritis kepada 'salah laku' kepimpinan masakini...
Kabinet kini mungkin sudah lupa bahawa perjanjian-perjanjian mega projek di zaman Tun Dr Mahathir melibatkan pengenalan atau pendedahan Malaysia kepada teknoloji terkini yang memerlukan pelaburan berisiko oleh para pelabur. Kerajaan mengambil pendekatan penswastaan bagi mengimbangi risiko yang perlu ditanggung dalam projek infrastruktur jangka panjang. Sudah tentu nya ada 'icing & creamer' yang terpaksa ditawarkan kepada para pelabur untuk menarik minat dan penyertaan mereka dalam projek yang kebanyakkan nya adalah inisiatif kerajaan. Projek-projek tersebut diharap dapat menyemarakan lagi pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat dan Negara yang secara langsung dapat membiayai kos projek-projek tersebut.
Isu tidak mempertahankan legasi terdahulu lebih cocok dibawa oleh Lim Guan Eng dan gerombolan beliau sekiranya berjaya menawan Putrajaya. Buat ahli kabinet kerajaan sedia ada tumpukan lah perhatian sepenuhnya mempertahankan dan memperbaiki apa saja kelemahan dalam urusan pentadbiran kerajaan BN yang terdahulu.