jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Lokasi : Kediaman TS Muhyiddin Yassin @ Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Acara : Sidang media pertama TS Muhyiddin selepas pemecatan sebagai TPM
Tarikh : 29/7/2015
Ini sidang media pertama yang dilakukan TS Muhyiddin setelah beliau dipecatkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semalam. Dalam sesi yang berjalan hampir setengah jam itu TS Muhyiddin telah diajukan pelbagai soalan yang berkisar mengenai
(1) samada usul tidak percaya terhadap Najib Razak akan dibuat di Parlimen,
(2) fact sheet 1MDB yang diberikan kepada ahli kabinet,
(3) samada beliau kesal mengkrtik mengenai 1MDB sehingga dipecat,
(4) mengenai kemungkinan beliau bergabung dengn Tun M dibawah satu platform,
(5) samada beliau akan disisihkan oleh bahagian-bahagian UMNO dalam perasmian persidangan tahunan,
(6) samada kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden UMNO akan tergugat,
(7) samada isu 1MDB akan dapat diselesaikan,
(8) samada beliau masih boleh bekerjasama dengan Presiden UMNO,
(9) samada beliau akan mengambil kesempatan diatas kekcewaan dan sokongan yang diberikan oleh para penyokong beliau,
(10) mengenai penangguhan pemilihan parti,
(11) mengenai rombakan kabinet dan pertemuan beliau dengan Najib sebelum dipecat,
(12) mengenai apa yang beliau tahu dalam isu 1MDB
(13) samada berhasrat menggantikan Nur Jazlan sebagai pengerusi PAC
(14) pandangan beliau mengenai pemecatan AG
Bottomline - TS Muhyiddin berhasrat besar untuk membantu dan memastikan pengurusan UMNO berjalan lancar dan berjaya mengharungi kemelut yang sedang dihadapi sekarang dan beliau juga berharap isu 1MDB dapat diselesaikan dengan cepat.
Daripada susuncara majlis, tidak dapat saya menolak kemungkinan bahawa ada usaha murni oleh tuan rumah untuk mencari titik perdamaian antara Najib dan Muhyiddin dengan melibatkan "orang lama" dan juga cemar duli Sultan Perak. Saksikan susunan foto mengikut masa perjalanan majlis untuk memahami apa yang saya maksudkan.
Rakaman di rumah mertua lewat petang pada masa matahari hampir terbenam. Rakaman dilakukan menggunakan Panasonic DMC LX100 on S mode tanpa menggunakan flash didalam mahu pun diluar rumah. I am very impressed with this little wonder machine.. currently rated as the top compact camera overshadowing the Sony RX100 III..
Masih boleh menyambut Hari Lebaran dengan senyuman kerana telah mengambil langkah berjimat cermat sejak dari awal lagi. Semua nya dilakukan bagi mengelak tekanan perasaan disebabkan GST. Para pembaca sekalian bagaimana pula ?
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, ampun maaf dipinta sekira nya ada terkasar kata dan bahasa dalam penyampaian berita dan pelbagai liputan melalui blog ini.
1
Opah menganyam ketupat palas kegemaran orang sebelah utara...
Lokasi : Kediaman Dato' Idris Tulis, Ketua Pengarang dan Pengarah Urusan Era Baru
Acara : Iftar bersama Tun Dr Mahathir & Tun Siti Hasmah
Tarikh : 15/7/2015
Saya rasa amat bertuah tahun ini kerana berkesempatan bersolat sunat Tarawih bersama Tun Dr Mahathir dalam lima majlis Iftar anjuran PERKASA, PERKIM, PROTON, Yayasan Kepimpinan Perdana dan juga yang dianjurkan oleh keluarga Idris Tulis pada malam ini.
Selain beriftar dan bertarawih, Tun berdua juga telah diraikan dalam satu majlis menyambut ulangtahun kelahiran Tun M yang ke 90 dan Tun Siti yang ke 89. Peringatan : 34 tahun yang lalu pada tarikh 16/7/1981 bersamaan 14 Ramadhan 1401, Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah dilantuk sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 4.