Saturday, 30 December 2017

Penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM 2017

Acara : Penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM 2017

Lokasi : IDCC, Shah Alam, Selangor

Tarikh : 30/12/2017 @ 6.00 pm



Video 1 - Ucapan penggulungan oleh Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad (FULL)



Video 2 - Dr Mahathir tabik spring kepada Pahlawan Bugis dari Melaka




Video 3 - Kenyataan Dr Mahathir mengenai Mufti Mufti yang gagal menyanggah pendirian PAS yang mengkafirkan mereka mereka yang tidak menyertai parti tersebut. Jika Mufti Mufti yang mempunyai ilmu pengetahuan berdiam diri seolah olah bersetuju dengan pendirian PAS dan mereka juga turut gagal atau tidak mahu menyertai PAS, maka mereka boleh lah dianggap telah mengkafirkan diri mereka.

Sikap Mufti Mufti yang tidak menyanggah Amanat Haji Hadi juga telah menyumbang kepada Tragedi Memali.. Ceramah penerangan yang menarik di https://www.youtube.com/watch?v=Bcd6AUkRpnI







***********************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
Tabik 'pahlawan Bugis' kepada #lanunslayer
 7
 8
 9
 10
 11
12
 13
 14
 15
 16



Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PPBM 2017

Acara : Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan PPBM 2017

Lokasi : IDCC, Shah Alam, Selangor

Tarikh : 30/12/2017 @ 10.00 am



Video 1 - Ucapan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penuh)



Video 2 - Amanat dan ucapan perasmian oleh Pengerusi PPBM, Dr Mahathir Mohamad



********************************************************************************************************************************************

Koleksi #foto360


*************************************************************************************************************************************************

 Koleksi #video360













**********************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
  5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 22 December 2017

Agenda Najib Razak disebalik Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm


Agenda Najib Razak dalam penganjuran Himpunan Sodidariti Selamatkan Baitulmaqdis (SSB) dapat disimpulkan dengan jelas dalam video #4, iaitu untuk menjadi pemangkin dalam perpaduan ummah di Malaysia.

Selain itu SSB juga  boleh dianggap sebagai cara yang selamat dan boleh diterima oleh orang Melayu / Islam untuk berhimpun bagi diarahkan tenaga mereka kesuatu matlamat bersama.

PRU14 semakin hampir dan thema bagi siri  Himpunan SSB yang akan diteruskan setiap bulan (sehingga PRU14 atau isu Baitulmaqdis selesai, yang mana sampai dulu) ialah kesatuan atau perpaduan ummah. Mesej ini amat penting bagi Najib mengembeling sokongan Melayu kepada UMNO / BN yang terhakis teruk dengan ada nya PPBM.

Himpunan SSB ini tidak akan memakan belanja yang tinggi kerana ianya akan dilakukan diperkarangan Masjid seluruh negara yang berkemungkinan akan melibatkan Menteri Menteri Besar, Ahli Parlimen, Menteri Pusat yang balik kawasan selain PM dan TPM sendiri. Impak nya dijangka tinggi kerana audien orang Melayu yang terlibat tidak hanya terbatas kepada penyokong UMNO / BN sahaja. Ianya akan melibatkan kesemua jemaah masjid yang hadir pada solat Jumaat hari majlis tersebut diadakan. 


Video 1- Penganjur gagal penuhi aspirasi PM Najib Razak penyatuan ummah


Video 2 - Najib rela dikerat sehingga ke ketulan daging terakhir demi Baitulmaqdis



Video 3 - Himpunan Solidariti Selamatkan Baitumaqdis akan diadakan setiap bulan



Video 4 - Agenda Najib disebalik penganjura Himpunan SSB




#suasana360 dari pelbagai sudut


**********************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Dr Mahathir tidak diendahkan penganjur Himpunan Perpaduan Ummah

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Himpunan diadakan bagi menyatakan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestine dalam isu Baitulmaqdis yang diiktirafkan sebagai ibunegara Israel oleh Trump.

Adakah penganjur fahami apa yang hendak PM Najib Razak sampaikan kepada dunia dan rakyat Malaysia amnya.. Ini apa yang PM Najib katakan dalam ucapan beliau -

"Kerana ...tanpa mengira apa jua fahaman politik , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama parti mana , betul Tuan Tuan ?
Tidak kira atas nama NGO, betul Tuan Tuan ?
Kita berhimpun kerana kita hendak menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia ini bersatu menentang pengisytiharaan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel."

Jelas sekali penganjur gagal dalam penganjuran ini kerana apa yang diucapkan oleh PM Najib tidak selari dengan realiti... Pertama sekali nama besar yang digembar gemburkan, Hadi Awang Presiden PAS gagal hadir walhal ada laporan yang menyatakan bahawa beliau berkhutbah di Masjid Rusila.

Yang keduanya Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Mahathir (yang telah dilabelkan sebagai #pengkhianatbangsa) hadir di Masjid Putra untuk bersolat Jumaat tanpa diendahkan langsung oleh penganjur atau hos mahupun ahli jemaah kabinet yang lain. Mana pergi adab ? Saya pasti mereka sedar akan kehadiran Dr Mahathir melalui pegawai pegawai mereka, mustahil mereka tidak tahu. Lagipun pengumuman telah dibuat ketika Dr Mahathir tiba oleh pihak masjid. Saya yakin tiada jemputan diberikan kepada Dr Mahathir. Dia hanya hadir untuk bersolat Jumaat. Kalau dijemput sudah pasti penganjur akan menyediakan pegawai pengiring atau disambut sendiri oleh Hos.

Apa salah nya disapa Dr Mahathir walau dengan Salam sebaris sekalipun. Puluhan wakil media bersedia dengan perakam masing masing untuk merakam saat tersebut. Hos akan kelihatan matang politik dalam situasi win-win. Dr Mahathir kalau tidak dijemput sudah pasti tidak akan mendesak atau meminta slot untuk berucap kerana beliau seorang negarawan yang cukup masak dalam hal hal ini.

Dengan tidak mengendahkan Dr Mahathir, terlepas lah peluang penganjur untuk mengotakan apa yang PM Najib war warkan dalam ucapan beliau.. Dr Mahathir saya percaya hanya mengintai suasana perhimpunan selain menunaikan solat Jumaat bersama warga Putrajaya... beliau tidak rugi apa apa pun...





*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Cikgu Non aka CN Afghani berbasikal solo keseluruh negara sampaikan mesej Baitulmaqdis / Palestine

Acara : Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

Lokasi : Masjid Putra, Putrajaya

Tarikh : 22/12/2017 @ 2.00 pm



Siapa masih ingat Cikgu Non ? Sebelum PRU13 dulu beliau lah salah seorang aktivis yang telah menghuruharakan kepimpinan PAS dengan serangan dan pendedahan beliau mengenai Tragedi Memali dan skandal Tabung Memali yang semuanya berakar umbi kepada ketaksuban ahli ahli PAS kepada Amanat Haji Hadi.

  Beliau yang sudah biasa bergerak solo, kini dilihat masih lagi bergerak secara solo dengan membuat kayuhan basikal secara solo keseluruh negara bagi menyampaikan mesej sokongan kepada isu Baitulmaqdis dan Palestine. Ikuti rakaman yang sempat saya buat ketika terserempak dengan beliau di Dataran Putra.





************************************************************************************************************************


Flashbacks ...video video Cikgu Non yang menjadi tular setelah beliau mendedahkn kepincangan dalam pengurusan Tabung Memali