jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Layout plan kedudukan Media semasa Merdeka Parade. Saya mengambil kedudukan di Zone F yang jaraknya kira kira 80 meter dari pentas VVIP. Semua liputan dan rakaman pentas VVIP dilakukan dari kedudukan static menggunakan Camera Canon Powershot G3X dengan lensa 24-600 mm f2.8-5.6.. Gambar parade ada yang menggunakan HandphoneHuawei P10 Plus
Hari ini di Jambatan Leboh Pasar Besar Kuala Lumpur, saya telah merasmikan Fasa 1 Pengindahan Sungai Projek River Of Life (RoL) dan juga Projek Kolam Biru.
Project River of Life ini adalah salah satu Projek Permulaan di bawah Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur, bertujuan untuk mentransformasikan Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi satu ikon waterfont yang dinamik dan berdaya huni melalui tiga komponen utama iaitu pembersihan sungai, pengindahan sungai dan pembangunan tanah.
Sejak saya lancarkan pada Julai 2011, Alhamdulillah, kita telah dapat mula menyaksikan perubahan pada wajah Kuala Lumpur. Lebih bermakna lagi perubahan ini bermula di tempat di mana Kuala Lumpur itu sendiri bermula, iaitu di tebing tempat pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang, kira-kira 170 tahun dahulu.
Melalui projek ini, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif membersihkan semula sungai seperti menaiktaraf sistem pembetungan, menambah perangkap sampah di sepanjang sungai dan memperkenalkan sistem Interceptor.
Inisiatif di bawah pembersihan sungai ini telah mencapai 81% kemajuan pelaksanaan dan akan siap sepenuhnya menjelang tahun 2020, Insya-Allah.
Fasa 1 projek Pengindahan Sungai Presint 7 ini melibatkan beberapa bangunan warisan yang bersejarah bagi Kuala Lumpur, seperti Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Melalui projek ini, Kerajaan juga telah memulihara bangunan-bangunan warisan negara ini dengan menaiktaraf struktur sedia ada dan meningkatkan accessibility rakyat ke kawasan di sekelilingnya.
Sebagai contoh, kerja-kerja di Presint 7 ini juga melibatkan penaiktarafan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dengan penggabungan elemen dan motif Islam dalam rekabentuk serta pengindahan tamannya. Ini termasuk penambahan ruang solat seluas 4,400 kaki persegi untuk keselesaan lebih 1,000 orang jemaah.
Accessibility kepada Masjid Jamek Sultan Abdul Samad juga dipertingkatkan dengan pembinaan jambatan pejalan kaki yang menghubungkan masjid dengan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka yang dapat memendekkan tempoh masa perjalanan daripada laluan sedia ada sehingga 50%.
Menjadi harapan saya agar melalui projek ini, kawasan di sekitar sungai ini akan disenaraikan sebagai satu kawasan tarikan pelancong yang setanding dengan bandaraya seperti Melbourne, Seoul dan Singapura yang mempunyai waterfront yang ikonik dan menarik.
Beralih kepada Projek Kolam Biru, idea untuknya pula tercetus daripada lawatan saya ke Masjid Jamek Sultan Abdul Samad meninjau Projek River of Life pada Februari lalu.
Saya melihat potensi untuk mengoptimumkan kawasan ini dan telah memberikan cabaran kepada YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk menghasilkan sesuatu yang mampu menarik lebih ramai pelancong dan warga kota.
Hasilnya, saya berpuas hati melihat limpahan cahaya yang berwarna-warni dan pancutan air mengikut irama muzikal di Kolam Biru ini yang saya yakin akan meningkatkan lagi daya tarikan kawasan ini.
Lebih membanggakan lagi, transformasi kawasan ini dilaksanakan bukan sahaja dalam masa singkat dan mengikut kos yang ditetapkan, tetapi juga merupakan hasil kerja kontraktor dan perunding tempatan sepenuhnya. Ini membuktikan idea dan keupayaan anak Malaysia setanding dengan kontraktor bertaraf antarabangsa.
Tahniah kepada semua yang menjayakannya.
Walau bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa semua usaha ini akan sia-sia jika kita masih mengamalkan sikap negatif dalam pemuliharaan sungai, seperti contoh, menjadikan sungai ibarat longkang tempat pembuangan sampah.
Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk membantu mengekalkan sungai dalam keadaan yang bersih dan indah untuk kesejahteraan kita bersama.
Selain projek River of Life, projek-projek lain yang telah kerajaan laksanakan untuk mengubah lanskap dan kesalinghubungan atau connectivity di Kuala Lumpur, adalah seperti rangkaian laluan pejalan kaki yang menghubungkan kawasan tumpuan sekitar Kuala Lumpur seperti Jalan Sultan Ismail, Jalan TAR dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dan juga projek-projek utama seperti MRT, Tun Razak Exchange, Bandar Malaysia, Projek Taman Tugu dan banyak lagi.
Namun begitu, segala first world infrastructure ini sahaja tidak mencukupi. Kita mahukan bandaraya yang bersih dan persekitaran yang selesa. Kita inginkan sebuah bandaraya yang bukan sahaja moden tetapi juga yang memiliki kawasan riadah dan rekreasi bagi penghuninya.
Lebih penting lagi, kita juga mahukan rakyat Malaysia yang mempunyai first world mentality. Hanya apabila kita mencapai first world mentality ini, kita mampu memikul tanggungjawab bersama dalam memelihara bandaraya yang kita cintai ini. Sebagai contoh, menjaga harta awam daripada dirosakkan dan memelihara kebersihan kawasan awam. Ini lah Kuala Lumpur 2050 yang kita impikan.
Insya-Allah, bila siap kelak, semua warga kota dan pengunjung ke Kuala Lumpur dapat menikmati hasil projek ini yang merupakan salah satu usaha untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya maju dan berdaya huni.
Acara : Perasmian Konvensyen Pembangunan Luar Bandar - KKLW
Lokasi : Ballroom, Hotel Seri Pasifik, Kuala Lumpur
Tarikh : 28/8/2017
Video 1 - Sebahagian dari fokus utama KKLW dalam transformasi luar bandar ialah menjenamakan semula JKKK untuk menunjukkan taraf professional agensi tersebut dan melakukan 'reverse migration' yang melibatkan orang muda balik ke desa setelah segala infrastrutur dan peluang perkerjaan diadakan
Video 2 - Mengapa rakyat tidak pernah berterima kasih kepada kerajaan BN yang telah memajukan negeri negeri yang sudah jatuh ketangan pembangkang ?
Mungkin lebih baik kerajaan BN melakukan muhasabah diri dengan seikhlas nya untuk mencari sebab dan punca mengapa negeri yang telah ditabur baja yang baik boleh terlepas ketangan pihak lawan.
Acara : Forum Impact of China's Investment in Malaysia
Lokasi : KLSACH, Jalan Kg Attap, KL
Tarikh : 24/8/2017
Program anjuran Institut Rakyat
Video 1 - Prof Jomo Kwame Sundaram mengulas mengenai apa yang dikatakan FDI dari China dan apa peluang sebenar yang hendak di perolehi oleh kerajaan Malaysia.
Video 2 - Dr Mahathir tidak pernah ada prasangka buruk terhadap negara China kerana sejarah telah membuktikan sikap mereka terhadap negara negara jiran walaupun mereka berpuluh kali ganda besar dari saiz dan kekuatan
Video 3 - Sejarah Foreign Direct Investment (FDI) di Malaysia dan apa yang terjadi sekarang yang melibatkan pelabur pelabur atau pengusaha industri dari China