Thursday, 23 November 2017

Pelajar Putrajaya lulusan SPM dapat pembiayaan penuh ke Kolej Komuniti Jelebu

Acara : Majlis penyerahan surat tawaran penajaan kepada para pelajar yang akan melanjutkan
pelajaran di Kolej Komuniti Jelebu dibawah Program National Blue Ocean Strategy (NBOS)

Lokasi : Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, Presint 2, Putrajaya

Tarikh : 23/11/2017 @ 2.30 pm


Kementerian WP hari ini mengeluarkan surat tawaran kepada para pelajar lulusan SPM,  Putrajaya yang akan melanjutkan pelajaran ke Kolej Komuniti Jelebu. Ini ada lah projek rintis yang melibatkan kumpulan 40 orang pelajar yang pertama dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi. 

Terdapat 93 Kolej Komuniti seluruh negara dan cuma 6 sahaja yang menyediakan asrama bagi pelajar. Cawangan Jelebu dianggap yang terbaik dengan kemudahan yang serba lengkap. Dengan moto "TIDAK PENTING DIMANA ANDA BERMULA, YANG PENTING DIMANA ANDA BERAKHIR", kolej konuniti menerima Warganegara Malaysia yang LULUS SPM dengan 1 Kredit Mata Pelajaran.. 

Program yang ditawarkan :
  • Sijil Sistem Komputer dan Sokongan - 16 bulan
  • Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan - 16 bulan
  • Sijil Teknoloji Elektrik (PW2) - 24 bulan
  • Sijil Teknoloji Pembinaan - 16 bulan
  • Sijil Kemahiran Khas (asas pemprosesan makanan - 20 bulan
Yuran pengajian / semester - RM200
Pinjaman / biasiswa (sebulan) - RM300



Video 1




*************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
  11
12



Friday, 17 November 2017

Bantuan gelombang kedua dari Skuad Sayang Wanita UMNO

Acara : Misi Sayang - Bantuan Mangsa Banjir Pulau Pinang

Lokasi : Dewan Kemas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Tarikh : 17/11/2017 @ 11 am



Skuad Wanita UMNO hari ini menjalankan misi memberi bantuan dan sumbangan bagi memenuhi keperluan semasa mangsa mangsa banjir selepas bantuan awal dalam bentuk bekalan makanan dan pembersihan kediaman disampaikan oleh pelbagai pihak termasuk dari Skuad Sayang sebaik sahaja selepas banjir yang baru lalu. 

Keperluan semasa yang mendapat perhatian Skuad Sayang antara lain ialah pakaian dalam wanita dan lelaki, sejadah, telekong, kain batik dan kain pelikat.

Video 1



*************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
12
 13
 14
 15
 16



Thursday, 16 November 2017

Menangi hati rakyat melalui ikan segar - wakil rakyat perlu prihatin akan keperluan rakyat

Acara : Jualan Ikan Segar Separuh Harga @ Putrajaya

Lokasi : Padang Presint 9, Putrajaya

Tarikh : 16/11/2017



Enam tan pelbagai ikan segar ditawarkan kepada warga Putrajaya pada separuh dari harga pasaran. Ini adalah inisiatif peribadi Ahli Parlimen Putrajaya dan dilakukan diperingkat Parlimen dan bukan nya diperingkat Kementerian. 

Tengku Adnan pernah suatu ketika dahulu terlibat dalam industri perikanan sebelum menjual perniagaan tersebut dan berhijrah ke New Zealand. Beliau telah menggunakan jaringan beliau dengan pemain industri untuk mendapatkan bekalan terus dari kapal tanpa melalui orang tengah untuk membolehkan ikan ikan tersebut ditawarkan pada separuh dari harga pasaran. 

Inisiatif ini mungkin akan diteruskan pada pertengahan setiap bulan akan datang dan mungkin juga akan melibatkan ayam dan sayuran. Tengku Adnan sedang memerhatikan respon rakyat yang disasarkan supaya usaha untuk membantu mereka dalam menghadapi tekanan kehidupan mencapai matlamat.
  

Video 1



******************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 12 November 2017

Azmin Ali dapat sambutan hangat, yakin Bandar Tun Razak kekal milik Keadilan

Acara : Jelajah Keadilan Peduli Rakyat

Lokasi : Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur

Tarikh : 12/11/2017


Sebelah petang Azmin Ali berada di majlis Jelajah Keadilan kawasan Parlimen Wangsa Maju dan sebelah malam nya pula di Bandar Tun Razak. Beliau yakin kedua dua kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan ini akan kekal ditangan calun Keadilan di PRU14 akan datang. 


Video 1



Video 2



********************************************************************************************************************************

1
 2
Kumpulan penduduk yang mendesak padang bolasepak dikembalikan ke status asal dan tidak dibangunkan dengan projek perumahan Rakyat.
 3
Kamaruddin Jaafar, Penyelaras Parlimen Bandar Tun Razak
 4
Azmin Alin,Menteri Besar Selangor
 5
 6
7
8 
 9


Saturday, 11 November 2017

Kenapa pengundi masih memilih pembangkang di Parlimen Batu? Apa salah kerajaan BN?

Acara : Majlis Perasmian Pusat Komuniti Beringin

Lokasi : PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur

Tarikh : 11/11/2017




Video 1 - Lontaran soalan Menteri WP, Tengku Adnan kepada ketua ketua komuniti dan ahli ahli politik parti komponen BN yang hadir di majlis perasmian Pusat Komuniti Beringin. Apa lagi yang belum kerajaan BN lakukan untuk kesejahteraan rakyat khusus nya masyarakat yang tinggal dalam kawasan Parlimen Batu walaupun PDM Beringin telah pun beralih kepada BN pada PRU13 yang lalu.



*************************************************************************************************************************************

Perkongsian laporan oleh Portal BNBBC

11 JUN: Seperti ada tak kena kepada mereka, demikian kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor susulan langkah Kerajaan Selangor melarang jabatan dan agensi negeri  tersebut melanggan akhbar Utusan dan Berita Harian.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyifatkan tindakan berkenaan adalah dangkal dan bertentangan dengan dasar langit terbuka pelbagai maklumat yang dinikmati masyarakat Malaysia dewasa ini.

Bagaimanapun beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Nan menjelaskan bahawa itu tindakan itu adalah hak Kerajaan Selangor yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Itu hak mereka berbuat demikian, saya pun tak tahu apa kebaikannya mereka buat macam tu, biarlah rakyat Selangor menilaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan perasmian Pusat Komuniti Beringin di Program Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di Kepong, pada Sabtu.

Mengulas lanjut pusat komuniti tersebut, ia adalah inisiatif kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memberi keselesaan kepada masyarakat di PPR Beringin.

"Dengan terbinanya bangunan ini, maka tiada lagi kesulitan yang dihadapi masyarakat di sini melaksanakan aktiviti dan program kemasyarakatan di sini.

"Selain itu juga telah dibina surau Jumaat dan pembinaan 12 unit gerai penjaja di kawasan ini yang telah siap pada Julai lalu," katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.

Pusat Komuniti Beringin yang menalan kos RM8 juta memiliki keluasan 21,430 kaki persegi dilengkapi dengan dewan serbaguna berhawa dingin, tiga buah gelanggang badminton dan satu gelanggang bola keranjang.

"Terdapat juga bilik persalinan, pejabat, bilik solat serta lot parkir untuk kemudahan orang ramai," ujarnya

******************************************************************************************************************************************************************************************************************

1
 2
Peniaga medan selera PPR Beringin bergambar bersama Menteri WP 
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10