Google+ Followers

Friday, 18 January 2013

Chief Economist yang dipecat sah ahli PKR


Venue : Dewan Keadilan, Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Azmin Ali

Date : 17/1/2013 @ 11.00 am



1.
 2.


KENYATAAN MEDIA  |  17 JANUARI 2013

HENTIKAN TEKANAN POLITIK DALAM SEKTOR KORPORAT

Saya merujuk tindakan pengurusan Bank Islam yang menggantung serta-merta perkhidmatan Saudara Azrul Azwa Ahmad Tajuddin dari jawatannya sebagai Ketua Juruekonomi (Chief Economist) ekoran pandangan yang dibuat mengenai senario keputusan PRU - 13 yang pastinya menjadi perhatian pelabur dan pengurus dana antarabangsa.

Tindakan tergesa-gesa oleh pengurusan Bank Islam itu meninggalkan kesan yang buruk kepada profesionalisme sektor korporat dan pengurusan institusi kewangan, terutamanya yang dikawal oleh kerajaan.

Dari pengamatan saya, Saudara Azrul Azwa membentangkan hujah-hujah beliau yang memberikan beberapa senario sebagai kemungkinan keputusan pilihanraya. Senario-senario ini adalah berdasarkan analisa beliau. Saya berpandangan, analisa yang diberikan itu adalah satu pendapat profesional yang didasarkan kepada angka-angka yang boleh dipertahankan.

Sewajarnya sektor korporat Malaysia menggalakkan pengurusan tertingginya supaya bertindak secara objektif dan bebas, asalkan mereka dapat mempertahankan keputusan yang diambil secara empirikal dan rasional. 

Keyakinan pelabur kepada syarikat-syarikat besar negara, terutamanya GLC yang dikawal kerajaan, banyak bergantung kepada budaya kerja profesional dan amalan tata kelola yang dipamerkan oleh pengurusan syarikat-syarikat ini.

Oleh sebab itu, tindakan tergopoh - gapah menggantung Saudara Azrul Azwa membayangkan ada tekanan politik agar tindakan tersebut diambil. 

Kenyataan Saudara Azrul Azwa bahawa beliau bersimpati dengan ketuanya yang terpaksa berhadapan dengan tekanan politik susulan peristiwa ini mengesahkan wujudnya campur tangan politik di dalam pengurusan Bank Islam dan GLC yang lain.

Maka, saya menggesa Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk menghentikan serta merta campur tangan dan tekanan politik terhadap pengurusan Bank Islam supaya mereka boleh berkhidmat secara profesional dan bebas.

Saya juga menyarankan supaya pengurusan Bank Islam membatalkan penggantungan perkhidmatan Saudara Azrul Azwa memandangkan tindakan Bank Islam memberi gambaran institusi ini tidak menghargai profesionalisme dan kebebasan minda yang diamalkan oleh ketua juruekonominya sendiri.


AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN


3 comments:

  1. saya sarankan dia carik kerja lain, JUAL AISKRIM DLM JAMBAN PKR ke ???? bank islam telah mengambil tindakan yang betul kerana kerajaan melalui tabung haji adalah antara pemegang saham utama di bimb (+18%). dia lupa atau sengaja menggunakan kedudukan sebagai ketua ekonomi syarikat utk mengeluarkan kenyataan bersifat spekulasi semata dan bermakna juga menentang pemegang saham syarikat di mana dia bekerja dan menerima gaji. jika mangkuk taik ini ingin contest keputusan majikannya, dia harus mengambil tindakan mahkamah itu pun jika tidak pernah menandatangani apa2 "letter of undertaking" (jika ada) dgn majikannya....

    ReplyDelete
  2. Thanks for your personal marvelous posting! I actually enjoyed reading it, you are a
    great author.I will make sure to bookmark your blog and may
    come back down the road. I want to encourage one to continue your great job, have a nice afternoon!



    My web blog ... setters

    ReplyDelete
  3. Great goods from you, man. I've keep in mind your stuff previous to and you're just too
    excellent. I actually like what you've acquired here, certainly like what you are stating and the way in which through which you assert it. You're making it
    enjoyable and you still care for to keep it smart.
    I can't wait to read much more from you. That is really a wonderful site.

    Take a look at my web page ... noises

    ReplyDelete