Monday 14 January 2013

Cikgu Bard jatuhkan air muka Unit Amal

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Countdown KL112

Date : 11/1/2013 @ 9.00 pm


Saya terpaksa akui bahawa Cikgu Bard memang mempunyai keterampilan yang mampu menarik penonton dalam ceramah ceramah politik. Akan tetapi....beliau mungkin terlupa  menggunakan budi bicara sebagai pengacara dan penganjur yang budiman dalam menegur petugas petugas Unit Amal yang menjalankan tugasan hakiki mereka mengutip sumbangan dari para hadirin.

Mungkin disebabkan tertekan kerana kehadiran orang ramai tidak mencapai jumlah minima yang diharapkan, maka Cikgu Bard telah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan dengan menggunakan sistem pembesar suara untuk mengingatkan Unit Amal siapa punya tabung yang perlu dipenuhi pada malam tersebut. 

Cikgu Bard pasti nya kurang senang dengan video ini, tapi apa kan daya saya terpanggil untuk menegur beliau dengan cara begini... Beliau sepatutnya bersemuka dengan ketua Unit Amal yang bertugas malam tersebut dan minta anak anak buah beliau bekerjasama. Bagi lah muko sikit, jangan main sodap mulut jo hontam orang dongan maik (mic)..silap hari tertolan maik tu jang oooi...




4 comments:

  1. Betul2 tak reti jaga hati orang, main sedap muilut puaka dia saja. Unit Amal dan PAS wajib boikot saja lahanat ini. Jangan sampai "tertolan maik tu".. TK Sdr Jinggo. Cekap tn tangkap apa lahanat ni cakap.

    ReplyDelete
  2. Gua x rasa apa yg kasar pun dalam ucapan dia.... biasa jer pun... ishhhh... sensitif x bertempat la pulak.. normal la buat stage.. belakang pentas la tempat makan, nak kira duit, nak interview ke apa pun...

    ReplyDelete
  3. a'ah la..normal kot ckp mcm 2..xde pelik pn..blkg stage tmpat wat keja biasanya,nk mkn ke,nk smyg ke,nk kire duit,nk prepare pape ke..mmg blkg stage la. Even klu Maharaja Lawak Mega pn artis tukar baju kat blkg stage..xdenye nk tuka dpan2 audiens.. Just my 2cent..not a political reason.

    ReplyDelete
  4. Minah dari johor ni, apa hal mengaku anak felda. tetapi perangai entah lah. yang dok pegang tangan reporter buat pe, muhrim kamu ke. emm tunjuk lah tauladan yang baik. nak ubah? ubah lah diri sendiri dulu.

    ReplyDelete