Sunday 3 February 2013

Wan Azizah terima anugerah pengiktirafan ABIM

Venue : Auditorium, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor

Event : Himpunan  HELWA Kebangsaan 2013 anjuran HELWA (ABIM), SALWA (WADAH) dan HEWI (PKPIM)

Date : 2/2/2013 @ 9.00 am

(Quote)
PENGENALAN
Dalam sejarah perkembangan PKPIM (mulai 1961), ABIM (mulai 1971) dalam WADAH (mulai 2006), wanita turut menjadi ahli yang bergiat cergas dalam kegiatan yang dijalankan. 
Kesinambungan keahlian dari PKPIM ke ABIM ke WADAH adalah sesuatu yang unggul, yang diharapkan, tetapi tidak semestinya berlaku. Semenjak keanggotaa n ABIM dibataskan kepada ahli-ahli berusia 40 tahun ke bawah, ada sejumlah ahli senior yang terputus hubungan dan tidak pasti ke mana hala tuju. 
Justeru timbul tanda tanya: Sejauh manakah wanita dalam harakah Islamiyah ini masih bersatu dalam kesatuan pemahaman dan matlamat mengangkat martabat umat menerusi program-program dakwah Islamiyah dan kebajikan masyarakat? Sejauh manakah ahli-ahli jamaah masih istiqamah dan komited kepada misi besar jamaah sebagai agen perubahan dan pemimpin tamadun khayra ummah, khusus dalam abad ke 21 ini?

Oleh yang demikian, tujuan utama Himpunan ini ialah untuk mempertemukan SALWA dengan generasi muda HELWA dan HEWI, serta menyambung dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli jamaah.
OBJEKTIF
  • Memugar semangat juang wanita
  • Meningkatkan kesedaran sosio-budaya-politik dan ehwal semasa dalam kalangan wanita
  • Mencerdaskan daya pemikiran wanita untuk merangsang kejayaan umat
  • Mempertemukan para “senior” (SALWA) dengan generasi muda HELWA dan HEWI
  • Menyambung dan mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan wanita jamaah



1/23
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10



11 
 12
 13
 14 Ucapan aluan oleh Pengarah Program, Dr Rahmah Hashim, Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
 15
 16
 17
 18 Amanat dari Dato' Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
 19
20 Presiden PKR, Wan Azizah menerima Anugerah Sayyidatina Khadijah 2012 dari Dr Siddiq Fadzil 

ANUGERAH SAYYIDATINA KHADIJAH 2012

Anugerah Sayyidatina Siti Khadijah adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan sepanjang hayat aktivitis muslimah atas pengorbanan yang tinggi dalam menegakkan kebenaran dan keadilan serta menjadi contoh teladan kepada wanita, khususnya wanita Islam di Malaysia.

Anugerah ini pertama kali diperkenalkan pada 2012 sempena Himpunan Helwa Kebangsaan 2013. Anugerah ini dianugerahkan kepada aktivitis muslimah yang telah menunjukkan semangat juang, istiqamah dan pengorbanan yang tinggi dalam mengakkan kebenaran dan keadilan.

Penerima anugerah juga merupakan seorang yang telah memberikan sumbangan besar dalam membawa prerubahan terhadap pembangunan dan peningkatan kedudukan wanita dalam sosio-politik-ekonomi masyarakat di dalam atau/dan luar Negara.

Akhlak yang mulia dan syahsiah yang boleh dikategorikan juga dititik beratkan ke atas kriteria penerima anugerah. Di samping itu, ketokohan kepimpinan, penonjolan jati diri serta ketrampilan dalam kalangan kaum wanita juga diberi penekanan.


   21
 22
 23


3 comments:

  1. Bagus ... bela suami peliwat

    ReplyDelete
  2. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA ANUGERAH INI? APA KRITERIANYA? BOLEHKAH IKUT SEPERTI SAYIDATUL KADIJAH? ADAKAH ISTERI NABI PERNAH BERCAKAP BOHONG? ADAKAH ISTERI NABI MENYOKONG AMALAN SONGSANG SEPERTI LGBT? ADAKAH ISTERI NABI KATA BOLEH MELIWAT DAN BERZINA DENGAN CHINA DOLL DIHALALKAN DALAM ISLAM? DAN? AKHIR SEKALI BOLEH BERZINA DENGAN ISTERI ORANG? TOLOGNLAH JANGAN DI KOTORI DAN PERCACAI NAMA SITI KHADIJAH....TOLONG HENTIKAN WAYANG POLITIK MURAHAN....

    ReplyDelete
  3. We inform everyone in Malaysia and Australia about YIP KUM FOOK(lawyer). He is the chairman of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.

    This YIP KUM FOOK do not refund Rm20,000.00 to our Ven. Nandiya (Myanmar Monk), he recently lived in Australia Buddhist Temple SASANA DAJA 49 Bombay Street, Lidcombe, NSW 2141 Australia

    If anyone goes to SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, please inform to (Yip Kum Fook) about the refund of monks.

    May you all do good deeds and protect the Buddha. Protection is better than doing anything in Buddhism.

    By Myanmar Buddhist in Malaysia

    ReplyDelete