Wednesday, 13 February 2013

Fokus isu - Insiden Najib di BOOO di CNY Penang

Venue : Padang Han Chiang High School, Pulau Pinang

Event : Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran BN Pulau Pinang

Date : 11/2/2013 @ 9.00 am - 1.00 pm


Fokus isu :


Ini petikan daripada entry utama saya mengenai Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 Anjuran BN Pulau Pinang


4. Ucapan Najib mendapat sambutan baik dari para hadirin. Tetapi bila sampai ketika beliau cuba mendapat respon hadirin dengan bertanya "Are you ready for BN?" setelah bertanya "Are you ready for Psy?", kedengaran sebahagian kecil mereka yang berkata "Noooo".. Ketika itu saya betul betul berada didalam kumpulan penonton disebelah kiri Najib. Yang jelas pada pandangan saya mereka mereka cuma mengajuk atau 'jestered' DS Najib kerana tak sabar menunggu Psy. Mereka kelihatan riang dan ceria dan tidak nampak tertekan ketika itu. Malah saya pun turut mengajuk dan memuncungkan mulut seolah olah mengatakan "Nooo" bersama mereka. 

Rakaman video ini dilakukan oleh anak saya dari atas platform jurugambar yang disediakan penganjur. Oleh kerana terlalu ramai jurugambar diatas platform tersebut, gegaran visual tidak dapat dielakkan.  Saya ingin berkongsi video ini kerana walaupun saya mendengar laungan 'booo' dari kelompok kecil penonton dibahagian depan, external microphone yang kami gunakan tidak dapat merakam bunyi 'booo' atau 'Noooo' tersebut secara jelas. Ini menunjukkan bahawa bunyi tepukan dan sorakan yang lebih memihak kepada menyokong Najib lebih kuat secara keseluruhan nya. 

Untung nya saya kerana dapat mengalami dan menganalisa kedua dua senario. Satu berada betul betul didalam kelompok kecil yang membuat bunyi 'booo' atau 'Nooo'  dan satu lagi mendapat rakaman dari sudut luas berhadapan dengan pentas utama... Jadi terpulanglah kepada pembaca untuk membuat andaian sendiri dengan fakta yang saya telah persembahkan. 

Seperti biasa hasil kerja saya hanya melibatkan editing yang paling minima, potong, naik kan volume untuk lebih jelas , watermarking dan terus naik muat ke YouTube... itu saja

 35  Usaha berani mendapatkan respon hadirin yang diketahui tidak semua nya menyokong BN.... Syabas Najib Razak !!


3 comments:

  1. najib razak memang pahlawan Melayu. please save us from PR!

    ReplyDelete
  2. We inform everyone in Malaysia and Australia about YIP KUM FOOK(lawyer). He is the chairman of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.

    This YIP KUM FOOK do not refund Rm20,000.00 to our Ven. Nandiya (Myanmar Monk), he recently lived in Australia Buddhist Temple SASANA DAJA 49 Bombay Street, Lidcombe, NSW 2141 Australia

    If anyone goes to SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, please inform to (Yip Kum Fook) about the refund of monks.

    May you all do good deeds and protect the Buddha. Protection is better than doing anything in Buddhism.

    By Myanmar Buddhist in Malaysia

    ReplyDelete