Venue : Padang Han Chiang High School, Pulau Pinang
Event : Sambutan Tahun Baru Cina 2013 anjuran BN Pulau Pinang
Date : 11/2/2013 @ 9.00 am - 1.00 pm
Catatan ringkas :
1. Satu percubaan yang berani dan terpuji oleh Najib Razak dalam berdepan dengan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang disatukan dalam satu majlis 1Malaysia tanpa mengira latar belakang politik dinegeri yang tidak diperintah oleh Barisan Nasional
2. BN membelanjakan (RM1.5? juta ?) hanya untuk membawa masuk penghibur sensasi dari Korea , Psy yang popular secara mendadak dengan Oppa Gangnam Style beliau sebagai daya tarikan utama.
3. BN mengadakan pelbagai acara besar diseluruh negara, tetapi hadirin boleh dikatakan rata rata nya penyokong kerajaan. Tetapi majlis di Pulau Pinang ini amat amat berbeza kerana faktor Psy yang menyebabkan penyokong kerajaan negeri pun tidak boleh melarikan diri dari menghadiri majlis ini.
4. Ucapan Najib mendapat sambutan baik dari para hadirin. Tetapi bila sampai ketika beliau cuba mendapat respon hadirin dengan bertanya "Are you ready for BN?" setelah bertanya "Are you ready for Psy?", kedengaran sebahagian kecil mereka yang berkata "Noooo".. Ketika itu saya betul betul berada didalam kumpulan penonton disebelah kiri Najib. Yang jelas pada pandangan saya mereka mereka cuma mengajuk atau 'jestered' DS Najib kerana tak sabar menunggu Psy. Mereka kelihatan riang dan ceria dan tidak nampak tertekan ketika itu. Malah saya pun turut mengajuk dan memuncungkan mulut seolah olah mengatakan "Nooo" bersama mereka.
5. Keratan rakaman video ucapan Najib ketika membuat janji dan juga ketika insiden boo boleh di tonton di BENARKAH NAJIB DI BOOO?
1/54 Sepanjang jalan menuju lokasi majlis dibarisi bendera bendera Barisan Nasional seolah olah memberi gambaran Pulau Pinang sudah dibawah pentadbiran BN.
2
3 Apa tugas dan bidang kuasa Petugas Community Policing ini ?
4 Panas yang tidak terhingga sehingga pelbagai kreativiti digunakan untuk menahan nya
5 Pentas untuk petugas media disediakan tapi kalau disediakan air kan ke lebih prihatin tetambah mereka ini berdiri terpacak dalam panas tanpa ada perlindungan langsung dari panas terik.
6 Crowd pelbagai kaum
7 Crowd pelbagai kaum
8 Berasak asak untuk melepasi satu satu nya pintu masuk ke tapak majlis. Tiada lorong petugas dan tiada lorong kenamaan disediakan. Semua nya berasak asak bagai nak gila dalam panas terik.
9
10
11
12
13
14
15 Shila Amzah dengan empat lagu
16
17 Pentas bergerak untuk ceramah BN sudah mula digunakan dengan meluas di Pulai Pinang.
18
19 Akhirnya kawalan majlis ini diambil alih oleh FRU setelah anggota RELA kelihatan tidak mampu mengawal suasana di pintu masuk.
20 Rosmah Mansor mendahului Najib Razak memasuki padang lokasi majlis
21
22
23 Najib Razak
24
25 Pak Lah sekarang bergerak bersendirian tanpa pasangan... apa sudah jadi?
26
27
28 Bukan semua yang hadir penyokong BN... Ramai daripada mereka terdiri dari penyokong kerajaan negeri
29 Kerusi yang bersetentangan Najib Razak tertulis nama Lim Guan Eng, tapi beliau dilaporkan tidak dapat hadir kerana menyambut ketibaan Permaisuri Agung di Lapangan Terbang Bayan Lepas.
30
31
32
33
34
35 Usaha berani mendapatkan respon hadirin yang diketahui tidak semua nya menyokong BN.... Syabas Najib Razak !!
36 Satu lagi perhitungan yang berani oleh pasangan no 1 negara... semua nya dalam usaha memenangi hati para hadirin.
37
38
39
40 Akan tetapi acara Loh Sang ini tidak lengkap kerana pengacaraan majlis yang huru hara ... Psy yang dipanggil keluar untuk bersama sama VVIP melakukan Loh Sang tidak keluar ke pentas.. Alasan yang di umumkan ialah Psy masih lagi melakukan persiapan.. Acara ini berjalan sepintas lalu dalam keadaan kelam kabut... Sepatutnya fokus diberikan kepada acara Loh Sang yang membawa signifikan kepada sambutan Tahun Baru Cina
41 Jenuh diseru... Psy.. tidak muncul muncul juga...panggil kuda naik kepentas pun lagi senang agaknya..
42 Sementara menunggu Najib sempat juga mengambil gambar menggunakan telefon bimbit beliau
43 Sudah nya semua VVIP yang begitu teruja menunggu kemunculan Psy terpaksa meninggalkan pentas setelah beliau gagal muncul ... apakah Psy telah "mengencing" VVIP yang berada diatas pentas seperti yang sesetangah pihak dakwa? Dakwa mereka Psy tidak mahu terlibat dalam acara yang nampak 'political' atau memihak kepada sesuatu pihak politik secara terang, tetapi pihak penganjur tidak ambil peduli dan meneruskan kan juga acara tersebut dengan melibat kan Psy ... Adakah benar dakwaan ini?
Anda boleh tonton rakaman video di PENGACARA MEMALUKAN TETAMU VVIP
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
Syabas DS Najib.. Tahniah brader Jinggo
ReplyDelete