Tuesday 23 December 2014

Pemberian BR1M satu kesalahan amat besar oleh kerajaan Najib

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur


Tarikh : 20/12/2014


Video 5 mengandungi :

Pengakuan  Tun Dr Mahathir bahawa beliau telah berkali kali menegur Najib Rzak mengenai pemberian BR1M tetapi teguran beliau tidak diendahkan.  Tun Dr Mahathir jelas kecewa dengan cara populis yang hanya bertujuan untuk mengambil hati pengundi tetapi tidak membantu rakyat meningkatkan keupayaan mereka untuk berdikari 





52 comments:

  1. Tiada lagi undi kasihan untuk BN @ UMNO pada PRU 14! Selamat tinggal Najib! Tak mengundi lagi bagus! Najib Pengkhianat Melayu Sejati!

    ReplyDelete
  2. Kalau BR1M itu kesalahan yang amat besar, macam mana dengan songlapan Mamak ini lebih dari RM100 billion, lagipun BR1M itu hanyalah lebih2 lagi RM80. Haramjadah betul Mahathir ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pyhlah dok maki org..kau yg paling awal baris utk ambil brim..x pun keturunan kau awal2 yg isi borang brim..phuiih. aku rada yg dok sodok punggung org lg byk songlap duit rakyat..

      Delete
    2. RM 100 bilion itu kau ada buktikah Tun Dr. Mahathir salahgunakan wang itu? Tak ada bukti jangan nak menuduh sesuka hati, kerana jika orang tuduh kau berzina dengan mak kau dengan tanpa bukti tentu kau marah jugakan? Jangan nak berlagak pandai sedangkan diri sendiri adalah bodoh tak tahu nak buat apa.

      Delete
    3. Bagi kroni berjuta juta boleh, bagi RM100 sebulan kpd org2 miskin dah mula cakap.........................Celakui

      Delete
    4. Macam Anwar jugalah, Anon 24 December 2014 23:28, gaji sebagai Penasihat Ekonomi Selangor kata hanya RM 1, tapi elaun lain yang dikebas sebanyak RM 15 juta setahun. Dulu Tun Mahathir pecat Anwar sebab Anwar adalah masalah moral dan disabitkan dengan kes jenayah melalak Anwar kata Tun Mahathir zalim sebab pecat dia sedangkan dia bersalah kes jenayah, takkan kerajaan nak biarkan orang macam tu ada dalam kerajaan? Sekarang lihatlah dia pecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebab nak letak bininya jadi Menteri Besar Selangor, tak apa pula, dibuat tuduhan yang bukan-bukan kepada Tan Sri Khalid untuk memburukkan Tan Sri Khalid, nilailah sendiri manusia rakus dan tamak serta penuh dengan dendam kesumat dan perasaan jahat seperti Anwar ini. Sedarlah.

      Delete
  3. Zaman Che Det dah berlalu. Pendekatan cara beliau yang dulu telah menjadikan Melayu sebegini rupa (Melayu hebat, terkehadapan, kaya raya, etc. Ye ke?).Berilah DS Najib pula mencorakkan negara ini ikut cara dia. Setakat ini semuanya OK. Kalau Melayu tak nak ambil BR1M pun OK. Tetapi bagi mereka2 yang merasa keperitan hidup ambillah BR1M disamping menjalankan usaha dan kerja sehari2an yang tak dapat menampung nafkah keluarga. HAI....... KERAJAAN NAK MEMBANTU PUN SALAH??????? HANTAM SAJA LAH LABUUU........... (dulu elok2 jadi PM letak jawatan??? Tak Tahan pressure Anwar????)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..ko rasa anwar tu hebat sgt ke? Phuuuih...

      Delete
    2. Betul zamannya telah berlalu, tetapi semua orang setuju iaitu untuk menolong seseorang itu bukan dengan cara memberi dia ikan tetapi berilah dia pancing!

      Delete
    3. Sbb tu DSN bg BR1M kpd rakyat Malaysia yg berpendapatan RM4k kebawah..sedangkan Tun M hanya mengayakan individu dari bangsa melayu cina india dll sahaja dimana individu2 itu skrg memekak bila DSN x beri lagi pd mereka..DSN beri kpd 1MDB untuk membangunkan negara dan rakyat

      Delete
    4. Zaman Tun Dr. Mahathir, ekonomi negara meningkat, kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir berfikir bagaimana untuk memberi kesenangan kepada rakyat dengan cara yang betul, tapi zaman Najib, hanya guna umpan, dah habis umpan nak beri apa lagi nanti? Tapi biasalah balaci pecacai tukang kipas akan bodek dan ampu sampai ke langit tindakan bodoh Najib itu, orang ini adalah orang yang sokong membawa rebah.

      Delete
    5. Saya sokong tun m ttg brim..nak beri boleh tapi mekanisme pemberian kena difikirkan balik..
      Cth:
      A)Isirumah gaji rm4000 anak sorang dapat..
      B)Isirumah gaji rm4500 anak 4org tak dpt..
      Siapa sebenarnya lebih layak A atau B
      Takkan nak salahkan kote tak bertulang tu..hi..hi

      Delete
    6. Pemberian BRIM hanya akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan sedangkan pembangunan ekonomi negara untuk menjana ekonomi makin berkurangan. Perlu disedari kerajaan perlu berbelanja untuk jana peluang niaga dan peluang kerja kepada rakyat, bukannya belanja wang sesuka hati sedangkan peluang niaga dan peluang kerja kepada rakyat makin menyusut.

      Delete
    7. Gabenor Johor, masa era Tun Dr. Mahathir, lahir ramai usahawan Melayu yang berjaya, mereka diberikan peluang untuk mendapat kontrak-kontrak kerajaan dan juga syarikat berkaitan kerajaan. Misalnya dalam industri perabot, kamu sendiri boleh buat kajianlah bagaiamana di era pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu, banyak pemaju syarikat berkaitan kerajaan membantu para pengusaha perabot bumiputera melalui konsep Payung, sekarang ini dah tak ada, malahan orang kampung nak letak kuih dan nasi lemak di stesen Petronas pun disekat sedang sudah bertahun-tahun orang kampung itu letak nasi lemak di stesen Petronas itu. Ini bukannya halangan dari pemilik stesen minyak itu, tetapi dasar dari kuncu-kuncu Najib yang melingkupkan ekonomi bumiputera dengan alasan transformasi. Dalam isu syarikat perabot itu sendiri, banyak pengusaha Melayu yang dah gulung tikar, yang bankrap akibat dasar-dasar kerajaan yang sekarang ini tidak memihak kepada orang-orang Melayu, hanya kosmetik masa berucap sahajalah. Sedarlah diri.

      Delete
  4. (1) Anonymous24 December 2014 at 00:59:..Satu pendedahan yang amat berat nii..sila kemukakan bukti.

    (2) FORENSIC PATHOLOGY24 December 2014 at 03:03..setuju dengan pendapat anda di mana biar DSN pula mencorakan negara..tetapi..kenapa harus beri ikan tidak pancing..dalam jangka masa yang panjang..ianya akan merugikan bangsa itu sendiri..TUN M melihat dari perspektif yang berbeza dan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 09:41 - bagi duit nak dapatkan undi cara cepat dan mudah..itublah dasar populis yg Tun M bantah. Undi tak kekal lama dan rakyat pun tak bertambah maju dan senang..

      Delete
    2. Banyak wang yang dibelanjakan semasa PRU lepas di selangor dengan mengadakan jamuan makan yang besar untuk menarik pengundi di satu satu kawasan..lepas makan..semua bersorak dan menunjukkan sokongan..tetapi tidak di terjemahkan dlm bentuk undi..akhirnya...kalah jugak di kawasan itu..jadi jelas..pemberian wang adalah satu tindakan yg kurang bijak.

      Delete
    3. Kerajaan Najib berbelanja banyak wang hingga menyebabkan rakyat dikenakan GST, dikurangkan subsidi, malahan ada subsidi yang dimansuhkan, inilah cara pentadbiran lemah Najib dan kuncu-kuncunya. Najib membelanjakan wang negara dengan banyak untuk sokongan jangka pendek yang tak membawa kesan kepada jangka masa panjang, wang yang dibelanja tidak memberikan faedah kepada negara dan sokongan kepada Barisan Nasional dalam jangka masa panjang serta boleh menjadi bom jangka kerana belanja cara tak berhemah macam BRIM itu makin tahun makin meningkat, dari mana kerajaan nak ambil duit jika duit dah habis, takkan nak gunakan rizab Bank Negara Malaysia hingga licin untuk melaksanakan dasar bodoh Najib ini? Barisan Nasional masih relevan sebagai kerajaan, yang tak relevan adalah Najib dan kuncu-kuncu, cara untuk selamatkan UMNO dan Barisan Nasional adalah dengan menyingkirkan Presiden-Presiden parti komponen dalam MCA, MIC, UMNO dan beberapa lagi presiden parti yang hanya tahu merapu dan tak tahu buat kerja. Jika ini dibuat maka diyakini Barisan Nasional akan dapat dipulihkan, Insya Allah.

      Delete
  5. Masing2 ada andaian ttg BR1M yg diberikan oleh DSN..Tun M ada pandangan dia dan kita pun ada pandangan kita dan DSN juga ada pandangan dia sendiri sbb yg memerinfah Malaysia skrg adalah DSN..kenapa dahulu Tun M x didik DSN sbg pengganti beliau??orang pertama yang Anwar Liwat adalah Tun M sendiri, Anwar berjaya meliwat pemikiran dan otak Tun M..yg jd mangsa dan kehancuran Malaysia skrg kita yg kena menanggungnya..MELAYU MUDAH LUPA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernahkan anda lihat Tun Dr. Mahathir mendidik Najib dengan menyuruh Najib memberi BRIM ini? Jangan jadi penyokong membawa rebah, kena lihat realiti sesuatu perkara. Dalam isu BRIM banyak yang tidak bersetuju kerana BRIM ini akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk memberikan one-off sedangkan pulangannya kepada kerajaan tiada apa pun sangat. Saya ingin bertanya, dengan memberikan BRIM, apakah penjanaan ekonomi yang boleh dibuat? Najib perlu berfikir dan berusaha untuk menambahkan peluang niaga, peluang kerja, latihan kepada belia. Saya sendiri pernah cadang supaya lepasan UPSR yang tak minat akademik diberi peluang untuk ke pusat latihan kemahiran supaya selepas pelajar akademik tamat tingkatan tiga, pelajar lepasan UPSR tadi sudah boleh menjadi buruh mahir untuk mengisi ruang kerja yang selama ini dimonopoli oleh pekerja asing yang dibawa masuk secara beramai-ramai oleh Najib selama ini. Apakah pihak kerajaan Najib pedulikan dengan cadangan ini? Mereka hanya syok sendiri, patutnya wang BRIM itu digunakan untuk perkara seperti memperkasakan pendidikan vokasional supaya pelajar yang tamat belajar pada usia 16 tahun boleh masuk pasaran kerja, kemudian dalam tempoh 3 - 5 tahun, mereka boleh dibentuk supaya menjadi usahawan yang menjana peluang kerja kepada lepasan-lepasan pusat latihan itu. Jangan jadi Raja Mendeliar dan Si Kitol, mengampu dan membodek hingga menjatuhkan kerajaan. Sedarlah diri.

      Delete
  6. gabenor johor24 December 2014 at 09:56..Setuju dengan pendapat tuan..itu satu kesilapan TUN M..nasib baik Anwar x jadi PM Malaysia yang berdaulat hingga kini..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong membawa rebah tidak berguna, pemberian BRIM adalah satu kesilapan yang besar, kerana BRIM memerlukan perbelanjaan yang besar, makin tahun makin tinggi perbelanjaanya, jika ke suatu tahap di mana terlalu tinggi perbelanjaannya, wang negara pun dah cukup, nak ambil di mana lagi? Najib memberi umpan tanpa memancing ikan, bila umpan dah habis, ikan tak dapat, umpan pun tak ada lagi, apa gunanya semua ini? Jangan menjadi Si Kitol dan Raja Mendeliar, sokong membawa rebah. Sedarlah diri.

      Delete
  7. Pada hemat saya DSN memberi ikan dan juga pancing. Tetapi...... kalau Melayu sendiri dok guling2 atas jalan raya dan sebagainya macam mana team DSNajib nak buat? Che Det sepatutnya memberi idea penyelesaian hal ini iaitu "Ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di air mati kehausan bukan saja Melayu malas makan dan minum tapi guling2 buang makanan dan air (apa pasal Melayu sendiri hasut Melayu jadi begini?)". Dalam sesuatu pasukan semua ahli mesti bekerjasama mencapai satu matlamat dengan mengembeling tenaga mengikut leader yang dilantik. Usah kritik di public forum? tetapi bincang baik2 di bilik gerakan. Melayu pecah tiga akibat SIAPA? Usah kritik lebih2. Bantu sesama kita.
    Tentang DSAI pula. Siapa kata Anwar hebat? Kalau setakat nak menghancurkan negara tak lah hebat. Yang hebat tu ialah nation building. Bagi rakyat marhaen 27 juta orang ni makan, pakai, hidup comfortable, berakhlak mulia (tak maki hamun orang dan jadi pemfitnah), dan lain2 lagi yang rakyat marhaen berhak mendapatnya.
    Pada hemat saya DSNajib dan pasukan beliau sedang melakukan yang terbaik untuk Melayu dan negara kita. Semoga Malaysia sentisa aman dan makmur. Ameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah ikan dan pancing yang diberikan oleh Najib? Najib hanya beri umpan ikan untuk memancing undi, tetapi bila sampai ke suatu tahap, ikan dah dah habis, nak ambil di mana lagi? Macam dana BRIM jugalah, setiap tahun berbilion ringgit digunakan untuk beri BRIM, kesannya pembangunan negara terjejas kerana kurang wang, oleh itu Najib buat pula GST untuk kutip balik BRIM yang diberikan itu, malahan dikurangkan subsidi supaya rakyat pula beri BRIM kepada Najib. Sila kaji pemberian jumlah BRIM yang diberikan dengan apa yang Najib peras semula dari rakyat melalui GST dan penghapusan subsidi. Jangan menjadi sokong membawa rebah, jadilah orang yang waras.

      Delete
    2. Isunya: Apakah kita waras kalau menikam dari dalam yang pastinya membawa rebah. Tun boleh call DSN just like that. Bincang baik2. Mungkin awak tak susah. Semua cukup. Tapi bagi mereka yang susah, BR1M adalah seribu rahmat. Tetapi mereka tetap juga pergi memancing cara mereka dengan bantuan kerajaan. Buka mata peluang2 yang disediakan oleh agensi2 kerajaan (dari segi latihan hinggalah bantuan modal). Jadilah orang yang positif.

      Delete
    3. Tun Dr. Mahathir bukan setakat dah call, malahan dan buat perbincangan tertutup, malahan memberikan nasihat itu dan ini, tetapi Najib ini akan menjadi tunggul kayu yang tak mendengar apa-apa bila diterangkan kebenaran yang tidak disukainya, tetapi Najib akan menjadi manusia yang sanga aktif mendengar bila dipuji walaupun pujian itu hanyalah sekadar pembohongan untuk menggembirakan Najib. Apa yang salah itu salahlah juga. Saya juga penyokong kerajaan, saya tidak mahu menyokong dasar yang merosakkan oleh Najib ini kerana tidak mahu kerajaan sedia ada tumbang dan menyebabkan rakyat menjadi mangsa. Kalau kamu katakan BRIM ini bagus, boleh terangkan berapa lama kerajaan mampu beri BRIM ini dengan kos sekarang ini mungkin lebih kurang RM 10 bilion berdasarkan kadar bantuan sampai RM 950.00, RM 750.00 dan RM 600.00 melibatkan berjuta rakyat Malaysia. Tahun depan naik lagi, mungkin jadi RM 15 bilion, tahun depan lagi naik lagi jadi RM 20 bilion, sampai bila kerajaan boleh tanggung semua ini? Sudah tentu kerajaan boleh tanggung dengan beri RM 1 kepada rakyat dengan mengutip RM 10 kembali dari rakyat, caranya adalah GST dan pemansuhan semua subsidi yang ada. Kesannya rakyat makin terhimpit dan melarat, akhirnya rakyat marah kepada kerajaan, rakyat undi parti lawan, itukah yang kamu mahu? Sedarlah.

      Delete
  8. Jumlah wang untuk pemberian B1RM itu sungguh besar,. berbillion ringgit. Bila satu orang dapat rm900, agak-agaknya berapa lama ia boleh bertahan dari dibelanjakan ?. Rakyat miskin tetap akan kekal dihimpit kesusahan hidup.
    Lebih baik jika jumlah wang sebesar RM4 billion itu diagihkan kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah dengan membekalkan barangan atau peralatan yang sesuai dengan kerjaya serta kebolehan mereka., Itu akan dapat membantu menjana pendapatan bagi jangkamasa yang lebih panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, patutnya wang BRIM itu dibelanjakan oleh kerajaan untuk jana peluang kerja dan peluang niaga supaya rakyat dapat berniaga dan menjana peluang kerja untuk rakyat Malaysia juga. Selain itu, berhentilah mengambil pekerja asing, sekarang ini nisbah pekerja asing dengan rakyat Malaysia adalah 1:5, iaitu dalam 6 orang penduduk Malaysia termasuk pekerja asing, 1 orang pekerja asing dan 5 orang rakyat Malaysia, penduduk Malaysia berjumlah 30 juta orang, maka warga asing sebanyak 5 juta orang dan 25 juta lagi adalah rakyat Malaysia. Tidakkan kita berasa gerun dengan keadaan ini? Bayangkan 5 juta pekerjaan dimonopoli oleh pekerja asing sedangkan ramai rakyat Malaysia yang menganggur. Dalam isu ini, pihak kerajaan memang bersalah, saya telah banyak kali dalam facebook, dalam blog Najib menyarankan agar pendidikan vokasional dimulakan mulai umur 13 tahun iaitu selepas tamat UPSR di mana pelajar yang tak minat akademik ini diberikan peluang belajar kemahiran untuk membentuk mereka menjadi buruh mahir bagi menggantikan pekerja asing di negara kita sekarang ini. Sedarlah sekiranya mereka ini diberikan peluang, mereka akan jadi buruh mahir pada usia 16 tahun iaitu usia boleh kerja di negara ini. Dalam usia ini, mereka tak perlukan gaji yang tinggi sangat, gaji minimum RM 900 sekarang pun dah memadai dan dah tinggi bagi pandangan mereka, dan dari tahun demi tahun maka naiklah gaji mereka. Saya menyakini bahawa kerajaan jika memberikan peluang kepada pelajar tak minat akademik ini untuk belajar dalam aliran kemahiran, mereka akan berjaya menjadi buruh mahir dan menjadi aset pembangunan negara, tetapi ini tidak dberikan ruang dan peluang oleh kerajaan Najib sekarang ini.

      Kanak-kanak mudah dibentuk, oleh itu berilah peluang kepada mereka, kerana mereka ini lepas tamat belajar, mereka dapat bekerja, dalam tempoh 3 -5 tahun, mereka ini boleh dibentuk untuk jana perniagaan bagi menjana peluang kerja kepada lepasan pusat latihan itu dan seterusnya bagi melancarkan kitaran tersebut. Kerajaan perlu pertimbangkan perkara ini.

      Para pengampu Najib akan membela Najib dan memuji Najib hingga ke langit, mereka inilah pembodek dan pengampu setaraf Si Kitol dan Raja Mendeliar, mengampu dan membodek hingga musnah negara.

      Delete
  9. Klau kita nak menilai dr segi mendapatkan sokongan maka apa yg tun cakap tue memang betul la. Tapi klau kita menilai apakah yg dilakukan oleh DS Najib sebagai usaha untuk membantu rakyat maka wajarkah kita nak menidakkan usaha beliau? Pada sy tak timbul soal nak dapatkan sokongan atau membazirkab usaha yg sepatutnya dalan membina modal insan ke aras membolehkan rakyat berdikari. Kita hanya melihat Brim tetapi adakah kita juga melihat lain-lain usaha seperti skim latihan graduan, pembangunan pelan induk pendidikan dan pelbagai lagi... adakah itu bukab usaha pembinaan keupayaan rakyat? Lagipun seperti yg telah dijelaskan byk kali brim ini bukan suatu yg kekal... akan ditamatkan bila kerajaan rasa dah tak perlu. Soalnya sekarang tun dah letakkan satu standard yg amat tinggi utk kepimpinan selepas beliau teruskan... namun apakah situasi semasa atau zaman mengizinkan? Klau kita bercakap soal perindustrian yg menjadi teras pada zaman tun, apakah boleh kita teruskan dlm keadaan persaingan yg begitu sengit? Dgn kemunculan pesaing2 baru spt vietnam yg mampu menawarkan kos yg lebih rendah? Apakah kita mampu sekarang? Dgn kata lain adakah org kita sanggup bekerja dengan gaji yg rendah sbgmana org luar bekerja? Sbb tue zaman berubah... zaman tun dulu xder whatsapp... segala yg sampai pada kita hanyalah media arus perdana. Bukan saya nak menyokong sgt DS Najib. Byk tindakan beliau yg sy tak sependirian terutama dlm hal2 berkenaan keselamatan & ketenteraman awam sepertj penghapusan ISA & ura2 kpd penghapusan akta hasutan. Sy juga bukan macai kpd siapa2. Bukan macai tun & bukan juga maca DS najib... walaulun nak sebut perkataan macai pun sy jelik sbb maknanya huduh sgt. Sy hormat kpd tun, sy membesar pada zaman tun... namun pemimpin yg baru harus diberi ruang & peluang utk mencorakkan apa yg perlu dilakukan utk negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isunya sampai bila kerajaan Najib mampu beri BRIM? Jumlah pemohon makin meningkat, makan jumlah belanja BRIM juga makin meningkat, dari mana kerajaan nak cari dana untuk berikan BRIM yang makin meningkat dari setahun ke setahun kos perbiayaannya itu? Caranya adalah dengan membebankan rakyat iaitu dengan pemansuhan subsidi, mengenakan GST, kesannya rakyat akan menghadapi krisis ekonomi di mana kos sara hidup makin meningkat sedangkan pendapatan tak selari dengan peningkatan kos sara hidup. Cara yang Najib buat ini adalah seperti memberikan RM 1 kepada rakyat, kemudian dia akan kutip semula RM 10 dari rakyat melalui GST dan pemansuhan subsidi, ini usaha untuk membantu rakyat? Dalam isu skim latihan, apakah kerajaan mengkaji keberkesanan skim latihan itu? Berapa ramai graduan yang dilatih itu berjaya dalam alam pekerjaan atau alam perniagaan selepas tamat latihan? Saya dalam facebook, dalam blog Najib menyarankan agar pendidikan vokasional dimulakan mulai umur 13 tahun iaitu selepas tamat UPSR di mana pelajar yang tak minat akademik ini diberikan peluang belajar kemahiran untuk membentuk mereka menjadi buruh mahir bagi menggantikan pekerja asing di negara kita sekarang ini. Sedarlah sekiranya mereka ini diberikan peluang, mereka akan jadi buruh mahir pada usia 16 tahun iaitu usia boleh kerja di negara ini. Dalam usia ini, mereka tak perlukan gaji yang tinggi sangat, gaji minimum RM 900 sekarang pun dah memadai dan dah tinggi bagi pandangan mereka, dan dari tahun demi tahun maka naiklah gaji mereka. Saya menyakini bahawa kerajaan jika memberikan peluang kepada pelajar tak minat akademik ini untuk belajar dalam aliran kemahiran, mereka akan berjaya menjadi buruh mahir dan menjadi aset pembangunan negara, tetapi ini tidak dberikan ruang dan peluang oleh kerajaan Najib sekarang ini.

      Kanak-kanak mudah dibentuk, oleh itu berilah peluang kepada mereka, kerana mereka ini lepas tamat belajar, mereka dapat bekerja, dalam tempoh 3 -5 tahun, mereka ini boleh dibentuk untuk jana perniagaan bagi menjana peluang kerja kepada lepasan pusat latihan itu dan seterusnya bagi melancarkan kitaran tersebut. Kerajaan perlu pertimbangkan perkara ini.

      Para pengampu Najib akan membela Najib dan memuji Najib hingga ke langit, mereka inilah pembodek dan pengampu setaraf Si Kitol dan Raja Mendeliar, mengampu dan membodek hingga musnah negara.

      Pemimpin yang baru memang harus diberi peluang, tetapi pemimpin yang syok sendiri tanpa mempedulikan apa akan berlaku kepada negara dan rakyat mesti disingkirkan.

      Delete
    2. Berhubung isu perindustrian, apakah kerana munculnya Vietnam yang menjadi negara industri dengan kos rendah maka Malaysia perlu meninggalkan sektor industri? Kerajaan sendiri telah melihat bagaimana kenaikan kos sara hidup menyebabkan negara tidak kompetitif dalam sektor perindustrian di mana gaji yang tinggi akan menyebabkan harga keluaran tinggi dan kurang mendapat pasaran di peringkat antarabangsa, persoalannya, apakah usaha kerajaan untuk tangani isu ini? Sebab itulah saya menyarankan agar pihak kerajaan memberikan peluang kepada pelajar lepasan UPSR untuk menjadi buruh mahir melalui sistem latihan kemahiran selepas tamat UPSR, kerana mereka boleh bekerja masa umur 16 tahun, malahan mereka boleh dibentuk menjadi majikan dan usahawan dalam tempoh 5 - 10 tahun selepas tamat belajar melalui kaedah pendidikan di mana mereka semasa bekerja digalakkan mengambil diploma kemahiran, selepas itu ambil Diploma Lanjutan Kemahiran (setaraf ijazah jika dalam akademik) supaya mereka boleh jana peluang kerja kepada lepasan-lepasan baharu pusat latihan tadi. Apa pun nak dibuat kenalah berstruktur dan istiqomah serta penyeliaan yang teliti, jangan lepas buat lepas tangan lepas tu tunggang langgang semuanya.

      Kerajaan perlu menyedari isu ini, kerajaan perlu berubah untuk terus survive dalam arena politik dan ekonomi. Negara banyak kali dilanda krisis, masa Tun Dr. Mahathir, banyak kali dilanda krisis, krisis politik dan krisis ekonomi, tetapi kerajaan menjalankan kerja dengan betul, memacu negara untuk mengatasi krisis berkenaan, ekonomi stabil, rakyat ada kerja, rakyat ada pendapatan, rakyat gembira dengan kerajaan, maka walau ada krisis macam mana pun, kerajaan masih mendapat sokongan rakyat tidak kurang dari 2/3 di parlimen. Kerajaan Najib sekarang ini perlu kaji apa yang dibuat oleh kepimpinan terdahulu untuk mentadbir dengan betul, bukannya syok sendiri tak tentu hala.

      Malahan isu whattsapp ke apa ke, tak ada gunanya dalam ekonomi dan kesejahteraan rakyat, yang penting adalah kerajaan buat kerja dengan betul untuk kesejahteraan negara dan rakyat, dulu tak ada whattsapp pun kerajaan ok sahaja disokong semua lapisan masyarakat, kegagalan kerajaan sekarang mendapat sokongan ramai kerana kegagalan kerajaan memahami kehendak rakyat yang mahukan ekonomi yang stabil, serta keselamatan yang stabil, dengan cara Najib sekarang ini, ekonomi makin tenat, keselamatan tunggang langgang dan porak peranda. Sedarlah.

      Delete
    3. Isu pasal Whatapps itu isu kecil, tak ada gunanya pun. Kalau kerajaan tahu mengurus negara dengan baik, maka kerajaan akan dapat sokongan rakyat. Dalam isu penerangan sesuatu isu kepada rakyat, cara kerajaan memberikan penerangan adalah sangat lemah, macam isu GST, lihat iklan dalam televisyen, GST dikatakan akan menambahkan pendapatan negara dan untuk memacu permbangunan negara, lepas tu suruh layari laman web kastam kalau nak tau lebih lanjut, penerangan jenis apakah ini? Orang-orang kampung, orang pedalaman, orang-orang tua yang tak ada internet, nak layari laman web kastam macam mana? Kerajaan sendiri gagal dalam mengurus, sebab itulah sokongan kepada kerajaan makin menjunam, malahan dengan dasar bodoh kerajaan Najib sekarang ini yang menyebabkan kos sara hidup makin naik, pendapatan tidak selari dengan peningkatan sara hidup, terutama di kawasan bandar, macam mana orang-orang sebegini nak menyokong kerajaan bila mereka sendiri susah dan kerajaan masih dengan perangai dungu dan bebal tak mau mengambil tahu apa yang sebenarnya kehendak rakyat iaitu ekonomi yang stabil di mana kos sara hidup adalah berpadanan dengan kos pendapatan, peluang pekerajaan dan perniagaan yang dalam keadaan baik, serta keselamatan rakyat terjamin. Sekarang ekonomi makin teruk, jenayah sana sini, ini semua lepas Najib lepaskan penjenayah tegar dan ketua kumpulan jenayah terancang seramai 3000 orang dari Penjara Simpang Renggam sebelum inilah, dimansuhkan pula ISA dan Ordinan Darurat, nak basmi jenayah terancang pun susah sebab dah tak ada mekanisma yang boleh tahan ketua-ketua penjenayah ini sebab Ordinan Darurat dan ISA yang selama ini berkesan mencegah penjenayah ini dah dimansuhkan.

      Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri di parlimen yang menyatakan bahawa selepas pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat, pihak polis sukar nak ambil tindakan untuk kekang masalah pengganas IS dan ISIS yang meracuni pemikiran muda mudi di negara ini. Sedarlah

      Delete
  10. Dalam isu kos pengeluaran, Tun Dr. Mahathir telah menyarankan kerajaan supaya memajukan penggunaan teknologi dalam sektor industri negara. Dengan penggunaan teknologi, pengeluaran akan bertambah dan kos penghasilan barang adalah boleh dikurangkan dan kompetitif dengan pesaing-pesaing seperti di Vietnam dan sebagainya itu. Jangan hanya melihat permukaan pada satu arah sahaja, tetapi lihat semua arah dan hingga ke dasar untuk melihat ruang dan peluang yang sebenarnya diabaikan selama ini.

    Negara boleh berjaya jika kepimpinan atasan berwawasan dan berfikiran jauh serta berusaha gigih untuk menjayakan negara ini. Tetapi kalau pemimpin jenis syok sendiri dan gila diampu dan dibodek tak tentu hala, maka nak berjaya macam mana? Oleh itu sedarlah semua.

    ReplyDelete
  11. STRATEGI MEMANFAATKAN SAINS & TEKNOLOGI KEPADA ORANG MELAYU (dibentang di Holiday Inn Hotel, Glenmarie, Kuala Lumpur pada 2004. N/B: Rumah Melayu atap zing di Tanjung Tokong dari Utusan Malaysia ada di pamerkan supaya tindakan berimpak tinggi SEGERA dijalankan oleh pihak yang berwajib. Tapi..... "kawasan PM masa tu" hingga ke hari ini sama saja dan lebih menyedihkan lagi became worst. Melayu... forget about Si Kitol dan Raja Mandeliar. Work together for better future)

    Kesimpulan Seminar:

    Pemanfaatan inovasi terbaru dalam bidang sains dan teknologi terkini tidak menjamin kesejahteraan orang Melayu pada masa hadapan tanpa penyelesaian terbaik secara sains sosial. Pengagehan kekayaan hasil daripada sains dan teknologi itu dengan adil dan saksama kepada orang Melayu perlu dipertekankan.

    kumpulan pemikir Melayu untuk berbincang mencari idea dan memetakan halatuju dan cara sains dan teknologi boleh dimanfaatkan oleh orang Melayu;

    organisasi Melayu yang boleh mengubah “set minda” (mind-set) orang Melayu untuk mengubah sikap menjadi kaum yang lebih proaktif dan produktif dalam penjanaan pendapatan. Pengubahan set minda ini boleh diperkemaskan dengan bahan bacaan “Revolusi Mental” oleh Allahyarham Dato’ Senu Abdul Rahman.

    Sokongan padu daripada Kementerian Usahawan (dah tah ke mana?) dalam melancarkan usaha kerajaan membantu pengusaha sederhana dan kecil dan juga korporat orang Melayu mengkomersilkan usaha inovasi sains dan teknologi mereka dalam pasaran tempatan dan luar negeri.

    Nota: Sebagai penjawat awam saya menyokong penuh semua usaha kerajaan...... tetapi saya tidak berpaksi kepada mana2 kem atau parti politik. Yang penting rakyat marhaen terbela. (Rakyat Pemangkin dan Penggerak Negara.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi pimpinan atasan masih syok sendiri dan gila diampu dan dibodekan dengan segala penipuan, maka Malaysia akan terumbang ambing. Maka kepada pimpinan atasan yang jenis syok sendiri itu, berambuslah dan heret sekali kuncu-kuncu bawa berambus supaya kerajaan dapat dipulihkan.

      Walau apa pun, saya masih menyokong Barisan Nasional tetapi saya tidak menyokong Najib dan kuncu-kuncu serta manusia keparat yang sewaktu dengannya itu dalam parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain. Sekian, terima kasih.

      Delete
    2. Pimpinan berwawasan akan berusaha gigih untuk berfikir serta melaksanakan perancangan bagi memajukan negara, seperti Tun Dr. Mahathir, beliau aktif berfikir, serta orang di sekelilingya adalah orang yang berwawasan yang berjuang untuk pembangunan negara. Sebab itulah kita lihatlah keadan negara sekarang ini adalah lebih kurang sama dengan masa pentadbiran Tun Dr. Mahathir sahajalah kerana pimpinan selepas Tun Dr. Mahathir tak berfikiran jauh, malahan lebih teruk berfikiran singkat hingga akhirnya menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan makin jatuh. Orang-orang di sekeliling Najib sekarang ni hanya tau membodek untuk mengenyangkan diri sendiri sampai buncit perut sahajalah, Najib pula bila diampu dan dibodek walaupun dengan penipuan, akan terkinja-kinja keseronokkan, kesannya negara tak tahulah apa dah jadi. Malahan Najib masih nak menipu kepada rakyat Malaysia berhubung apa yang berlaku sebenarnya dalam negara ini, dari segi ekonomi, dari segi politik, dari segi perpaduan, dari segi keselamatan, disembunyikan, tak apalah disembunyikan kalau untuk dipulihkan secara diam-diam dengan baik, tapi disembunyikan dan dibiarkan malahan diburukkan lagi keadaanya. Jangan sampai jadi bom jangka meletup hingga memusnahkan segalanya barulah terhegeh-hegeh berlari ke hulu ke hilir. Sedarlah semua.

      Delete
    3. Pimpinan berwawasan akan berusaha gigih untuk berfikir serta melaksanakan perancangan bagi memajukan negara, seperti Tun Dr. Mahathir, beliau aktif berfikir, serta orang di sekelilingya adalah orang yang berwawasan yang berjuang untuk pembangunan negara. Sebab itulah kita lihatlah keadaan pembangunan negara sekarang ini adalah lebih kurang sama dengan masa pentadbiran Tun Dr. Mahathir sahajalah kerana pimpinan selepas Tun Dr. Mahathir tak berfikiran jauh, malahan lebih teruk berfikiran singkat hingga akhirnya menyebabkan sokongan rakyat kepada kerajaan makin jatuh. Orang-orang di sekeliling Najib sekarang ni hanya tau membodek untuk mengenyangkan diri sendiri sampai buncit perut sahajalah, Najib pula bila diampu dan dibodek walaupun dengan penipuan, akan terkinja-kinja keseronokkan, kesannya negara tak tahulah apa dah jadi. Malahan Najib masih nak menipu kepada rakyat Malaysia berhubung apa yang berlaku sebenarnya dalam negara ini, dari segi ekonomi, dari segi politik, dari segi perpaduan, dari segi keselamatan, disembunyikan, tak apalah disembunyikan kalau untuk dipulihkan secara diam-diam dengan baik, tapi disembunyikan dan dibiarkan malahan diburukkan lagi keadaanya. Jangan sampai jadi bom jangka meletup hingga memusnahkan segalanya barulah terhegeh-hegeh berlari ke hulu ke hilir. Sedarlah semua.

      Delete
  12. subsidi diwujudkan pada zaman mahathir .... yang tu apa ??? .... berapa ramai melayu cina yang kaya raya dengan subsidi ni .... ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu sendiri tidak faham mengenai subsidi, kerana subsidi untuk membantu kehidupan rakyat Malaysia yang mana rata-ratanya masih berpendapatan rendah, itu tujuan subsidi di negara ini dan di mana-mana negara sekalipun. Lihatlah kadar pendapatan rakyat dan kajilah kos sara hidup rakyat, apakah selari ketika ini? Malahan dengan kejatuhan nilai ringgit, maka kos sara hidup makin meningkat terutama melibatkan barangan import, orang yang berpendapatan rendah seperti pekebun kecil, pesawah kecil, pekerja kilang, pekerja pasaraya, tukang cuci, pengawal keselamatan, dan lain-lain kerja yang berpendapatan rendah, jika tiada subsidi, macam mana mereka nak teruskan kehidupan berdasarkan kos sara hidup yang makin meningkat sedangkan kadar pendapatan tidak selari dengan kos sara hidup sekarang ini.

      Subsidi bukannya nak menyebabkan kaya, tetapi untuk membantu beban rakyat. Kena jelas perkara ini. Dasar Kerajaan Najib sekarang ini tidak membantu masyarakat, memberi BRIM hanya boleh bertahan beberapa hari sedangkan lagi ratusan hari lagi rakyat pula beri BRIM kepada Kerajaan Najib melalui GST dan pemansuhan subsidi, pembangunan negara entah ke mana pun tak tahulah. Sedarlah.

      Delete
    2. Najib masih nak menipu dirinya sendiri dengan tidak mahu mendengar kebenaran tetapi sangat suka diampu dan dibodek walaupun ampuan dan bodekan itu adalah pembohongan semata-mata. Sikap Najib ini sama seperti kisah dongeng di barat iaitu The Emperor's New Cloth, di mana suatu hari dua orang penipu datang ke istana raja. Di istana mereka menipu raja bahawa mereka mampu membuat pakaian ajaib yang sangat cantik yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang pandai sahaja, orang bodoh tak nampak pakaian itu, tipu dua orang penipu itu. Kedua-dua penipu itu minta benang emas yang banyak untuk buat pakaian itu. Raja berikan berpeti-peti benang emas untuk buat baju itu. Si Raja itu mintalah orang suruhannya perhatikan macam manakah baju itu yang dibuat di bangsal oleh kedua-dua tukang jahit penipu itu, mereka tak nampak pun baju yang dibuat oleh tukang jahit itu, tetapi kerana takut dikatakan bodoh, mereka kata baju itu sangat cantik dan raja mempercayainya. Kemudian kedua-dua penipu itu datang kepada raja membawakan 'baju ajaib yang cantik' itu, raja menanggalkan pakaiannya dan hanya pakai pakaian dalam sahaja, dua orang penipu itu berpura-pura mengangkat 'baju ajaib yang cantik' itu dan dipakaikan kepada raja. Raja melihat dirinya tak pakai baju, dia pun takut dikatakan bodoh, maka dia pujilah kata baju itu cantik dan menawan serta macam-macam lagi, malahan para menteri pun dengan tololnya memuji kecantikan 'baju ajaib yang cantik' itu walaupun mereka hanya lihat raja hanya pakai seluar dalam sahaja, ini kerana mereka takut dikatakan bodoh. Maka raja pun keluar dari istana dan berjalan-jalan di tengah pekan dengan diiringi oleh para menteri dungu yang memuji-muji pakaian raja yang sebenarnya tak pakai apa pun, seluar dalam saja. Penipu dua orang itu dah larikan diri lepas dapat emas yang diberikan oleh raja. Semua orang takut untuk kritik raja yang berseluar dalam sahaja itu, mereka takut dikatakan bodoh. Akhirnya seorang budak kecil mengkritik menyatakan raja itu hanya berseluar dalam, tak pakai baju apa pun, maka budak-budak lain pun menyakan perkara yang sama, maka akhirnya raja itu ditertawakan oleh orang ramai dan berlalu pulang ke istana dengan perasaan yang malu tak terhingga dan kerugian berpeti-peti benang emas kepada penipua dua orang tadi.

      Inilah analogi Najib, dia mengupah konsultan yang diuruskan oleh Unit PEMANDU sedangkan konsultan yang diupah berjuta-juta ringgit buat makmal perbincangan itu dan ini itu tidak tahu dengan jelas apa keperluan rakyat Malaysia. Najib dengan mudahnya ditipu oleh PEMANDU dan pihak konsultan itu, setiap tahun beratus juta ringgit dibelanjakan untuk konsultan yang bodoh tak tahu nak selesaikan masalah negara tetapi mereka bijak menipu Najib menggunakan PEMANDU akhirnya dasar-dasar bebal yang dilaksanakan oleh Najib hasil dari pemikiran gila dan jahanam dari konsultan itu bukannya nak memulihkan negara malahan melingkupkan negara serta menyebakan rakyat makin benci dengan negara. Rakyat sudah bising, tetapi Najib ini lebih teruk dari si raja yang kena tipu di atas, sebab Najib tak sedar diri, Najib menjadi tunggul bila mendengar kebenaran, tetapi Najib akan melompat keriangan bila mendengar segala ampu bodek yang hanyalah pembohongan. Sedarlah semua.

      Delete
    3. Najib masih nak menipu dirinya sendiri dengan tidak mahu mendengar kebenaran tetapi sangat suka diampu dan dibodek walaupun ampuan dan bodekan itu adalah pembohongan semata-mata. Sikap Najib ini sama seperti kisah dongeng di barat iaitu The Emperor's New Cloth, di mana suatu hari dua orang penipu datang ke istana raja. Di istana mereka menipu raja bahawa mereka mampu membuat pakaian ajaib yang sangat cantik yang hanya boleh dilihat oleh orang-orang yang pandai sahaja, orang bodoh tak nampak pakaian itu, tipu dua orang penipu itu. Kedua-dua penipu itu minta benang emas yang banyak untuk buat pakaian itu. Raja berikan berpeti-peti benang emas untuk buat baju itu. Si Raja itu mintalah orang suruhannya perhatikan macam manakah baju itu yang dibuat di bangsal oleh kedua-dua tukang jahit penipu itu, mereka tak nampak pun baju yang dibuat oleh tukang jahit itu, tetapi kerana takut dikatakan bodoh, mereka kata baju itu sangat cantik dan raja mempercayainya. Kemudian kedua-dua penipu itu datang kepada raja membawakan 'baju ajaib yang cantik' itu, raja menanggalkan pakaiannya dan hanya pakai pakaian dalam sahaja, dua orang penipu itu berpura-pura mengangkat 'baju ajaib yang cantik' itu dan dipakaikan kepada raja. Raja melihat dirinya tak pakai baju, dia pun takut dikatakan bodoh, maka dia pujilah kata baju itu cantik dan menawan serta macam-macam lagi, malahan para menteri pun dengan tololnya memuji kecantikan 'baju ajaib yang cantik' itu walaupun mereka hanya lihat raja hanya pakai seluar dalam sahaja, ini kerana mereka takut dikatakan bodoh. Maka raja pun keluar dari istana dan berjalan-jalan di tengah pekan dengan diiringi oleh para menteri dungu yang memuji-muji pakaian raja yang sebenarnya tak pakai apa pun, seluar dalam saja. Penipu dua orang itu dah larikan diri lepas dapat emas yang diberikan oleh raja. Semua orang takut untuk kritik raja yang berseluar dalam sahaja itu, mereka takut dikatakan bodoh. Akhirnya seorang budak kecil mengkritik menyatakan raja itu hanya berseluar dalam, tak pakai baju apa pun, maka budak-budak lain pun menyakan perkara yang sama, maka akhirnya raja itu ditertawakan oleh orang ramai dan berlalu pulang ke istana dengan perasaan yang malu tak terhingga dan kerugian berpeti-peti benang emas kepada penipua dua orang tadi.

      Inilah analogi untuk Najib, dia mengupah konsultan yang diuruskan oleh Unit PEMANDU sedangkan konsultan yang diupah berjuta-juta ringgit buat makmal perbincangan itu dan ini itu tidak tahu dengan jelas apa keperluan rakyat Malaysia. Najib dengan mudahnya ditipu oleh PEMANDU dan pihak konsultan itu, setiap tahun beratus juta ringgit dibelanjakan untuk konsultan yang bodoh tak tahu nak selesaikan masalah negara tetapi mereka bijak menipu Najib menggunakan PEMANDU akhirnya dasar-dasar bebal yang dilaksanakan oleh Najib hasil dari pemikiran gila dan jahanam dari konsultan itu bukannya nak memulihkan negara malahan melingkupkan negara serta menyebakan rakyat makin benci dengan kerajaan. Rakyat sudah bising, tetapi Najib ini lebih teruk dari si raja yang kena tipu di atas, sebab Najib tak sedar diri, Najib menjadi tunggul bila mendengar kebenaran, tetapi Najib akan melompat keriangan bila mendengar segala ampu bodek yang hanyalah pembohongan. Sedarlah semua.

      Delete
  13. Tak dapat dibayangkan..macammana Malaysia Ku tercinta masih di ketuai oleh Tun M..pasti semua tidak akan dapat mempercayai dan tidak terfikir apa yang telah Malaysia capai pada masa ni..walau bagaimana pun..yang penting, jika rakyat bawahan & pertengahan terutama di bandar & desa tergugat 'Poket' nya..pasti akan memberi kesan kepada pihak pemerintah dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Dr. Mahathir dan barisan Menteri serta Timbalan Menteri serta pegawai-pegawai kerajaan di era pentadbiran beliau mahir dalam pengurusan negara dan berwawasan tinggi untuk memajukan masyarakat. Mereka tidak menggula-gulakan masyarakat seperti yang Najib buat sekarang ini. Kerajaan zaman Tun Dr. Mahathir mengutamakan pembangunan negara supaya rakyat dapat peluang ekonomi yang baik, dapat pendapatan yang baik dan bila rakyat gembira, maka rakyat akan undi kerajaan dalam pilihanraya. Jika dilihat pada PRU 10 pada tahun 1999, walaupun isu politik melibatkan pemecatan Anwar yang disebabkan masalah moral dan salah laku jenayah kelakuan tak senonoh dan rasuah oleh Anwar yang diputuskan oleh mahkamah, tetapi rakyat tetap memberikan sokongan kepada rakyat dan tidak terlalu terpengaruh dengan hasutan Anwar. Ini kerana rakyat gembira dengan prestasi kerajaan yang berjaya memajukan masyarakat serta dapat memulihkan ekonomi yang terjejas sebelum itu akibat masalah kejatuhan nilai matawang, kejayaan kerajaan yang berwawasan dan berusaha gigih itu menyebabkan rakyat mempercayai kerajaan dan memberikan sokongan padu pada kerajaan pada ketika itu, walaupun pembangkang ada menang dan pertambahan kerusi, tetapi tidaklah sampai macam sekarang ini, kerajaan masih menang besar pada masa itu.

      Tetapi lihatlah di era Najib ini, rakyat digula-gulakan dengan BRIM, nanti pengganti Najib (itu pun jika Barisan Nasional masih boleh menang PRU 14) terpaksa membuat perkara yang sama untuk kekalkan sokongan itu, maka kos BRIM makin naik, dari mana kerajaan nak dapatkan wang untuk biaya BRIM ini? Jangan ajar orang untuk mendapat sesuatu tanpa usaha, nanti orang itu akan sentiasa berharap dapat bantuan tanpa usaha, bila tak dapat dia akan marah dan tak sokong kita dan sokong orang lain pula.

      Memang benar, orang-orang pertengahan dan golongan berpendapatan rendah di bandar sangat terjejas dengan cara ekonomi pelingkup Najib ini. Malahan apa yang Najib umumkan itu dan ini hanya untuk penyedap telinga mendengar sahaja, tapi realitinya adalah buruk dan menyusahkan rakyat. Orang-orang berpendapatan rendah di bandar, yang bergaji RM 2,000.00 ke bawah, mimpilah nak miliki rumah sendiri, kerana rumah mampu milik yang diumumkan oleh Najib hanyalah boleh jadi rumah mampu tengok sahajalah. Tidakkan gila bila Rumah Mampu Milik berharga RM 300,000.00 hingga RM 500,000.00, dengan gaji RM 2,000 sebulan, anak ada tiga ke empat orang semua bersekolah, malahan dengan kadar sewa rumah di bandar yang tinggi, dengan kos sara hidup seperti makan minum seharian, bayaran bil elektrik, bayaran bil air, bayaran telefon, minyak petrol yang kini dah tak bersubsidi, beli barang kena GST lagi, apa lagi yang tinggal untuk beli 'Rumah Mampu Milik' itu? Hanya jadi Rumah Mampu Tengok sahajalah.

      Oleh itu, Najib jika dia benar-benar sayangkan UMNO dan Barisan Nasional, maka dia kena berundur dengan segera kerana dia sudah tidak mampu untuk menjadi Perdana Menteri di sebabkan Najib sekarang hanyalah liabiliti kepada UMNO di mana Najib hanya tahu syok sendiri dan tak mahu mendengar kebenaran, sikap Najib ini seperti kisah dongeng di barat iaitu The Emperor's New Cloth, tak berbaju pun masih nak menipu diri sendiri kononnya berbaju cantik dan dialah yang pandai.

      Sedarlah semua.

      Delete
    2. Setuju dengan hujah Anonymous24 December 2014 at 14:54..cuma adakah ini peninggalan dari zaman Pak Lah..jadi DSN masih tercari cari kaedah dan cara..dan mendapat banyak nasihat dari orang sekeliling yang mungkin banyak yang tidak betul.. Sebabnya DSN terpaksa "cuci" banyak perkara yang di tinggalkan oleh pemimpin terdahulu..terbit di pemikiran..siapa yang mampu untuk menjadi penggantinya...ikut hiraki adalah DSMY..tapi mcm mcm boleh berlaku dlm politik ni

      Delete
  14. Mahathir telahpun menanam benih2 untuk kehancuran Malaysia kerana setiap projek yang dibuat nya memerlukan kos peyelenggaran yang begitu banyak seperti alat2 ganti dan perkhidmatan pakar adalah dari luar. Misalnya kereta Proton dilindungi dengan tariff yang amat tinggi keatas kereta2 impot yang jauh lebih berkualiti dari Proton yang tidak murah dari segi harga, dan rajkyat sedang bagi subsidi kpd kerajaan dlm hal ini. Semuaprojek2 nya setakat ini gagal dan hanya wang PETRONAS diguna utk mengisi lubang2 tersebut, Sekarang bila semua barangan ekspot Malaysia tidak mendapat pulangan yang baik, projek2 dulu Mahathir akan mati secara semulajadi. Masa Mahathir memang dia bertuah sebab FDI, harga komoditi meningkat semasa pemerintah beliau. Sepatutnya Mahathir bertabung tapi semua nya dibelanja secara boros dengan macam2 projek yang tidak boleh di 'maintain' buat selama lamanya sebab tidak ada kepakaran dalaman,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah bila si bodoh berlagak nak menjadi pandai, alat-alat ganti kereta proton dibuat oleh syarikat tempatan, perlindungan tarif untuk kereta import adalah untuk lindungi sektor industri automotif negara, pekerja syarikat buat kereta proton sahaja berpuluh ribu orang, berpuluh ribu keluarga telibat, ada kau pernah fikirkan semua inikah? Nik Aziz pun gunakan kereta proton juga walaupun dia ada kereta mercedes yang dibawanya ke Melaka sebelum ini. Lebuhraya Utara Selatan dan berlambak lagi lebuhraya merancakkan ekonomi dan memudahkan rakyat untuk ke sana ke mari termasuk kau juga, itu pun tak tahu nak bersyukurkah? Dalam isu perbendaharaan negara, kerajaan ada tabungan iaitu Rizab Bank Negara, kalau tabungkan wang negara banyak-banyak, tanpa pembangunan ekonomi, duit yang ditabung akan habis belanja, duit masuk tak ada, itu pun tak tahu fikir lagikah? Kepakaran dalaman berlambak-lambak, kau saja yang buta akal tak tahu apa-apa. Kesimpulannya orang macam kamu ini hanya tahu fitnah dan menabur pembohongan untuk menafikan apa yang orang lain telah berjaya sedangkan kau sendiri pun tak tau nak buat apa-apa. Sedarlah semua.

      Delete
  15. Inilah bila si bodoh berlagak nak menjadi pandai, alat-alat ganti kereta proton dibuat oleh syarikat tempatan, perlindungan tarif untuk kereta import adalah untuk lindungi sektor industri automotif negara, pekerja syarikat buat kereta proton sahaja berpuluh ribu orang, berpuluh ribu keluarga telibat, ada kau pernah fikirkan semua inikah? Nik Aziz pun gunakan kereta proton juga walaupun dia ada kereta mercedes yang dibawanya ke Melaka sebelum ini. Lebuhraya Utara Selatan dan berlambak lagi lebuhraya merancakkan ekonomi dan memudahkan rakyat untuk ke sana ke mari termasuk kau juga, itu pun tak tahu nak bersyukurkah? Dalam isu perbendaharaan negara, kerajaan ada tabungan iaitu Rizab Bank Negara, kalau tabungkan wang negara banyak-banyak, tanpa pembangunan ekonomi, duit yang ditabung akan habis belanja, duit masuk tak ada, itu pun tak tahu fikir lagikah? Kepakaran dalaman berlambak-lambak, kau saja yang buta akal tak tahu apa-apa. Kesimpulannya orang macam kamu ini hanya tahu fitnah dan menabur pembohongan untuk menafikan apa yang orang lain telah berjaya sedangkan kau sendiri pun tak tau nak buat apa-apa. Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  16. Tapi yang bodohlah yang menghasilkan kereta Lembu yang lebih mahal dari Mercedes untuk di beli oleh org2 tempatan yang tidak ada pilihan. Orang ramai tidak ada apa2 pilihan dari bersujud kepada perompak2 Negara cam Mahathir, Daim dsbnya kerana mereka berkuasa dan ada dana melawan penentang. Tapi pengkhianat2 ini akan tersungkur juga dizaman kegelapan mereka. Mahathir ini ada satu hajat je, cakap pasai perkauman sampai mati, dan melaga lagakan orang supaya anak botak nya boleh jadi Puki Mak Negara.

    ReplyDelete
  17. Usia dah cecah 30 tahun, tapi aku belum Nampak lagi Proton di luar Negara selain dari yang dihadiahkan oleh Kerajaan Malaysia. Buat kereta Proton tak berapa untung pun tak apa, tapi jangan lah proses pembelajaran itu di panjangkan selepas Bangkai Tua yg bernama Mahathir Iskandar Kuti dan Rustam Ali di semadikan pulak, kerana mereka itu kena jawap di Padang Mashyar nanti. Ini lah nasihat yang diperlukan oleh Si Bodoh 12:32 kerana taksub kpd pemimpin yang menghadiahkan kita hutang RM700 billion, iaitu dengan jumlah wang yang begitu banyak yang boleh kita pakai beli Singapura.

    ReplyDelete
  18. Rustam Ali itu tak malu ke, setelah diiktiraf sebagai Orang yang paling tak layak memegang Jawatan Timbalan Presiden UMNO oleh 'Bangkai Tua' kerana rompakan besar besaran yang dilakukan ke atas Melaka yg jauh lebih hebat dari Thamby Chik . Susah lah kalau Idris Harun nak pecahkan rekod Rustam Ali ini sampai dia nak buat Hara Kiri di Padang Merdeka kelak.

    ReplyDelete
  19. Macam mana Mahathir nak bantu Malaysia yang nak tengelam ini?????????????????????????Pakailah professor2 kangkung dari UTM lebih baik. Tak payah pakai IMF................. Malaysia kaya, Korea Selatan pakai IMF , Malaysia memang hebat............

    ReplyDelete
  20. Banjir - Musibah membela Mahathir Iskandar Kuti - Pembunuh Orang2 Memali.

    ReplyDelete